Selasa, 31 Mac 2009


1-Saudara Nazree Gerak menghubungi saya pagi tadi. Beliau meniupkan semangat agar saya tidak rebah. Saya hanya tertawa. Sebenarnya, saya langsung tidak terkilan dengan serangan kritikan. Bahkan saya berasa seronok dengan pertembungan pemikiran yang berlaku secara baik ini.

2-Saya kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Zulkifli Yusuf, bekas Pengerusi BBMN yang telah mendapat enugerah Datuk Paduka daripada kerajaan Kelantan. Beliau tidak pernah berbangga diri malah membalas SMS saya dengan merendah diri.

3-PAS berada dalam keadaan tertekan di Bukit Gantang. Tentera Islam dulu pun, setelah lama berperang dalam membebaskan Andalusia, mereka keletihan dan tidak berdaya membuka Perancis. Saya agak, PAS pun sudah agak keletihan dan kehabisan duit.

4-Orang PAS suka menggambarkan situasi masa sekarang dengan zaman Nabi SAW. Pilihan raya diibaratkan dengan Perang Badar, Uhud dan sebagainya. Apa kata kalau orang PAS berhati-hati dan bersedia dengan satu simbolika, iaitu Perang Hunain. Ramai tapi terlalu yakin diri.



5-Orang UMNO pandai tetapi tidak mempunyai asas keIslaman yang kukuh. Kalau UMNO ambil Islam sebagai perjuangan, maka mungkin tiada sebab lagi orang ingin pangkah PAS. Tetapi orang UMNO tidak Islamik. Mereka masih Melayu dan Melayu.

6-Orang PAS ramai tidak pandai tetapi mereka ada asas Islam yang banyak. Memang ramai orang PAS yang tidak pandai. Macam saja zaman Nabi SAW pada awal-awal bawa Islam. Ramai sahabat yang tidak pandai. Tetapi mereka cerdik. Kemudiannya, Islam menyuruh mereka menjadi pandai.

7-Apa pendirian Gamis? Setakat ni, Gamis sokong PR. Tetapi kalau PR pun melencong, Gamis tidak teragak-agak untuk menentang. Sekarang ni PR bagus.

8-Lepas PRK ini, semasa Muktamar PAS, mungkin Tok Guru sudah boleh memikirkan siapa pengganti beliau. Cantik juga Tok Guru Haji Hadi jadi mursyid. Saya kasihankan Tuan Guru Nik Aziz. Beliau dah penat. Baik juga beliau berehat untuk kebaikan. Tetapi kalau semua nak lagi, terpulanglah.

9-PAS sudah kehilangan ikon tarbiah yang berprestasi tinggi. Tiada ikon tarbiah yang muda. Yang ada Ustaz Yahya Othman yang acap kali menyebut tentang mati. Ustaz Haron Taib pun sudah berumur. Sekarang PAS perlukan orang muda. UMNO ada Zahid Hamidi.

10-Harap PR tidak leka dengan kemenangan Pilihan Raya kecil sebelum ini. Walaupun PR menang sebelum ini, tetapi Najib mengenakan TKO kepada PR dengan menjatuhkan kerajaan Perak. Nizar jadi penderhaka. PAS disebut parti berlindungkan agama.

11-Apapun, moga PR makin kukuh ikatan. Harap muktamar PAS tidak jadi muktamar tahun lepas yang sungguh membosankan dan menimbulkan rasa kurang senang kalangan pemerhati. Semua mahu cakap tentang muzakarh. Ramai hentam Anwar.

12-Harap PAS lebih intelek dalam muktamar tahun ini. Perwakilan diharap jangan membebel dan meleret dalam bercakap. Jangan cakap benda sama. Banyak lagi benda boleh disentuh.

13-Oh ye, diharap Pemuda tidak lagi duk hentam Anwar dan PKR.

2 Cadangan/Pandangan:

alfatonah on 31 Mac 2009 pada 4:10 PTG berkata...

alhamdulillah
kritikan yg mbina dr tok guru
pandai dan cerdik mcmne?
andaikata berjaya dpt 8A PMR, 4flet di matrikulasi, itu pandai @ CERDIK?
betullah ust kata, ramai yg xpandai tp asas ISLAM byk
mrk lbh cenderung kpd bidang agama
andaikata setiap ahli PAS yg mahir bidang agama turut sama MAHIR dalam bidang SAINS DAN MATEMATIK, TAK MUSTAHIL PAS JUGA BLH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG!
TAK MUSTAHIL SETIAP AHLI GAMIS DI KAMPUS SCORE 4FLAT EVERY SEM....
TAK MUSTAHIL....

Tanpa Nama berkata...

Gamis pun kena terbuka. Buat institut pemikiran, jangan amik pemikiran sama sendiri aje. Mana nak berkembang. Pemikiran hanya akan berkembang apabila ada interaksi. Dengan interaksi dan pertembungan, melahirkan penemuan baru. Amik source luar jugak dalam institut pemikiran. Kalau tidak, ia hanya bersifat tempat indoktrinasi macamana yang ada dalam tamrin-tamrin jamaah.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE