Jumaat, 3 April 2009

TAJARRUD YANG TERGONGCANG


Najib akhirnya menjadi PM, ramai yang cuak.

Kata orang, Najib adalah dua kali ganda lebih dahsyat berbanding Tun Lah. Najib kata orang adalah diktator.

Mahasiswa juga turut takut. Mungkin gerakan mereka akan semakin sukar selepas ini.

Mungkin blogger juga perlu berhati-hati. Adakah anda tahu, seorang Raja Tartar memeluk Islam, namun ia tetap memerangi umat Islam.

Ibnu Taimiyah menyifatkan raja tersebut seperti Kaum Khawarij. Mereka perlu diperangi kerana mereka memerangi umat Islam.

Namun ada satu golongan ilmuan berfikiran lain. Mengapa harus ditentang pemimpin sedangkan Nabi SAW memerintahkan agar pemimpin ditaati.

Sampai bila semangat kepartian menghalang daripada dakwah yang lunak dan lebih segar. Mendekati Najib bukannya menyerangnya.

Bukankah seorang lelaki menasihati al-Makmun dengan kasar? Lalu al-Makmun berkata, “Tenganlah wahai anak muda. Saya bukannya sejahat Fir’aun dan anda bukanlah Nabi Musa. Namun Allah SWT memerintahkan agar Musa berlembut dengan Fir’aun”.

Bukankah kekerasan akan menambahkan kekerasan pemerintah. Jangan disangka mencegah kemungkaran dengan tangan adalah milik semua kerana jumhur menyebut itu hak pemerintah.

PAS dan gerakan kampus yang seiras dengan PAS adalah Khawarij. Bai’ah mereka adalah palsu dan direka cipta.

Demokrasi adalah ciptaan Barat sedangkan syura adalah seruan Islam. Menegakkan khilafah satu kemestian.

Tidak perlu lagi Pilihan Raya, yang perlu adalah turun ke jalan raya.

Ada yang bertanya. Sampai bila gerakan anak muda harus menentang? Jika anda benar dalam tarbiah, turun ke padang dan bela rakyat.

Bukannya hanya melaung kata yang penuh dengan teori sehingga berbuih mulut. Turun ke lapangan. Suap orang lapar pakaikan yang telanjang.

Jangan hanya pandai mengkritik sebaliknya membina. Najib perlukan penasihat dan pendamping bukannya pembangkang.

Maka bagaimana kita apabila berhadapan dengan persoalan ini. Apakah fikrah kita masih tajarrud?

4 Cadangan/Pandangan:

H.Faris on 3 April 2009 pada 5:31 PTG berkata...

ana sokong pendapat ustaz...
golongan pendakwah kata Nabi mesti berdakwah menggunakan cara yg berhikmah.
kalau waqi' dan keadaan memerlukan utk kita mggunakan tangan, gunakan tangan. kalau memerlukan hanya sekadar mulut, gunakan mulut dan seterusnya...
faktanya, mahasiswa sekarang hanya nampak perjuangan menentang kezaliman pemerintah memerlukan kekerasan... sampai bila?
monyet diatas pokok, ketika angin kuat, ia akan berpaut pd dahan pokok dgn lebih kuat.tp bila angin sepoi2 bahasa melayu, ia akan terulek oleh sang bayu dan kadang2 terjatuh drp pokok.
wallahua'lam.

Jundiummah on 3 April 2009 pada 6:56 PTG berkata...

Bismillah:
Adapun sikap berterus-terang seperti itu dalam dakwah menggoncangkan hati yang lalai, menggerakkan kebekuan perasaan, menilai kebenanran dan kebatilan.

Berterus terang bukanlah mekananya membawa hakikat Islam dgan cara meliarkan org daripada ISLAM degn kekerasan tanpa pedoman. Bukan juga bermakna kita menyembunyikan kenyataan yg ada dalam kitan ALQURAN tetapi mestilah disampaikan kenyataan dan ajaran yang sempurna, merangkumi segala hakikat aqidah dh=gn sejelas-jelasnya .

Bukanlah kerja ISLAM itu berdamai dgn tasawwur jahiliyyah yg ada di atas muka bumi ini,(meslipun di mana jahiliyyah itu berada) , kerana jahiliyyah tetap jahiliyyah, dan islam itu tetap islam.

Sewajibnya kita tetap thabat dgn ISLAM yang kita bawa.

Unknown on 4 April 2009 pada 12:41 PG berkata...

Salam ,semoga usaha tuan mendapat kejayaan,,,jemput tukar link2,,,wasalm..

Tanpa Nama berkata...

SEBURUK-BURUK ORANG ISLAM, DIA TETAP ISLAM DISISI ALLAH.

SEBAIK-BAIK ORANG KAFIR, DIA TETAP KAFIR DI SISI ALLAH.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE