Selasa, 3 Februari 2009

studi kes 4


Sebenarnya Atiqah sudah beberapa kali semput ditohmah bertubi-tubi. Atiqah ternyata hilang kesabaran satu ketika apabila Arif mengkritik dia tanpa bertepi. Selama ini kesabaran masih sebagai dinding yang kebal, tetapi kali ini ia menipis bagaikan kain sutera yang halus. Kritikan yang dilemparkan terasa tajam sekali menikam hatinya.

Atiqah tidak memahami. Kenapa rakan-rakannya daripada berlainan gender hanya pandai mengkritik tetapi tidak pandai membantunya. Tidak kedengaran pula idea-idea dan khidmat bantuan nasihat melainkan kritikan halus lagi tajam menikam. Kalaulah kritikan itu datang daripada pihak lawan tidaklah mengapa kerana sememangnya sifat lawan adalah tidak menyenangi. Tetapi mengapa pula rakan sejamaah yang menyerang dia?

Nurul berkali-kali menyabarkan Atiqah apabila Atiqah bangun membalas kritikan Arif. Atiqh tidak lagi mempedulikan pujukan Nurul malah tanpa bertepi lagi dia membalas kritikan sesinis mungkin. Tidak lagi secukup rasa malah ditaruk habis-habis. Arif pula hanya segan-segan menyembunyikan gelisahnya. Tidak pernah pula Arif diserang sebegitu rupa.


Atiqah kecil sahaja orangnya. Dia hanya separas hidung Nurul. Namun semangat yang dibekalinya bukan semangat sang kecil. Atiqah boleh dikatakan antara pimpinan muslimat yang paling lantang bersuara untuk membela kebajikan muslimat malah dia tidk pernah takut dan gentar untuk berhadapan dengan pihak pentadbiran universiti demi membela kebenaran yang kian tertolak ke pinggiran.

Memegang jawatan sebagai Pengerusi Helwani Pertubuhan Muda Islam Malaysia (PMIM), bukanlah satu kerja semudah yang disangka. Bahunya terbeban dengan banyak tugasan. Bukan sahaja dia dibebankan dengan tugasan tarbiah malah menjana kebangkitan dan gerakan mahasiswa di peringkat nasional. Itu yang beratnya. Tapi, bukan bantuan nasihat malah kritikan yang diterimanya. Nasib baik ada Nurul, Rafiza dan beberapa lagi yang memberikannya semangat untuk terus kekal dalam momentum kekuatan.

“Assalamualaikum,” satu suara kedengaran melalui corong HP nya pada pagi itu. Suara itu garau dengarnya dan mudah dicam.

“Waalaikumussalam. Oh ye Ust Muslim. Maaf kerana ana terlambat angkat HP tadi. Ana baru sahaja menyudahkan bacaan al-Quran,” jelas Atiqah. Ust Muslim adalah Presiden PMIM dan merupakan sahabat baik dia. Ust Muslim lah antara orang yang paling banyak memberikannya motivasi untuk terus menggerakkan jentera muslimat. Malah banyak ruang dan peluang yang diberikan oleh Ust Muslim kepadanya.

“Ana dengar ustazah bergaduh dengan Ust Arif semalam. Bising juga dengarnya, betulkah?” Tanya Ust Muslim, lembut.

“Takdela ust, mungkin ana yang emosional semalam. Tapi ana memang geram ust. Akhawat teruk sangat ke? Ikhwan pula, perasan bagus. Walhal selama ini, kami yang memperbanyakkan ruang kekosongan yang ada. Kami yang meramaikan event-event anjuran kita selama ini,” luah Atiqah, sedikit menekan suaranya.

“Ustazah, ana tidak mahu campur urusan antum. Cuma pesan ana, sebagai ingatan bersama. Kritikan orang, jadikan ia sebagai booster dan pedoman. Jangan jadikan ia faktor merebahkan semangat kita. Moga dengan itu, barulah terhakis perasaan sombong yang mungkin bersarang dalam diri kita dan kita lebih waspada,” nasihat Ust Muslim. Ust Muslim kaya dengan nasihat. Atiqah biasanya menerima nasihat Ust Muslim dengan dada yang lapang.

“Ana dan call Ust Arif tadi. Dia akan hubungi ustazah nanti untuk memohon maaf. Apapun, antum berbaiklah. Adakan perbincangan dengan Ust Arif. Dia tu sarat dengan idea bagus, maka jangan disingkirkan idea-ideanya yang bernas,” pesan Ust Muslim lagi.

Atiqah hanya mengangguk kecil. Fuh, keluhnya. Bukan senang nak gerakkan gerakan akhawat dalam PMIM ini. Macam-macam kesukaran yang terpaksa dilalui. Lumrah akhawat pula, payah nak bergerak. Ke sana sini perlukan kekuatan kelelakian dan inilah yang jarang sekali dimiliki kebanyakan akhawat. Nasib baik ada la juga Nurul yang berakal tinggi. Rafiza yang bersemangat kental. Zakirah yang banyak menasihati. Aina yang pendiam tapi lincah bekerja. Dan lain-lain, yang banyak membantu selama ini.

Dulu Ust Muslim pernah mencabar dia untuk mengadakan satu konvensyen yang membincangkan soal wanita dan kewanitaan. Dalam konvensyen inilah jentera Akhawat PPIM mesti mengetengahkan isu-isu yang membabitkan emansipasi wanita yang kian menjadi-jadi. Iklan-iklan yang menipiskan maruah wanita semakin bermaharajalela. Wanita dijadikan objek seks dan penarik. Sedangkan bukan untuk ini wanita dijadikan.

Kerjanya semakin membengkak. Banyak dan membebankan. Namun inilah kefahaman yang dia dapati dalam usrah-usrah yang diadakan. Kalaulah nak bersenang-senang dan berehat-rehat, maka Islam tidak akan bangkit. Dan juga, Islam tidak perlukan kita tetapi kita yang perlukan Islam. Inilah kefahaman yang diterapkan kepada dia dan sahabat-sahabat sejak menjadi ahli berbai’ah PPIM selama ini.

Apabila Atiqah dilamar dalam UBM (Unit Baitul Muslim) tahun lepas, dia dengan lapang dada menolak untuk terus diikat. Bukan kerana berlagak sebaliknya Atiqah mahu menumpahkan sepenuh perhatian kepada gerak kerja dalam PPIM. Atiqah tidak mahu tumpuannya terjejas dan ideanya menumpul. Bukannya membina Baitul Muslim itu akan menumpulkan gerak kerja, tetapi umur semuda 23 tahun, dia bimbang sekali tidak mampu membentangi kehendak-kehendak diri yang menerobos.

Malam itu Atiqah menyenaraikan beberapa kritikan yang dilemparkan kepadanya. Arif yang menghubunginya petang tadi bukannya untuk memohon maaf sebaliknya melemparkan lagi kritikan yang semakin tajam dan menajam. Namun kali ini jiwanya cukup bersedia untuk menerima kritikan tanpa emosional.

Antara kritikan yang diterimanya ialah:

1) Akhawat hanya menjadi peramai dalam majlis tetapi tumpul idea dan lembap berfikir
2) Akhawat hanya menjadi beban dalam gerakan. Patutlah dulu orang Arab Jahiliyah menanam anak perempuan hidup-hidup
3) Akhawat tidak pandai berdikari. Berlagak je lebih.
4) Akhawat sembang deras
5) Akhawat tidak boleh memimpin dengan baik
6) Jentera Akhawat PPIM di bawah kepimpinan Atiqah makin perlahan
Aduh, berat sekali kritikan itu. Atiqah tersedu-sedu menutup buku catitannya. Malam itu, Rafiza menghubunginya dan memberikannya kekuatan.

BERDASARKAN KES YANG DIBERIKAN, APAKAH PANDANGAN ANDA. BENARKAH GERAKAN AKHAWAT PERLAHAN DAN BERSIFAT SIMBOLIKA SEMATA-MATA?

LUAHKAN KEGERAMAN ANDA, HEHE

6 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam....

sungguh menarik ,cerpen ini. Berisi, padat dan membawa mesej yang berat untuk di fahami dan di teladani.

Pengalaman ana sendiri dalam gerakan, memang begitulah situasi yang wujud. Bagi ana pula, kebanyakan wanita yang banyak mengerah tenaga.

Dan sungguh tidak adil jika usaha akhowat di kritik sebegitu rupa.

Masing - masing memerlukan antara satu sama lain.

Kritik boleh. Silakan. Tapi kita perlu belajar cara 'kritikan beradab'. ..

Jika kritikan kita, memberikan kesan yang lebih buruk, maka kritikan itu bukanlah sesuatu yang baik.Tidak baik untuk diri si pengkritik, apa lagi orang yang di kritik. Jika ini berlaku, sebenarnya kita telah mendera emosi ,spriritual orang yang kita kritik. Kesannya lebih teruk daripada pukulan zahir. Namun begitulah sikap si pengkiritik. Dalam jiwa si pengkritik tidak ada rasa rahman dan rahim.


Tapi jika kritikan itu, memberikan satu momentum yang lebih baik, maka baiklah kritikan itu. Pandai - pandailah untuk membezakan kritikan dan nasihat. Kritik banyaknya memberi keburukan. Nasihat itulah yang membawa kebaikan. Keduanya perlu berlandaskan aqal yang sihat dan kata - kata yang kita keluarkan bukan lah kritikan dan nashiat berlandaskan hawa nafsu untuk kepuasan diri sendiri.

citaSyaheed on 3 Februari 2009 pada 6:32 PTG berkata...

Lembab? mandom? n de gang?

Erm, teringat satu firman Allah s.w.t,al-Taubah:71:

"Org2 lelaki yang beriman dan org2 perempuan yg beriman sebahagian mereka adalah pembantu bagi sebahagian yang lain"

Maksudnya, golongan mslmn n mslmt masing2 mnjd pelengkap antara satu sama lain.

Mgkn ada sebahagian gerakan akhwt yg mempunyai kelemahan tertentu, tetapi tdk dinafikan ada jg gerakan ikhwah yg turut sama mempunyai kelemahan tertentu.

Namun yg indahnya, apabila masing-masing saling lengkap melengkapi, maka di sana akan terhasilnya kesempurnaan.

Yg pasti, kelemahan adalah untuk diperbaiki, bukan sekadar dikutuki, krn di kampus adalah tempat yg paling sesuai untuk kita belajar memimpin.

Ana x pasti mengapa isu ini ditimbulkan, tapi bagi ana, sekarang bukan masa utk mempersoal siapa yg laju n siapa yg lambat, tetapi bgaimana kita mahu terus melangkah agar kedua2nya terus berjalan seiring menuju hadaf dan matlamat yg ingin dicapai!

Maaf jika ada tersilap.

Tanpa Nama berkata...

Salam..alhamdulillah,
segala puji bg Allah yg mencipta sekalian alam..

amat menarik sekali citer nie..
n ana amat tertarik skali coz nama ana pun atiqah..n dlm citer ini,mengenai sikap Atiqah pun sama..
walaupun hanya kebetulan..

Sepanjang ana bekerja di dlm jemaah kampus ni...perkara seperti miss comuniccation antara pihak muslimin n muslimat selalu berlaku...kdg2 tiada penyelesaian...

Bg pendapt ana,boleh menegur pihak muslimat...tp harus la dgn ayat yg berhikmah...
tahu2 sajala sifat2 wanita ini...mudah sgt tersentuh n emosinal...insyaAllah,jika ditegur secara baik..insyaAllah muslimat dpt terima..sifat wanita nie lembut..walaupun nmpak keras diluar..tp hati nyer tetap lembut..

Kdg2..biler berlaku mslh begini..jgn lah pihak muslimin berasa marah n marah terus kpd muslimat...beri pihak muslimat berpikir dahulu..n sahabiah2 len harus lah memberi support kpd pihak muslimat itu..insyaAllah,jika hati ini berjuang kerna ISLAM..pihak muslimat akan berlapang dada dgn sht2 semua...itu la tarbiyah yg harus gak kiter ader..

ape2 pun bergantung pd individu masing2...kiter semua bboleh berbinang kerna pergaduhan tidak akan menyelesaikan masalah bahkan merumitkan lg keadaan..jgn biarkan diri dikuasa si laknat syaitan...beristifar lah byk2 dan ingat Allah...

Jemaah akan mengajar kiter utk mengenali hidup...di sini la juga kiter dpt tau tntg kelemahan diri dan ini lah masanyer tuk kiter perbaiki diri...

DIMANA BUMI DIPIJAK,DISITU ISLAM DIJUNJUNG...

segala yg ana coretkan di atas ini hanya pndgn n pengalaman ana selama berada di dlm jemaah ini..segala yg baik..boleh jdkan ikutan..n maner yg buruk..harap2 tegurlah...smg ukhwah yg terbina berkekalan...

SYUKRAN WAT SEMUA SHBT2...
by:cahaya keindahan:)
SABAR ITU INDAH:)

Tanpa Nama berkata...

Sebuah jemaah diumpamakn spt sbuah bgunan atau btu bta yg dsusun utk djdikn rumh atau bgunan..saling perlu memerlukn 1 sama lain...diumpamakn spt susunan btu bta itu menunjukn kerjasama antara mrk sgt padu..jika 1 drpd batu bata hlg atau pecah,bgunan @ rumah tidak dpt disiapkn..maka tiadala istilah jemaah yg ada adalah 'jemaah x siap'..jika d sebut mrk slg perlu memerlukn,sbg manusia tentula stiap org ada kelemahan mrk msg2..dan kelemahan itu perlu di tampung sesama..dalam kes Atiqah dan Arif ini perlu ada persefahaman...Atiqah perlu berlapang dada menerima kritikan,bgtu juga Arif perlu belajar menegur seseorg dgn berhkmah...Arif kne meneliti trlebih dahulu,sblum membuat kritikan keras..meneliti mgapa perjuangn akhwat dianggap lemah dan lembb ddlm pmikiranya...kmudian brula menegur dan memberikan sbb mgpa beliau mgatakn bgtu dan bgni..mgkin ada kes2 yg brlaku didepan mata Arif yg dilakukn oleh beberapa akhwat yg membuatkn arif merasakan akhwat lembb dan lemah dlm tugas..tp jgnlah smpai dhukum semuanya bgtu..Jadi dsini arif perlu kemukakn smua sbb spy atiqah jelas dan apa yg dikatakn dn yg dkritik oleh Arif..spy mudah diperbaiki dr semasa ke smasa..dan dibincgkn mgpa jd bgini dan bgtu serta dicari pnyelesainya...Bukannya dikritik dikritik kmudian pnyelesain yg dpt ialah'PERGADUHAN'..itu bukan cara seorg pmimpin yg brakhlak dan brwibwa..malah mruntuhkn wibwa seorg pemimpn..kalau pun arif bkn pmimpn yg trtggi..beliau brtraf pmimpn kpd kaum hawa...Atiqah,anda perlula brlapang dada..itu salah 1 sifat org2 yg brtqwa..berlpang dada dlm apa jua keadaan..balik kerumah,fikirkn mgpa ust Arif brperasaan dan brfkir bgtu pd akhawat..selidiki perjalanan anak2 buah anda kembali memandgkn anda memegang tugas trtggi..mrasakan smua slah diri wlupun bukn dr diri ksalahn itu adalah slh 1 sifat hamba yg paling dpuji oleh Allah..berdoa spy di selesaikn sgl permasaalahan dgn baik,hubungi ust Arif dan meminta maaf wlupun yg dikritik td adalah anda...ucapkn terima kasih,krn telah memberi anda kritikn dan tguran..maka dgn itu anda dpt lihat dmana kelemahn anak2 buah dan anda sendiri...kumpulkn anak2 buah anda dan buat 1 postmortem ttg apa yg ditgur oleh ust Arif dan cari pnyelesainya..tp kne diingat,penyelesain yg baik bkn diakhri dgn 'PERGADUHAN @ TIKAMAN MULUT'ttp pnyelesain yg trbaik adalah smuanya mendpt Tuhan dan dpt koreksi dri msg2..wallahualam..mzb

Tanpa Nama berkata...

1.AKHAWAT SEBAGAI PERAMAI
Yg ni ana setuju lah ustaz memang betullah….sebabnya :
1)Dari segi kesungguhan ana rasa muslimat lebih bersungguh2 tk dapatkan sesuatu
2)Pergerakan muslimat terbatas jadi prog2 yg dianjurkan di sekitar kampus akan digunakan sepenuhnya berbeza dengan muslimin langkah depa lebihluas.Muslimin boleh pergi kemerata-rata tempat tk mencari ilmu muslimat pon boleh tapi perlu dengan kuantiti yg ramai disebabkan keadaan sekarang yg terlalu banyak fitnah.
3)Muslimat mudah diajak oleh kawan2 berbeza dengann muslimin kalau diorang kata tak nak ,pujuklah cam mana pun tak pergi kecuali lah yg berhati lembut.
4)Muslimat ni dia terlalu pentingkan ukhuwwah kemana-mana pun mesti bersama kalu tak cukup korum tak sah.
2)Akhawat menjadi beban
Ana akui yg ini…tapi bukankah allah telah bagi kekuatan dan kuasa yg lebih kat muslimin tk jaga muslimat…tapi muslimat sewajarnya sedaya upaya berusaha tk tidak menjadi bebanan kepada muslimin.Sebabnya dalam berdakwah terlalu banyak dugaan jd kalu bukan sesame kita mempermudahkan kerja sahabat seperjuangan siapa lagi???sbg cth jika sebelum ni di awal pembabitan kami dalam jemaah ni hnya seorang je yg berani bawak kereta dngn keizinan ibubapa dan kami semua takut naik motor(anak manjalah katakan) jadi naqib kami terpaksa datang ambik tapi bila kami rasa benda nih akan menyusahkan muslimin, kami cuba atasinya hasilnya hampir semua sahabat2 ana dalam proses tk dapatkan lessen dan ada yg dah ada lessen dan tak takut naik motor dah.Cadangan ana muslimat perlu cari apa pkara yg menyusahkan muslimin n cuba atasi semampu mungkin.Kalu tak mampu juga…kita kembali kepada konsep sayap kana n sayap kiri…
3)Yg nombor tiga yg sebelum nokhtah pendapat ana sama jer yg kat atas,Yg lepas nokhtah tu ana pon tak tau…mungkin kadang2 muslimat nak buktikan dia pon boleh kadang2 terover…biasalah…sebabtulah ahli gerakan perlu baca bab2 hati…buku bidayatul hidayah ke…
Statement lembap berfikir ni…ana rasa silap sebab muslimat banyak idea tapi dia segan nak utarakan…tak semua muslimat yg lantang…itulah peranan muslimat yg berani perlu ambik tindakan berikut…cadangan je lah…: 1)Bagi kesedaran kat muslimat kenapa perlu berani suarakan pendapat
2)Amirah sesuatu lujnah pergi jumpa sorang2 tanya muslimat kot2 ada apa2 cadangan ke…sebab ramai yg banyak idea bila kita cakap face to face…inilah pentingnya kita perlu kenal ahli kita…
3) sebelum buat mesyuarat dengan muslimin mesyuarat dulu sesame muslimat.So, muslimin jangan cepat2 blame muslimat….


4)Akhawat sembang deras???
Deras yg mcm mana ni ya…
Kalu ikut bahasa surat laju…maknanya bercakap cepat…biasalah2 muslimatkan agak emotional n terlalu banyak idea…bimbang takut lupa…
Kalu ikut dialek Kelantan bercakap deras ni maknanya bercakap kuat…kalu analah…ana cakap kuat sebab…kalu cakap dengan nada perlahan nanti muslimin ana tak dengar pulak sehingga terpaksa ulang 2,3…kira salah muslimin la jugak…hehe..
5)akhawat tak boleh memimpin dengan baik…maka jawapan ana sebabtulah muslimin ditakdirkan oleh allah untuk memimpin muslimat…
6)nama atikah tu ana gantikan dengan nama ana ya us…
Jentera Akhawat PPIM di bawah kepimpinan ****** makin perlahan…
Tidak ada manusia yg sempurna…andai PPIM di bawah ana perlahan tegurlah ana , berilah panduan tuk ana untuk menjadikanPPIM ni lebih mantap seperti kepimpinan yang sebelumnya…and bagi tahu ana bagai mana corak kepimpinan yg terdahulu agar ana boleh ikut jejak mereka…Cuma jgn marah seandainya ana tak ikut sepenuhnya…sebab ana juga mempunyai gaya kepimpinan ana yg tersendiri…yg ana rasa sesuai n memberi impak yg lebih berkesan mungkin bukan pada masa sekarang tapi lebih kepada masa hadapan…seelok2nya Tanya dulu ana kenapa ana buat mcm ni…kenapa ana tak buat mcm tu…. Bagi ana ys ustaz kita kena pegang satu prinsip “orang yg berada di dalam rumah tak kan Nampak kecondongan rumah tersebut melainkan org yg berada di luarnya…” kesimpulan yg ana dapat buat berdasarkan kitab bidayatul hidayah n boleh diaplikasikan dalam kes4 ni “kelemahan yg diperlihatkan allah di dunia lebih baik daripada kelemahan yg diperlihatkan di akhirat”..

ustaz ana rasa muslimin dalam cerita us ni terlalu emotionallah…mcm pompuan pulak …kalu pendapat positif pulak mungkin dia saja nak cucuk atiqah tu sebab dia nak atiqah tu lebih mantap mungkin dia tahu atiqah tu boleh pergi lebih jauh….

Unknown on 4 Februari 2009 pada 8:46 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE