Khamis, 14 Mei 2009

PIMPINAN PAS SANGAT TERBUKA


Saya berjumpa dengan beberapa pimpinan utama PAS baru-baru ini. Masing-masing mempunyai gaya berfikir yang tersendiri. Ini bagi saya menunjukkan kekuatan PAS yang telah melahirkan ahli yang mempunyai pelbagai pandangan.

Letihnya, apabila saya memberikan idea kepada PAS, pimpinan menyambut baik tetapi orang bawahan bagaikan histreia. Sebagai contoh, saya menyatakan PAS kekurangan negarawan dan pentadbir yang baik.

Orang bawahan sudah tidak keruan memarahi saya sebaliknya pimpinan bersetuju dan menerima dengan dada terbuka. Kita seharusnya jujur menilai diri sendiri.

Syaa juga menyatakan PAS lambat dan tidak begitu melahirkan rasa minat untuk menjaga potensi yang sudah terbit dalam kampus. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan slogan, “Pandai-pandailah diorang cari sendiri”, “dunia kampus hanya idealis bukannya gelanggang sebenar, jadi mereka seharunya bermula dari bawah”.



Pimpinan bersetuju dan kami berbincang perkara tersebut namun orang bawahan menengking-menengking saya. Saya tidak kisah sangat.

Banyak lagilah. Oh ye, apabila saya menyebut PAS, janganlah disangka semua orang PAS. Ada juga yang sangat memahami dan ramai yang kurang mengerti.

Saya sampaikan kepada seorang pimpinan dalam pemuda, betapa ada satu NGO yang begitu marah dengan PAS kerana terlalu mementingkan politik tetapi meninggalkan dakwah dan tarbiah. Contohnya dalam isu Musawah. Walhal PAS ada Lajnah Dakwah.

Pimpinan tersebut menyatakan kesetujuan dengan saya bahawa PAS sudah menjelma menjadi sebuah parti politik yang banyak fokusnya kepada politik tetapi kendur dalam bab lain.

Saya sebutkan kepada seseorang yang acap kali tidak bersetuju dengan pandangan saya, sekarang merupakan exco Pemuda Wilayah, “Tidak mustahil jika kelak PAS akan melahirkan pimpinan yang korup dan mengamalkan politik wang jika terlalu rakus dalam politik, tidak suka dimuhasabah dan dikritik dan kendur dalam tarbiah”.

Ia bukan sekadar bersetuju malah menambah-nambah lagi.

Saya nyatakan kepada beberapa pimpinan pemuda, PAS tidak boleh lagi menjadikan demo sebagai jalan. Mesti ada satu gerakan baru dan bentuk baru. Mengapa mesti demo berterusan. Saya tidak kisah. Jika pandangan saya silap, saya terima. Jika benar, saya harap pimpinan sudi menerimanya, bukan sekadar mendengar dan mengangguk.

Alhamdulillah akhirnya pimpinan pemuda bersetuju. Saya sendiri akan menyediakan proposal untuk wacana Fiqhul Harakah al-Mu’asirah.

Ada kalangan PAS, bukan PAS, tetapi kalangan PAS Yang melenting apabila kami menjemput UMNO dalam Kongress Pendidikan Nasional yang bakal diadakan. Pengarah program mengadu perkara tersebut kepada seorang AJK PAS Pusat yang berpengaruh.

Yang anehnya, pimpinan tersebut sangat bersetuju dan menggalakkan kami untuk mengadakan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana kami turut mengadakan kerjasama dengan PAS.

Dalam memberi pandangan, saya menghormati orang yang lebih tua. Saya tidak akan melanggar adab-adab tatasusila. Bagi saya, pimpinan PAS sangat terbuka namun terdapat orang bawahan atau pimpinan bawahan yang masih kekal dengan style yang lama.

Saya ada menghantar mesej kepada beberapa orang yang tidak bersetuju dengan saya, atau tidak bersetuju malah ingin menjauhkan diri daripada Gamis, bahawa saya sedia untuk bertemu dan berbincang jika perlu, dan saya akan menerangkan segala-galanya tentang pandangan saya.

Dan saya ingin membuat jemputan terbuka, kepada yang tidak bersetuju dengan saya untuk berbincang secara terus bukannya mendengar ‘nasi tambah’ dan sekadar membaca blog kemudiannya tidak memahami.

Saya tidak akan bersombong diri…



2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan begitu memahami realiti..ttp izinkan saya menkritik tuan.Mmg kita maklum ahli PAS mmg begitu.JAdi mngapa mahu mencetus huru hara?kalangan org yg tidak bersetuju dgn tuan bkn kerana hujah tuan dangkal.tp kerana tidak mahu org bwh keliru dan hlg arah.Pimpinan jrg sekali mahu mengulas artikel2 tuan yg kontroversi.mgkn sibuk atau mgkn mereka juga rsa pndgn tuan tidak bersesuaian utk diraikan. apapun,ahli dibwh jadi pening.Hasilnya,bkn perubahan yg tuan dpt,tp gelora badai yg tiada sudah dibwh ini.Bknkh elok jika tuan bermula dri bawah,bekerja bersama pemuda dan akhirnya mnjadi kepimpinan sndiri.Agenda perubahan akan dpt dilaksanakan.gerakkn AKP,PASTI dsb.HAri ini,tuan diminta turun kerana apa?kerana mereka nmpk tuan mendahului kepimpinan,meminta perubahan yg besar.JAdi,mari kita raikan ahli2 kita yg mungkin tidak sebijak tuan,TAPI SGT KOMITED DGN GERAK KERJA BWHN>kita xbole jadi seperti mereka,berkorban segalanya demi parti.Masing2 saling mnjaga,akhirnya pasti Islam itu gemilang.Tahniah!blog tuan sudah mula berubah,lebih lembut,beradab dlm menulis.ttp sedarlah.bbrp org yg menjadikan tuan sbg icon dgn mudahnya melanggar adab dan akhlak.bila mereka dikritik, kata mereka,sudah resam org menuntut perubahan,pasti besar cbrn,sama spt ust dzul,presiden gamis.walhal mereka ini org yg hnya pndai menulis,tk mahu bekerja.usrah mahu cara mereka,tamrin mahu cara mereka,kuliyah biar mereka yg bagi,ustaz2 kita jadi tidak bijak bg mereka,hanya prof dan dr. mereka yg layak.skrg tugas tuan,perbetulkan mereka.biar mereka jadi mcm tuan,tau adab dan akhlak.pastikan tuan memperbetulkan mereka sebelum muktamar. jika tidak,kami mohon sembah derhaka.sila berundur tuan presiden.

Tanpa Nama berkata...

ustaz zul.. ops. silap .. zul

sila undur!!! awak TAK LAYAK berada di kerusi Presiden GAMIS lagi.

Ini suara akar umbi.

maaf, saya tidak mengenal adab dalam menghadapi orang yang kurang ajar seperti awak!!!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE