Saya baru menghabiskan buku berkenaan Sheikh Muhammad Abduh. Ia berkenaan pemikiran beliau. Cara beliau berfikir bagi saya, deras sekali. Tidak terkejar dek otak saya yang tumpul ini untuk memahami dalam kerangka holistik. Saya menyebut kepada saudara saya Azlan, memang patutlah jika beliau dilabelkan sebagai modenis. Kerana ternyata, pemikiran beliau menongkah arus dan merempuh tradisi kebiasaan.
Malah ada yang menyifatkan beliau sebagai agen kepada freemason. Wow, ia sangat menarik.
Abduh mula menemui kehidupan sebebar dalam fasa yang pertama apabila berguru dengan seoang bapa saudaranya dalam aliran sufi. Yang bagusnya, bapa saudaranya sufi yang bertempat, yang membenci uzlah dan memencil diri, sebaliknya kehidupan bermasyarakat itulah yang terpenting. Kemudian, beliau menemui pencerahan buat sekian kalinya apabila bertemu mata dan hati dengan Jamaluddin al-Afghani.
Dunia beliau ternyata berubah. Al-Afghani dan pemikiran beliau sangat meresapi Abduh. Terasa Abduh dunianya kecil sama sekali. Beliau mula menjadi semakin kritikal. Beliau dengan berani mengkritik sistem Azhar dan pensyarahnya yang disifatkan beku tidak mahu berubah. Beliau mengkritik sistem pendidikan Azhar yang disifatkannya tidak relevan dan rasonal serta tidak mampu membesarkan daya berfikir.
Tumpul dan menumpul.
Malah ada beberapa pemikiran beliau yang agak kontroversi. Beliau agak mengagungkan akal dan menyalahi aliran Asy’irah dan Maturidiah. Beliau seakan-akan Mu’tazilah malah kadang-kadang melebihi Mu’tazilah dalam mengagungkan penggunaan akal. Namun sebenarnya, apabila saya mengamati pemikiran sebegini, ia membenarkan apa yang terdetik dalam hati saya ketika usia 13 14 tahun dahulu. Saya baru terasa adalah tidak salah jika saya menyalahi aliran Asy’irah, cuma ketika itu saya baru sahaja berusia sekitar 13 atau 14 tahun. Masih mentah dan setahun jagung.
Akal baginya adalah tinggi dan Allah pun banyak menggesa kita mengoptimumkan penggunaan akal. Sekarang saya menyambung pembacaan saya tentang murid Abduh iaitu Rasyid Redha dalam buku berjudul Kembara Seorang Reformis. Buku kali ini agak berat dan ditulis sendiri oleh beliau. Berbalik kepada Abduh, beliau sememangnya ulama yang sangat kritikal dan berani mengkritik ulama sezaman beliau. Pada asalnya, beliau dan al-Afghani banyak menentang penjajah British di Mesir ketika itu. Sehinggalah akhirnya beliau melihat harus bekerjasama dengan penjajah dalam bentuk sementara, sementelahan dalam masa yang sama, satu bentuk pendidikan membina rakyat perlu diperkasakan.
Saya terkait daya pemikiranbeliau dengan al-Attas. Al-Attas dan murid-murid beliau seperti Prof Wan Noor turut melihat pendidikan sebagai teras erubahan meskipun ia melalui proses yang sangat lama. Maka Abduh juga begitu. Setelah melihat kegagalan Pan-Islamisme gurunya, iaitu dalam bentuk revolusi, maka Abduh mulamelihat perlunya kepada Islamisasi bukannya revolusi. Ataupun dalam kata lain, evolusi bukannya revolusi.
Perubahan itu mestilah dimulakan dengan pendidikan yang bernyawa kepada rakyat. Membentuk kefahaman mereka sehingga mereka memahami hakikat kehidupan mereka dalam rangka yang sebenar dan lebih luas.
Saya kurang pasti benar atau tidak benar pembacaan saya berkenaan dengan pemikiran Abduh tentang parti politik. Kita boleh mengkajinya balik. Disebutkan Abduh bersetuju dengan konsep parti itu harus sekular dengan menghimpunkan pelbagai kaum. Tetapi jika dibandingkan dengan sekarang, maka kita melihat Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti sekular yang difahami Abduh. Jika benar begitu, maka benarlah dikatakan pemikiran Abduh merentasi zaman dan ketika.
Oleh sebab itulah, maka lahirnya dua golongan kalangan murid Abduh. Dari kalangan yang tradisionalis dan liberalis. Taha Hussain yang terkenal dengan aliran liberal juga lahir dalam acuan Azhar yang dibentuk hasil pemikiran Abduh. Tepat sekali, Abduh liberal dari sudut pemikiran jika dilihat dari satu sudut, tetapi ia berpijakkan fahaman al-Quran jika ditekuni sebaiknya.
Pemikiran ulama tiga serangkai mencakupi beliau dan guru beliau serta Rasyid Redha meresapi Hassan al-Banna. Al-Banna bertumbuh sebagai seorang pemuda yang cintakan perubahan. Bermula dengan penguasaan bidang ilmu penting dan asas, kemdian tasauf, al-Banna kemudiannya menjejakkan kaki kea lam haraki. Bezanya, al-Banna hidup setelah keruntuhan khilafah sedangkan Abduh hidup dalam bibit-bibit kehancuran.
Pembebasan pemikiran bagi Abduh adalah untuk melahirkan mujtahid. Bagi beliau, Islam tidak akan berkembang di tangan orang yang lembap dan lemah pemikirannya. Perlu kepada pemikiran mujtahid dan mujaddid yang melihat sesuatu dalam bentuk yang lebih luas. Maka beliau turut memikirkan pentingnya al-Quran dan hadis itu disyarahkan dalam bentuk yang lebih semasa dan terkini supaya lebih relevansinya.
Abduh berpegang, dengan akal kita akan memahami hampir semua perkara. Wahyu perlu disyarahkan oleh keupayaan akal. Cuma ada beberapa perkara yang tidak mampu untuk akal fikirkan seperti bentuk ibadah yang datang betul-betul dari Allah. Dalam konteks ini, Abduh melihat, dengan akal sahaja kita mampu mengetahui kewujudan Allah. Ckup dengan akal sahaja kita mampu membedakan yang mana baik dan yang mana buruk kecuali beberapa perkara yang terlalu mendasar.
Ertinya, beliau tidak menyukai golongan yang hanya berserah sepenuhnya dengan wahyu tanpa berfikir kritis. Sunnah nabi perlu dicermati, biar sesuai dengan masa. Peperangan cara nabi bukannya menunjukkan kita harus meniru satu-persatu cara nabi berperang. Tetapi peperangan cara nabi membawa pengertian, bertindak dan berijtihadlah di lapangan dan medan kamu mengikut kesesuaian.
Adalah tidak cerdik meniru satu-persatu apa yang dibuat nabi dalam peperangan. Orang Barat telah mendalami peperangan cara nabi lebih daripada kita. Jadi, jika kita menggunakannya, maka kita akan mudah dikalahkan musuh. Maka nabi mengajar kita, berijtihad dalam dnia kamu sendiri.
Dunia pertembungan ideologi Abduh sangat menarik. Bukan perkara mudah bergaduh minda dengan ulama yang sekian ramai, yang tidak bersetuju dengan daya berfikir Abduh. Abduh, meskipun berjaya mengubah beberapa perkara, namun beliau belum mencapai kepuasan yang hakiki. Hingga akhir hayat hidup beliau, beliau dengan nada menyindir berkata, “Al-Azhar seperti rumah sakit jiwa”.
Bagaimana dengan IPTA sekarang? Ia juga bagaikan rumah sakit jiwa. Ramai pesakit jiwa di dalamnya.
Abduh mengajar kita kepentingan untukmelihat ruang ufukmasa depan dengan pantas dan tangkas. Umat islam harus memimpin dunia bukan dipimpin. Jika kita boleh meneladani pemikiran Abduh, kita wacanakan di kampus masing-masing, kemudian kita cuba belajar menganalisis sistem yang ada sekarang sama ada sistem tarbiah atau pendidikan, maka itu satu tingkah yang amat baik.
Saya mencadangkan, kita wacanakan corak hidup dan gaya berfikir beberapa tokoh besar seperti Mahatma Ghandi, Abraham Lincoln, Sukarno, Jimmy Carter, Lee Kuan Yew, dan sesiapa sahaja yang berjiwa besar untuk dianalisis juga. Jangan lupa ulama tiga serangkai ini, Abduh khususnya.
Dalam masa yang sama, kita boleh juga wacanakan buku tulisan Dr Abdul Majid al-Zindani yang menulis Rahsia Kebangkitan Umat Solahuddin dan Rahsia Bagaimana al-Aqsa Boleh Kembali Ke Tangan Umat Islam. Beliau mengetengahkan strategi yang dipraktikkan Nuruddin al-Zanki, Abdul Qadir Jailani dan juga Imam al-Ghazali. Setelah membacanya, saya sangat terpukul. Lalu saya terperosok dalam medan ilmu yang sangat membingitkan akal saya untuk terus-menerus berfikir.
Saya juga ingin cadangkan, kita wacanakan Tarikh al-Tabari. Tengok dalam beberapa aspek khususnya bagaimana kehebatan umat islam zaman dahulu sehingga mereka mampu memimpin dunia, malah memimpin Sepanyol dan hampir-hampir membuka Perancis dan Amerika Syarikat. Lihat dan wacanakan faktor kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam khususnya di Sepanyol. Boleh juga kita mengkaji karya Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah. Ia karya sejarah yang sangat baik. Muqaddimah Ibn Khaldun juga mungkin.
Pemikiran Abduh sangat membahayakan bagi sesiapa yang tidak mempunyai basis berfikir dan ilmu yang meninggi. Jika anda belum bersedia, saya tidak syorkan anda membaca buku ini. Tetapi jika anda telah bersedia, dan anda memang ulat buku, maka anda boleh bersedia untuk membaca buku ini. Anda mungkin akan menjadi saya yang kebingungan, tetapi inilah hakikatnya.
Maka janganlah sesekali anda mengkritik Abduh kerana anda langsung tidak setanding dan sebanding dengannya..
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yg hakiki,kalau hati itu bersih..
Stju sgt dgn pendpat saudara,kaedh perjuangn diwktu kini perlu ada 1 perubhn..krn perubhn zaman yg sgt ketara..dulu dan kini...tp asasnya perlu sama..wlupun dln kaedah yg berlainan..sebb itu di setiap awal kurun,Tuhan dtgkn mujadid utk memperbaharui urusn agama..memperbharui, bukn mencipta agama bru..ini kerana hendk selari dgn arus dizaman itu...tidk ckup hy memiliki ilmu akhrt smata2,seorg pejuang tidk ckup hy tau ilmu ttg hukum hkam shj..krn mrk akn jd jumud dan beku tnpa membgun..memiliki ilmu dunia sgt membntu dlm mmperjuangkn akhrt..Berfikirla mggunakn akal yg dipandu oleh Tuhan...tajamkn rohani agar dpt memandu akal dlm berfikir...sy sgt suka dgn cara saudara berfikir dan mencari trus mencri ilmu tnpa jemu...terasa diri jauh sgt..truskan..smg usha anda diberkati..insy
Salam. Terima kasih kerana berjaya memotivasikan ana untuk memperbanyakkan lagi bahan bacaan seperti yang telah enta baca. Semoga enta dapat menggantikan MB Kelantan suatu hari nanti atau pun lebih lagi daripada itu. InsyaAllah =)
Catat Ulasan