Khamis, 28 Februari 2008

ARTIKEL BUAT REDHASHA YANG BERTANYA


Saya mencuri-curi masa di celah-celah tumpuan yang kini terfokus kepada PRU. Ternyata PRU tahun ini sangat mencabar apabila tarikh penentuan mengundi hanya diketahui oleh PM sahaja, seperti layaknya waktu lailah al-Qadr sebagaimana disebut oleh Ustaz Ramadhan Fitri.

Saya cuba memenuhi kehendak Redhasha yang memohon saya memberikan tips untuk menundukkan hati seorang lelaki yang meringankan soal dan bersikap egois terhadap ibu sendiri.

Pertama saya menjelaskan, setiap orang ada peluang dan potensi untuk berubah. Jangan disangka yang jahat itu, kesudahannya neraka dan azab, kerana kemungkinan ia boleh menjadi hamba Allah yang diredhai.

Beberapa sahabat nabi, berzina dan dihukum hudud tetapi taubatnya sangat cemerlang. Beberapa orang, sangat teruk perilakunya tetapi akhir kehidupan, ia menjadi wali Allah yang tawadhu’. Seorang pendakwah akan melihat melalui kaca mata sebagai pendakwah, bukan kaca mata seorang ulama yang menghukum sesuatu itu haram atau tidak, halal atau haram.

Adik saya sangat degil untuk mengerjakan solat. Jika dikerjakan, bangat sekali sudahnya. Tup tup, sudah selesai 3 4 rakaat. Begitu pantas sekali. Satu tika, apabila dia menemani saya untuk melihat proses pengebumian seorang bapa saudara, hatinya yang ketika itu baru sahaja berumur 8 tahun, diketuk oleh belaian keinsafan. Apatah lagi kemudiannya ia dimomokkan bahawa dalam kubur, gelap dan menakutkan.

Lalu, ia tiba-tiba berubah menjadi seorang yang sangat bersungguh-sungguh dan khusyu’ tampaknya mengerjakan solat, walau baru umurnya 8 tahun. Ruku’nya lama, sujudnya panjang, qiamnya baik sekali. Seminggu kemudian, ia kembali kepada ’fitrah’.

***Apa simpulnya? Simpulnya adalah, sesuatu peristiwa boleh menginsafkan seseorang untuk berubah. Ini disebut sebagai mau’izah hasanah.

Sumaiyah pula ketika itu masih kecil, sekitar 3 4 tahun umurnya. Tiap kali saya pulang ke rumah, saya kerjakan solat berjamaah bersama keluarga. Saya menjadi imamnya. Jadi Sumaiyah yang masih sangat tersentuh dengan perilaku kami, lalu ia turut mengerjakan solat bersama kami, malah bacaan ’Amin’nya adalah paling kuat dan panjang.

***Apa simpulnya di sini? Simpulnya adalah suasana yang baik dan kondusif mesti dibina. Biah Qur’aniah yang terpimpin mesti dicorak sebaik mungkin. Si ayah, juga si ibu sebagai role model. Begitu juga sahabat handai sebagai contoh yang nampak di depan mata.

Beberapa sahabat saya memohon keizinan daripada warden asrama untuk bermain bola pada hari yang tidak dibenarkan. Mereka berkumpul beramai-ramai dan merayu namun rayuan mereka tidak diterima. Lalu saya pergi untuk menjadi hero. Baru sahaja saya memanggil ustaz Zailan, menyalami dan mencium tangannya sebagai satu penghormatan juga strategi, terus ustaz Zailan mengizinkan kami untuk bermain. Nah bukankah di sana terdapat dua simpulan yang menarik?

***Simpulnya adalah, kita perlukan seorang fiqure yang boleh merancang seseorang untuk berubah. Malah di samping kita mempunyai figure yang berpengaruh, kita juga perlu pandai berstrategi, bukan semberono kosong tanpa perancangan yang munazzamah.

Hafiz Roslan berkelakuan seperti kanak-kanak. Ia melayan Sumaiyah dengan baik, dan adik saya yang masih kecil itu sangat tertarik dengan layanan hafiz. Mereka bermain kejar bersama-sama, bermian tembak-tembak sambil Hafiz melakonkan watak kebudakan yang saya sifatkan menjadi dan dicontohi saya kemudiannya. Hasil daripada kelakuan Hafiz itu, Sumaiyah tetap teringatkan dia walau sudah 2 3 tahun berlalu meskipun mereka hanya bertemu sekali sahaja. Pulang sahaja ke rumah, pasti Sumaiyah bertanyakan Abang Hafiznya itu.
***Simpulnya mudah. Kita mesti mengikut gelagat sasaran kita. Sekiranya ia kanak-kanak, maka seyogia ke atas kita berperlakuan kanak-kanak dan menghayatinya sebaik mungkin. Jika ia ulama, kita menghormatinya. Jika ia seorang yang malas solat, kita solat di hadapannya. Jika ia seorang yang ego, kita merendahkan diri dan memuji-mujinya. Jika ia kedekut, kita bermurah hati terhadapnya. Jika ia anak orang kaya, kita mesti pandai bercakap soal harta benda seperti saham. Jika ia sahabat yang miskin tidak berduit, kita sentiasa membantunya.

Dalam sohih al-Bukhari ada menyebut, premisnya sebegini. Bersedekah kepada yang kaya, mudah-mudahan akan mengubah sikap kedekutnya. Bersedekah kepada pencuri, mudah-mudahan akan mengubat tabiat mencurinya. Begitu juga bersedekah kepada pelacur.

Seorang isteri tidak pandai memasak. Tangannya keras dan kaku, tidak berseni. Masakannya tidaklah begitu lazat tetapi ada rasanya. Si suami yang makan, menunjukkan seleranya. Makan, ditambah, malah nampak bersungguh-sungguh. Diratah ayam tanpa perasaan dan tanpa berkata-kata. Kemudian, ia sendawa dambil menyatakan kesyukuran kepada Allah. Ia lantas mencium pipi isterinya dan memuji-muji masakan yang begitu sedap pada pandangannya.

Apa perasaan isteri apabila dipuji sebegitu rupa? Pasti ia sangat gembira. Sangkanya, masakannya tidaklah begitu sedap dan lazat, tetapi gelagat suaminya yang nampak bersungguh-sungguh membuatkannya berasa sangat gembira. Kasihnya kepada suami semakin mendalam. Tidak lama kemudian, isteri ini pergi berjumpa dengan mak mentua untuk belajar resipi masakan yang lebih berkualiti untuk lebih menawan hati suaminya.

Si suami ke bilik air menahan sakit perut.

***Simpulnya, banyak orang alah dengan pujian. Pujian mesti berseni, lahir daripada jiwa yang telus bukannya perli dan bukannya bodek ini mesti difahami dan dihayati.

Seorang perempuan gemuk dan suaminya mengadu tidak pernah mendapat anak sepenjang perkahwinan mereka. (Doakan saya mendapat 10 orang anak, ameen) Mereka berjumpa dengan doktor untuk meminta nasihat. Dokor mengkhabarkan berita yang sedih dan sayat, bahawa si isteri akan meninggal dalam masa yang terdekat.

Si isteri pulang dengan perasaan gundah dan resah, ia menangis saban hari. Menyedari hayatnya di hujung tanduk, ia menambahkan ibadat dan memperbanyakkan puasa. Masuk hari yang dikatakan hari terakhir, beliau masih hidup dengan baik. Mereka bertemu dengan doktor untuk mendapat pengesahan terakhir. Komen doktor adalah mengejutkan. Rupanya si isteri sudah mengandung beberapa bulan. Kata doktor, saya melihat puan sangat gemuk sehingga menyukarkan anak untuk keluar, jadi saya berharap dengan kuasa psikologi saya ini, puan akan berpuasa dan kurang selera makan supaya dengan itu, perut puan akan kurus.

Pernah anda mendengar seorang yang demam tiba-tiba sembuh apabila doktor menyatakan ia langsung tidak sakit. Ataupun pernahkah anda mendengar seorang jatuh demam apabila semua orang menyatakan dia tampak sakit walaupun ia sebenarnya sihat?

***Inilah kuasa psikologi yang perlu diterapkan dalam dakwah.

Seorang muslimah dikatakan penarik unta Fatimah di syurga. Ia menanti kepulangan suaminya sambil mengangkat kain ke paras betis. Tujuannya supaya dapat melegakan hati si suami yang keletihan. Malah ia mengangkat beg si suami sambil menyatakan kasihnya pada suaminya yang tercinta.

Hassan dan Hussin berpuara-pura bergaduh cara mengambil wudhu’ yang benar semata-mata ingin mengajar seorang tua yang tidak betul mengambil wudhu’. Nabi Muhammad hanya mengenakan syarat JANGAN BERBOHONG kepada seorang lelaki yang meminta keizinan untuk berzina dan berjudi sehingga ia meninggalkan zina dan judi tersebut. Nabi tidak pernah mengherdk khadamnya Anas bin Malik sehingga Anas sangat terkesan dengan sikap nabi yang begitu ramah. Nabi tidak memarahi arab badwi yang kencing di masjid, yang mencekak leher baju baginda malah baginda sentiasa berlemah lembut terhadap Abu Sufyan.

Syakimin adik saya makin menghormati ibu apabila mendengar kisah anak derhaka yang ditelan tanah. Seorang perempuan yang keras hati boleh berlembut apabila berbicara dengan saya kerana saya menggunakan kaedah menghormati, memuji dan berlembut dengannya. Seorang yang tidak meminati usrah boleh menjadi komited dengan usrah apabila dibelanja makan. Seorang yang kasar boleh berubah apabila mendapat seorang guru yang baik dan dikagumi beliau.

Shahir seorang yang sangat berani dan keras, tetapi masih ada hati yang lembut malah kadang-kadang beliau sangat lembut. Khalid al-Walid siang hari menumpahkan darah musuh dan pada malamnya, air mata ketakutan kepada Allah yang tertumpah.

Maka saya bertanya kepada saudara Redhasha, apakah anda bersetuju jika saya katakan, sekeras-keras batu, akan hancur apabila air yang menitik perlahan sentiasa tidak jemu menitik di atas batu yang keras lagi besar itu?

Maka renungilah, sesungguhnya hati-hati, dipegang oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati hamba-Nya dengan mudah sekali.

2 Cadangan/Pandangan:

Redhasha on 29 Februari 2008 pada 6:18 PTG berkata...

salam saudara dzul..trima kseh ats kprihatinan saudara trhadap mslah yg sy hadapi..sbnrnya sy brtnya soalan tersebut bg mngatasi masalah adk sy sndiri..sdh sering kali air mata ini mengalir krn dia..dan entah berapa ribu kali air mata ibu sy mengalir krn di uji dgn skpnya..sbnrnya sy brhrp sgt kalau saudara sudi bersahabat dgn dia..sy yakin bhw shbat mnjadi pranan pnting dlm mempengaruhi shbtnya..mlgnya shbt2 adk sy skrng jg sama spt skpnya..soal solat puas di suruh..sdgkan usia menjangkau 20an..plg terbakar hati ini apabila dia sering mlukakan hati ibu sy..tiada siapa yg dpt mnghalang skpnya..malah bapa sy sndiri agk putus asa dgn skpnya..klu ibu bapa sndiri dia tak hormat..siapalah sy utk di hormati..rsa seolah diri ini gagal mmbentuk adk sndiri..dialah satu2nya adk lelaki sy..seringkali sy berangan utk mlihat dia menjadi lelaki soleh..dn doa sy jg agar dpt mlihat prubahan skpnya sblum brakhr hayat ini..

Redhasha on 2 Mac 2008 pada 6:36 PTG berkata...

Ahad 02/03/08 1.15pm

YANG MANA SATU?

Menjelang beberapa hari lagi PRU ke-12 akan berlangsung,segenap kawasan di setiap negeri meriah dengan poster gambar pemimpin di kawasan masing-masing.kekadang lemas juga permandngan yang indah diselaputi bendera parti masing-masing..tapi inilah yang dikatakan suasana pilihanraya.

Soalnya parti mana yang ingin dpilih?Itu tletak ditangan masing-masing.Ada yang nak pilh kerajaan dan ada yang nak pilih pembangkang sebagai tampuk pemerintahan negara.Sudahkan anda benar-benar membuat pilihan yang tepat untuk mengundi,ataupun sekadar mengikut pilihan majority?

Kalau di lihat di kaca televisyen sekarang, mungkin penonton sudah mual dengan iklan-iklan berbentuk meraih sokongan yg dibuat parti kerajaan.Dan di sebabkan hal yang demikianlah parti pembangkang menghalang daripada menonton televisyen.

Saya tertarik dengan sebuah rancangan RTM1 tadi “Generasi Y” yang meletakkan ikon artis sebagai pengacara.Mungkin salah satu tektik untuk meraih minat golongan muda.Membincangkan tajuk PRU ke-12. sebagai tajuk utama.Apa yang menarik perhatian saya ialah terdapat 2 soalan sensitive yg ditanya kepada panel.Pertama “kenapa YB yang menang dalam pilihanraya hanya membantu menaikkkan ahli keluarganya sahaja,berbanding rakyatnya?”Soalan kedua “kenapa tak membenarkan parti pembangkang turut serta menyebarkan iklan melalui televisyen,kerana ia nampak lebih adil”

Hah..apa jawapan yg diberi panel?Bagi soalan pertama yang di jawab ialah “pemerintah seperti itu harus ditolak tepi”.Persoalannya adakah keadaan itu benar-benar berlaku dalam reality sekarang?Kalau benar mengapa masih ada rungutan daripada rakyat dalam pelbagai aspek?Jawapan mudah “kalau seseorang itu mudah di jual beli dengan wang,segalanya boleh disuruh?Itu terserahlah kepada individu sendiri,kalau peminpin yang dipilih kerna kepentingan sendiri,jangan pula hendak merumgut kalau corak pemerintahan yg di beri tidak memuaskan.

Bagi soalan kedua,apa jawapan panel “kita sudah beri pelung kepada “mereka”(pembangkang) untuk memerintah beberapa buah negeri tapi tidak mendatangkan apa-apa hasil pembangunan”.Pendapat saya, bukan soal memberi peluang ataupun tak, tapi rakyat yang telah sebulat suara memilih pemerintah mereka sendiri.Dan sebenarnya kerajaan juga harus sedar bagaimana untuk sesebuah parti kecil membangunkan negerinya pesat seperti negeri-negeri lain,kalau pucuk pimpinan negara sendiri tak pernah memberi sokongan kepada mereka? Malah apa sahaja kgiatan mereka di boikot,.di mana letak nya keadilan pada sesebuah pemerintahan pusat?

Soal kemiskinan yang di hadapi oleh negeri yang diperintah parti pembangkang pula.Kenapa masalah ini perlu dipikul oleh parti pembangkang sahaja,sedangan RMK telah mensasarkan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia.Adakah kemisikinan yang disasarkan tidak termasuk negeri yang di perintah pembangkang?Perlu dilihat juga betapa sukar peniaga-peniaga parti pembangkang untuk maju hasil daripada ekploitasi pihak tertentu.Tidak kurang juga bagi kakitangan awam kerajaan,yang menyokong pembangkng boleh dilihat setakat mana tahap mereka sekarang.Jadi tidak hairanklah kalau ada yg ingin naik pangkat terpaksa giat dalam berpolitik.

Kalau dilihat sekarang,memang Malaysia nampak membangun,tapi bukan maju.Disamping kesenangan yang dikecap,pernahkah kita sedar bahawa terdapat pihak luar yang cuba mangaut kuntungan di bumi Malaysia ini?Contohnya di setiap negeri membangun dapat dilihat berpeleseran warga asing,yang seolah-olah merupakan ‘tuan rumah’ di bumi Malaysia tercinta ini.Malah kalau dihitung mungkin jumlah warga asing di Malaysia melebihi rakyat Malaysia sendiri.

Pernahkah masalah ini di ambil kira?Sedarkah kita bahawa mereka ini hidup senang-lenang di tanah air kita.Pernahkah siasatan di kawasan tanah-tanah kerajaan yg merupakan kawasan larangan dibuat?Disitulah mereka membina kawasan perumahan haram tanpa pengetahuan sesiapa,hanya hidup berlampukan pelita dan berairkan sungai sudah ibarat hotel 5 bintang buat mereka.Sedangkan kita susah-payah membayar sewa rumah,bil air,bil elektrik dan berbagai lagi cukai.

Masalah jenayah social yang melibatkan warga asing juga makin menjadi-jadi.Tidak mustahil kes adik Nurin dan Sharlinie juga melibatkan mereka.Apa langkah kerajaan untuk mengangani masalah ni?

Harus difikir,bukan soal kerajaan atau pembangkang yang lebih baik,tetapi soal amanah dalam mnjalankan pemerintahan perlu ditik- beratkan.Apa salah nya saling menerima teguran demi kebaikan dan kesejahteraan negara.Sebenarnya banyak lagi perkara berbangkit yang boleh diperbincangkan.Contohnya tentang isu perkauman yang sedang berkocak kembali di negara kita..Salah siapa yang cuba nak menyama tarafkan semua kaum di Malaysia,sehingga soal agama Islam sebagai agama rasmi pun ingin dipertikaikan.Dimana letaknya kelebihan orang Melayu di tanah air sendiri.Renungkan..

Akhir kata tanggal 8 Mac 2008 bagi rakyat Malaysia yang mempunyai akal,dan bagi umat Islam yg mepunyai iman, buatlah pilihan yg tepat.Terdapat perbezaan di sini bagi umat Islam yng dikurnialkan akal dan iman untuk membuat pertimbangan.Buatlah solat hajat dan solat istikahrah bagi memilih pemimpin anda.Ingat, salah memilih pemimpin akan di soal di akhirat kelak.Buatlah pilihan menggunakan akal dan iman,bukannya mnggunakan nafsu durjana.Salam…



Cetusan daripada hamba Allah yg hina…

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE