Rabu, 3 Jun 2009

GERAKAN DAKWAH


4 Jun 2009- Ini kali ketiga saya cuba menghasilkan sebuah artikel. Kali pertama dan kedua, saya terpaksa cansel kerana dibimbangi akan menimbulkan rentak ketidakfahaman kepada pembaca.

Biarlah saya berbincang tentang perkara yang tidak terlalu berat dan kaya dengan falsafah. Saya terlupa, saya perlu bercakap mengikut laras yang boleh difahami ramai pihak.

Perbincangan saya berkaitan dunia dakwah. Apabila saya menghadiri seminar anti-murtad baru-baru ini di Masjid Shah Alam, anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM), maka mata hati saya terhadap dunia dakwah non-muslim sedikit terbuka.

Mungkin kerana saya lebih meminati dunia intelektualisme dan politicking, menyebabkan saya kurang memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap aksi dakwah non-muslim.



Ustaz Ridhuan Tee melahirkan perasaan kesal beliau terhadap ketidaksungguhan pihak tertentu terhadap berdakwah kepada orang Chinese. Beliau mewakili kaum Chinese manakala Ust Fitri mewakili kaum Indian.

Mengikut formula yang diberikan oleh beliau, kaum Chinese merupakan kaum yang paling mudah untuk disampaikan dakwah. Selain daripada mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, mereka juga merupakan golongan yang cerdik dan boleh berfikir.

Mereka hanya berpegang dengan ajaran, kefalsafahan bukannya keagamaan. Taoisme, Kungfucianisme dan Buddhisme hanyalah ajaran dan kefalsafahan bukannnya agama. Ia berbeza dengan Islam dan Hindu.

Maka orang sebegini tidak mempunyai prinsip keagamaan yang kukuh. Maka goyahlah pegangan mereka. Mudahlah untuk kita meruntuhkannya. Hanya dengan meniup sedikit, pegangannya akan terus goyah.

Saya amat mengharapkan, agar gerakan mahasiswa juga mula memfokuskan kepada aktiviti dakwah secara serius. Bukan hanya peduli tentang politik kerana kepimpinan negara masa depan bukan sahaja perlu celik politik malah juga celik dakwah.

Maka baru sahaja saya berbincang dengan seorang sahabat saya, Hasrul namanya. Perbincangan kami berkaitan gerakan dakwah. Namun ia lebih tertumpu kepada gerakan Liberalisme. Maka apakah persediaan kita untuk menghadapinya.

Maka saya mengharapkan ada kalangan muktamirin PAS yang akan membincangkan soal dakwah dan aktivit dakwah secara serius dalam muktamar ini.

Apatah lagi sekarang non-muslim semakin jinak dengan Islam itu sendiri.







4 Cadangan/Pandangan:

Ibnu Ali on 3 Jun 2009 pada 12:10 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibnu Ali on 3 Jun 2009 pada 12:12 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibnu Ali on 3 Jun 2009 pada 12:13 PTG berkata...

Assalamualaikum..

Itulah yang sepatutnya. Dan muktamar kali ini sepatutnya menjadi medan muhasabah yang ini. Bukan hanya menumpukan kepada bagaimana nak jatuhkan UMNO..

Nak kongsi juga http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/2009/03/pas-perlu-bertindak.html

Ummu Umairah Cahaya Mataku on 3 Jun 2009 pada 6:59 PTG berkata...

Salam pembuka bicara buat pengarang yang dihormati. Ana merasakan uslub dakwah yang pelbagai telah pun di ambil sebaik mungkin oleh pihak PAS terutamanya sebagai sebuah parti islam di Malaysia yang meletakkan asas ISLAM sebagai dasar perjuangan. Sesiapa yang ingin mengenali dengan lebih lanjut bagaimana pendekatan tersebut, bolehlah datang, lihat dan teliti sendiri bagaimana usaha kerajaan negeri Kelantan dalam mengambil pendekatan dakwah terhadap golongan non-muslim di Kelantan. Tanggungjawab Dakwah ini adalah tanggungjawab semua pihak dan lebih-lebih lagi terletak di bahu pemimpin negara. Selagi mana pemimpin negara yang kurang celik agama dijulang sebagai pimpinan dan teraju utama negara, maka selama itulah akan menyukarkan gerakan dakwah untuk dilakukan seterusnya memundurkan pemahaman rakyat terhadap ISLAM. Dan kita semua perlu sedar, selagi mana ISLAM tidak diletakkan sebagai asas amalan dalam kehidupan, maka selama itulah hidup manusia dalam kegelapan dan keruntuhan akhlak akan terus berleluasa.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE