Rabu, 15 April 2009

cerita


“Aku runsing la tengok sahabat-sahabat kita sekarang,” keluh Saddam

“Apa yang ko runsingkan Dam?” tanya Hussein.

“Ntahla Sein, ko tengokla sendiri. Sahabat-sahabat kita bukan bersungguh pun bab solat jamaah ni. Demonstrasi bukan main lagi. Politik nombor satu. Buat Press conference dia la paling terkehadapan,” keluh Saddam lagi.

Betul juga kata si Saddam ni. Bukan rajin sangat pun budak-budak ni solat jamaah. Subuh paling liat. Macam mana nak dapat berkat kerajaan langit.

“Aku bukan apa Sein. Bagus politik tu. tu kerja Islam. Tapi janganlah sampai kita lupa suruhan dalam al-Quran dan sunnah nabi. Solat jamaah,”.

Fuh, macam-macam sekarang. Islam tetap akan menang tanpa demonstrasi. Islam tetap akan menang tanpa press conference. Masih banyak lagi ruang menegakkan Islam.

Tapi tak pernah pula Hussein dengan Islam menang di tangan orang malas solat jamaah.




“Kalau bab baca buku politik, nombor satu. Tapi bab baca Quran, tajwid tonggang-langgang. Bukan apa Sein, Quran ni kalamullah. Buku tu tulisan manusia yang lemah.” Saddam masih marah. Panas kot hari ni sampai jiwanya terbakar bukan main.

“Ni satu lagi Sein,” Hussein menadah telinganya mendengar rungutan kawannya.

“Semalam aku jumpa polis sedang tahan orang masa Maghrib. Diorang ni tak tahu sembahyang ke?” Saddam ternyata marah. Hussein sudah mula menjauhkan diri sedikit daripada Saddam. Takut-talut ditumbuknya.

“Nak je aku suruh si Najib tu baca Quran. Nak tengok dia kenal tak Izhar Halqi,” alamak, sampai Perdana Menteri pun dia marah.

Betul kata Saddam tu. Solat jamaah malas. Solat sunat malas. Tahajjud jauh sekali. Eh, tak terasa malu ke kalau asyik lewat je?

Lepas solat, terus je bangun. Wirid tak, solat sunat tak. Kalau dia wirid masa jalan tu takpe juga. Ni tak pun. Baca Quran pun tunggang-langgang. Hussein mula konfius. Eh, boleh menang ke Islam zaman sekarang kalau macam ni?

“Aku tengokla Sein. Budak-budak sekarang lebih suka main blog samapi tak tidur malam tapi sanggup tak solat tahajjud walau dua rakaat. Ko bayanglah Sein,” Saddam membebel lagi. Kalah mak nenek.

“Main blog sampai lupa dunia. Solat jamaah pun tinggal”.

“Betul kata awak tu Saddam,” eh, masa mana pula si Megawati ni datang. Dia datang dengan Benazir sambil tersenyum-senyum.

“Aku tengok sekarang perempuan bukan main lagi. Ada ke duk pakai tudung labuh lepak kat AI sampai lebih jam 12 malam. Diorang tak tau ke mata orang lain berbulu tengok?” sudah, si Megawati mula mula membebel.

“Betul kata Megawati tu. bukan apa, kalau nak belajar, kat rumah dan bilik pun ada. Nak mian internet, janganlah sampai lupa dunia. Orang lain tengok, mereka akan jatuh benci. Semalam aku jumpa pak gad, bukan main lagi dia marah. Harap tudung je labuh katanya,” Benazir pula melontarkan peluru pedasnya.

“Aku ingat lagi la dulu. Kalau kat ruang ilmu terbuka tu, dulu penuh dengan usrah dan perbincangan ilmu. Tapi sekarang penuh dengan mat-mat dan minah-minah lepak. Bukan usrah pun. Macam biasa la, internet internet internet. Bukan cari maklumat tapi mengorat,” marah Benazir lagi. Wah, bolhe tahan si Benazir tu.

Tiba-tiba si Yasser pula datang. Bertambah lagi korum orang-orang panas ni.

“Aku tengok sekarang budak persatuan Islam ni dahsyat. Hari tu, aku tengok diorang duk mesyuarat dua orang,” kata Saddam.

“La, apa salahnya mesyuarat dua orang?” tanya Yasser. “Eh, ko ni Yasser. Dahla baru datang, tak bagi salam. Maksud aku, lelaki dengan perempuan dua orang mesyuarat atas satu meja,”terang Saddam bagi jelas. Yasser tersengih-sengih.

“Hari tu, lagi mata aku berbulu,” tambah Megawati.

“Mana bulu mata ko, aku tak nampak pun?” Yasser buat onar lagi. Megawati dah mula mengepal-ngepal tangannya. Jangan main dengan si Megawati ni. Badannya besar kalau dibuat ala wrestling boleh mati si Yasser yang kurus kering macam cicak kubing.

“Hehe, aku guro je, janganlah marah Mega,” Yasser cepat-cepat minta maaf.

“Ada ke patut hari tu, dahla duk berdua atas satu meja, bertentangan pulak tu. bukan duk jauh-jauh. Apa la nak jadi. Memangla ramai orang sekeliling. Tapi buat malu persatuan Islam je,” Megawati menamatkan kata-katanya.

Hussein tersengih-sengih di tepi. Betul apa yang kawan dia katakan.









5 Cadangan/Pandangan:

Mahmud Syarif berkata...

Di kampus ana, perkara mcm ni belum terjadi lagi, maklumlah biah solehah tinggi katakan, tp doakan ana agar dapat tempuhi bila keluar nanti ke kampus lain....

Tanpa Nama berkata...

Biasa la tu perkara sebegini memang betul2 berlaku...

Apa boleh buat pejuang Islam katakan...

muslimatUM berkata...

Betulkan yg biasa!
Biasakan yg betul!

Ana pun pelik knape diorg bleh meeting berdua je. Mmg la sblh dia ada ramai org...
Ana kos selain dari pengajian agama, bila dtg fakulti diorg agak terkejut (sama rupanya perangai diorg dgn budak fak ana)...

Ana pernah meeting berdua dgn muslimin(masih mentah lg masa tu), pastu shbt ana trus tegur (bila jumpa kat bilik). Terasa sgt,insaf & nekad tak nak buat lagi!
Ana malu, takut ALLAH murka lg. Klau ayah ana tau, mesti kena marah gak...

Ummu Jauharah on 16 April 2009 pada 7:30 PTG berkata...

Salam.hihi.menarik.Solat jemaah tu penting!nak jadi ahli politik kena selesaikan dulu saff..dalam jemaah..kena tahu kelebihan solat jemaah yang membawa politik yang berkesan.jihadkan dulu solat jemaah baru politik.jemaah tak bermakna kena ke masjid,kalau bz solatlah jemaah dimana2 berdua pun jemaah.yang muslimat tu,mmg wanita ni kena jaga,mana boleh kuar malam,tapi kalau mcm kat kampus ana,USM, kami banyak kelas agama waktu malam,maklumlah semua sains,nak blaja agama ni waktu malam2 jelah.balik jalan kaki kul 1 pg tu pun kira biasalah.apa2 pun kena sentiasa positif.

Teganggo berkata...

Yang biasa melakukan perkara2 ini bisanya yang dah faham fikrah...kita hanya beri peringantan dan pengajaran je,ckp banyak pun x de guna,tunggu je ditapis ALLAH...sedar2 lah sahabt2 ku..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE