Selasa, 3 Februari 2009

SAYA DIKEJAR ANJING

Anjing itu menjeling ke arah saya. Kerlingannya takam dan menyorot. Ekornya bergerak perlahan-lahan. Kami bertentang mata. Saya mengangkat kening. Ia mengangkat ekor. Ternyata lutut saya sudah menggeletar. Ketakutan menyeluruhi saya. Keringat tanpa silu keluar melintasi hidung tanpa bersapa.

Berkali-kali hati saya berzikir. Syoh, syoh, larilah kamu hei anjing. Tidakkah kamu kenal, ini Presiden Gamis. Pak Lah dan Najib aku lawan apalagi kamu rakyat jelata. Namun anjing adalah anjing. Anjing tidak kenal erti demokrasi. Yang anjing tau adalah, mengejar dan menyalak. Menyalak dan mengejar. Menakut-nakutkan.

Anjing itu kecil sahaja. Putih namun aktif. Bukan anjing jadian. Tetapi anjing ciptaan. Ciptaan Allah. Ketakutan semakin memenuhi ruang hati saya. Semakin membengkak. Mungkin akan bernanah dan membisul. Saya semakin terkelu dan terkedu. Kelu bermakna lidah tidak mampu berbicara. Kedu maknanya jasad menjadi beku dan kebekuan. Gejala kebekuan berlaku apabila ketakutan menguasai 90 peratus ruang kekosongan dalam diri.

Takut kepada anjing, biasa aku lari. Tetapi takut kepada Allah, biasanya aku akan semakin mendekat. Tiba-tiba, rakan anjing itu datang. Alamak, getus hatiku. Kegerunan datang bertandan menemani ketakutan. Apabila ketakutan ditemani kegerunan, ia membentuk keseraman. Seram sebenarnya hanya untuk hantu dan pocong. Tetapi apabila minda dikuasai ketakutan dan kegerunan, keseraman akan muncul juga meskipun bukannya saya berhadapan dengan hantu mahupun pocong.

Jantung saya semakin kuat bergerak. seaktif sewaktu semasa saya melaungkan slogan-slogan demonstrasi. Dahi saya semakin berkerut. Tidak setenang sewaktu saya dihadapkan ke mahkamah universiti. Tangan saya menggigil. Kuku saya bergetar-getar.

Anjing adalah makhluk, aku juga makhluk. Namun keanjingan bukannya makhluk. Keanjingan mungkin boleh bersarang dalam diri manusia. Begitu juga manusia. Ia berbeda dengan manusiawi. Ada manusia, dialah manusia. Tetapi hatinya adalah keanjingan. Ada anjing, ialah anjing. Namun jiwanya manusiawi. Keanjingan tidak semestinya anjing. Manusiawi tidak semestinya manusia.

Anjing itu semakin mendekat. Kelajuan anjing adalah sekali ganda kelajuan saya. Jika saya berlari, ia hanya memenatkan saya. Anjign tetap akan dapat mengejar saya. Jika saya berdiam diri, anjing juga tetap akan menggigit saya. Ini bukannya soal mencuba. Ini kerana logiknya saya tidak akan berdaya. Jika polis FRU yang mengejar, mungkin saya dapat melarikan diri. Jika Fru yang keanjingan sekalipun yang mengejar, mungkin saya masih dapat melarikan diri. Tetapi anjing, tambah yang keanjingan. aya menyerah mengangkat bendera putih.

Apakah nasib saya seburuk Shafie? Dikejar anjing sampai terjatuh. Luka-luka dibuatnya. Setelah jatuh, anjing memerhatinya terpinga-pinga. Apabila Shafie bangun, ia mengejar balik. Anjing itu hanya ingin bermain-main. Jika kita berlari, ia mengejar. Jika kita berdiam, alamak, ia juga turut mengejar. Saya terjatuh ke lembah keresahan yang teramat.

Saya tidak mahu menjadi seperti Shafie. Jika seilmu Imam Shafie, saya mahu. Tetapi jika dikejar-kejar anjing seperti Shafie, saya tidak mahu. Tanya saja sesiapa pun. Azlan pun tidak mahu dikejar anjing. Naim dan Hidayat ketua Tarbiah pun tidak mahu. Manusia yang bersifat keanjingan pun tidak mahu.

Gigi anjing itu, tajam sekali nampaknya. Mungkin kerana sentiasa diasah. Beratnya seperkiraan saya adalah 20 kg, seberat saya semasa menjejak umur 7 tahun. Kukunya juga lebih tajam jika dibandingkan kucing yang sentiasa berkeliaran di Kedai Maksu mencari tikus yang bersiar-siar. Bulunya, tidak tersikat melambangkan imejnya yang tidak mampu menjadi daya penarik. Namun putih keputihannya, nampak lembut tetapi sentiasa mengancam dan menakutkan.

Saya menyembunyikan kegelisan yang semakin menyentuh jantung dan paru-paru saya. Perlahan-lahan saya membuka langkah. Namun anjing putih dan rakannya turut membuka langkah. Saya membuka kekuda dan menarik nafas. Ia juga membuka kekuda dan menarik nafas. Saya menggenggam tangan dan diperkuatkan. Ia mengeluarkan kuku dan tampak tajamnya. Kukunya saya yang tidak terkerat seminggu pun tidak setajam kukunya.

Segala ilmu dan filosofi yang saya belajar selama ini sia-sia Cuma. Ilmu algebra mahupun geomotri, semuanya hampas. Ilmu kaitan al-Quran dengan Sunnah, semuanya mengosong. Ilmu Sajumage dan Hwa-Ran, juga tidak terkeluar. Buah-buah silat yang saya tiru-tiru dalam Keris Hitam Bersepuh Emas lakonan Eman Manan, semakin mengecut dan menghilang entah di mana.

Aduh, kegelisahan demi keresahan. Ia menyesakkan.

Yang saya ingat selepas itu ialah, KEGELAPAN…

4 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Ini mimpi ke realiti?kalau mimpi..ust kne berhati2..

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 4 Februari 2009 pada 2:12 PG berkata...

Percaya atau .. anjing dapat mengesan ketakutan manusia??... hehe.. kaji hormon apa yang dikeluarkan apabila manusia ketakutan!!

Tanpa Nama berkata...

woof woof??

Tanpa Nama berkata...

ada nilai yg tersirat
jgn takut anjing..
tabah mmghadai ujian
takutlah pada Allah daripada takut pada benda lain
sejauh mana kita diuji dengan ujian duniawi dalam berjuang?
tegar dan tetapkan pendirian kesunnguhan dalam berjuang

ni cite betul ke? atau ..saje je///
pe pun penulisan yg kreatif///

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE