Seorang murid bertanyakan gurunya.
“Guru, kita tahu ke sama ada Allah redha kepada kita atau tidak?”
“Ish, takkan kita tahu. Redha Allah itu tersembunyi”.
“Tapi guru, saya rasa kita dapat tahu. Apabila saya berasa redha dengan Allah, maka itulah tanda bahawa Allah redha kepada saya”.
Gurunya membalas, “Aah, betul juga ye”.
Dalam kes kedua, seorang anak bertanya kepada ibunya.
“Ibu, apa yang perlu kita bagi kepada Allah?”
“Sayang, kita mestilah taat kepada Allah. Itulah pemberian kita kepada Allah”.
Anaknya menggaru-garu kepala kehairanan. “Oh, along silap faham selama ni. Along ingatkan semua benda datang dari Allah. Rupa-rupanya sikap taat itu datang dari kehendak kita bukannya Allah. Terima kasih bu,” kata anaknya sambil berlalu.
Sedangkan ibunya tercengang, berasa tidak kena dengan jawapannya tadi.
Daripada kes ini, siapa yang dapat menghuraikan maksud sebenar yang tersirat?
Sila berikan nama penuh anda dan no akaun anda untuk saya masukkan wang hadiah kepada pemenang
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
6 Cadangan/Pandangan:
inayah Tuhan.. Allah ciptakan iman utk kita.. Allah juga ciptakan nafsu utk kita.. Allah ciptakan kita sama.. segala2nya dari Allah.. benar, yg baik dan buruk itu semua dari Allah.. tapi harus diingat.. Allah juga menciptakan aqal fikiran.. namun, ALLAH juga ciptakan naluri utk kita.. seandainya di hadapan kita itu adanya kebenaran, jika kita memilih utk melalui jalan itu, maka, kita akan akan selamat.. namun, seandainya di hadapan kita itu adanya kesesatan, jika kita memilih utk melalui jalan itu, maka, kita akan hancur..
hidup ini adalah utk beribadah kepadaNya.. dan skop ibadah itu jgn disempitkan..
Kita sentiasa mengharapkan redha Allah dan kita perlu yakin akan redha Allah kepada kita.Tetapi semua itu perlu kepada petunjuk dari al-Quran dan Sunnah. Hanya sekadar merasa, menyangka Allah redha kepada kita boleh membawa kepada kesesatan. Kerana tidak ada konsep sangkaan dalam Islam. Jangan jadi seperti sami yg menyangka dengan pengabdian diri mereka itu, maka tuhan redha kepada mereka. Taat bukanlah satu pemberian kita kepada Allah tapi sebagai satu proses menunjukkan kita syukur kepada Allah. Kerana Allah tidak memerlukan kepada ketaatan kita.
(betul ke jawapan camni? boleh dapat hadiah tak? hehe)
WA....
begitu banyak persoalan mcm ni bermain disekitar kita, trutama bila di luar kampus, balik je ke kampung, belum sampai 24 jam, mesti ada yang bertanya, paling kurang ahli keluarga.....
Who Are the World's Most Influential People in 2009? lets vote for Anwar Ibrahim here...
http://www.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1883644_1883653_1884553,00.html
che det x dengki ke x tersenarai....
senang je soalan ni
IMAN YANG PALING UTAMA IALAH SENTIASA MERASAI ALLAH ADA BERSAMA-SAMA KITA , ALLAH MELIHAT , ALLAH MENDENGAR DAN ALLAH TAHU ISI HATI KITA
maka, terjadilah TAAT dan rasa KEBERSAMAAN ALLAH dgn kita
=)
ust nk no akaun ana x? =)
"radhiyallahu 'anhum wa radhu 'anh."
maka taatilah perintah Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan, dan meninggalkan larangan-Nya. Dengan kita mentaati, maka kita meredhai perintah Allah kpd kita, sbgmana para sahabat.
jangan meletakkan pemikiran bahawa, "owh, Allah dah tetapkan, aku ini golongan yang tidak taat." lantas tidak berusaha untuk mencari hidayah dan mentaati Allah.
Salah satu cara untuk periksa sejauh mana rahmat Allah sampai kepada kita atau tak ialah dengan semak balik
-sejauh mana kita jaga atau berdisiplin dengan bacaan Kitabuhu Al-'Aziz yakni quran-
-iman-
Catat Ulasan