Murabbi yang bertubuh kecil ini bukan calang-calang orang. Dadanya berisi dan jiwanya bercahaya. Renungan matanya penuh dengan pengharapan yang sehingga kini belum tertunai sepenuhnya.
Saya faham jiwa orang tua yang bertubuh kecil ini meskipun belum sepenuhnya. Pernah beliau dengan sedikit keterkilanan yang menggaru hatinya menyebut, “Ana tidak kisah jika ahli kita tidak mampu menjadi ahli politik yang baik. Tetapi ana cukup khuatir apabila ahli kita tidak mampu membaca al-Quran dengan betul”.
Beberapa kali saya bertemu dengannya dalam pelbagai situasi. Beliau meraikan saya meskipun jasa saya masih terlalu sedikit dalam dunia gerakan Islam ini. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang sangat dalam.
Alangkah, beliau rupanya sangat dihormati di hadapan Sa’id Hawwa. Beliau juga merupakan teman rapat kepada Mursyid Ikhwan sekarang, Mehdi Akef. Seorang yang sangat menjaga rahsia dan sangat berwaspada, penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan, mempunyai mentaliti dan kefahaman yang berbeza dan sukar ditakrifkan, sangat menjaga ketepatan masa, itulah murabbi yang amat saya segani.
“Selekoh tajam,” beliau memulakan bicaranya yang hikmah. “Terdapat tiga selekoh tajam dalam kehidupan seseorang.
1. Perkahwinan
2. Pekerjaan
3. Kewangan
“Inilah selekoh tajam yang telah menyaksikan ramai yang tidak sempat brek dan terjatuh dalam lembah yang dalam. Maka ana berpesan kepada enta, enta mesti memahami tafsir ayat ke-24 dalam surah al-Taubah,” pesan murabbi tua itu dan saya mengangguk. Dalam hati, saya mengiyakan apa yang dikatakan oleh beliau.
“Murabbi, ana sudah menganalisis data yang terdapat dalam ayat tersebut. Kata Allah, ada lapan liku-liku yang boleh menyebabkan seseorang meninggalkan amal Islami. Bahkan dalam sejarah pun telah terpahat realiti dan hakikatnya,” saya menyusun kata-kata dengan baik. Murabbi tersenyum.
Sambil membetulkan kakinya yang sudah lenguh-lenguh dimakan ketuaan, Murabbi memegang tangan saya seraya berkata, “Anakku, cuba kamu terangkan apa lapan liku-liku berbahaya itu”. Saya terasa segan apabila sang murabbi memegang tangan saya. Tangan yang penuh dengan noda kekotoran sedangkan tangan murabbi adalah tangan seorang mujahid yang penuh dengan pengorbanan dan perjuangan.
“Murabbi, lapan cabaran maut itu ialah
1. Ayah yang menjaga kita sejak kecil
2. Anak yang kita kasihi
3. Saudara yang bersama dengan kita
4. Isteri yang disayangi
5. Ahli keluarga
6. Harta yang mengaburi
7. Perniagaan yang dikhuatiri rugi dan
8. Tempat tinggal yang selesa
Murabbi nampaknya sedikit mengeluh sambil melepaskan sedikit nafas. Beliau nampaknya sangat runsing dan kebimbangan menggarisi dahinya. Saya dapat merasakan betapa berat beban yang dipikulnya selama ini.
“Jangan runsing murabbi, saya akan meneruskan kerja murabbi untuk mendidik ahli harakah. Ini janji dan tekad saya,” bisik saya dalam hati sambil melepaskan pandangan ke arah ketuaan yang semakin menyeluruhi tubuh murabbi tua itu.
3 Cadangan/Pandangan:
salam
adakah murabbi itu tok guru nik aziz??
biar kita selam hingga ke teras dalam bumi, biar kita renangi seluruh lautan pasifik,
biar kita langkaui berjuta2 kilometer jalan raya yg melata di muka bumi,
tiada insan sezuhud tok guru yg bisa kita jumpa
moga tarbiyyah dlm jemaah pas bisa melahirkan ahli gerakan seiras tok guru
Murabbi tua itu juga pernah aku temui..langkahnya tenang..wajahnya redup dgn istiqamah..
Suatu hari aku hadiri muktamar jemaah..dr jauh,aku nampak sekonyong2 tubuh tua itu berjalan tanpa diiringi sesiapa..matanya liar mencari kerusi keras..
aku terdengar seorg tua berbicara dlm nada perlahan tidak jauh drku..
"Hebatnya ditua itu, jasanya pd jemaah sgt besar..penuh tawadhuk dn merendah diri"
saya pegang janji saudara untuk mendidik ahli harakah..
harap saudara ingat janji ini...
mamat.com
Catat Ulasan