Ahad, 11 Januari 2009

MAMA


Apabila mama sakit mata hari itu, hati kami adik-beradik semuanya sayu. Kerja yang dibuat, serba tidak kena. Aku yang baru pulang berprogram, dihimpit ke rungan kegelisahan yang amat. Perasaan bersalah menghantui diriku. Rasanya tidak mahu sahaja aku berada di rumah. Kerana ia akan memaksa aku terus-menerus dalam kegelisahan melihat mama dan matanya yang kesakitan.

Hati bertambah sayu apabila bersama adikku Sumaiyah satu ketika. Kata Su, “Sian Ma abang Ngah, mata Ma sakit”. Bukan sahaja kami adik-beradik, malah ahli keluarga yang lain turut jatuh simpati. Ibu-ibu saudaraku, semuanya meluahkan perasaan simpati dan empati dengan cara tersendiri.

Mama seorang yang tabah. Apabila nenek meninggal, mama yang menjaga Ayah Su, Ayah Ju, Suyan dan Ayah Yie. Ayah su, sejak kecil lagi bersamaku, sejak umurnya baru mencecah tujuh tahun. Pengorbanannya banyak, dan aku bukannya orang yang pandai menunjukkan kasihku kepadanya sebagaimana Nabilah adikku.

Aku mengambil kesempatan bermanja dengan Mama sepanjang sehari berada di rmah. Aku yang menyapu matanya dengan minyak. Aku yang selalu bersamanya dan tidak berenggang. Rasa berat untuk berada jauh dari mama. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku meniup-niup mata Mama, agar terasa juga sedikit sentuhan angin.

Aku menyapu mata mama dengan penuh kasih sayang. Merah matanya. Tampak sakit pada kelopaknya. Berair-air matanya menahan pedih. Berkerut-kerut dahi Mama menahan sakit. Berkali-kali Mama cuba mengusap matanya, dan setiap kali itu jugalah hatiku semakin sebak. Tidak kralah apaorang kata, aku anak Mama atau apa-apa, aku peduli apa.

Sepanjang di rumah Tok Ayah semasa mengadakan sedikit jamuan kesyukuran atas perkahwinan Ayah Su, aku berada di sisi Mama sepanjang masa.malah, aku mengambil kesempatan tidur di sebelahnya. Ingin sahaja tidur di atas ribanya,namun aku berat, bimbang juga Mama tidak tertanggung.

Manja juga rpanya aku. Semasa aku sakit demam denggi, Mama yang menjagaku. Setiap hari, malah hamper setiap satu jam, Mam akan datang mengurutku. Diurut-urut kepala sambil dibacanya ayat al-Quran. Tidaklah pandai Mama mengurut, tapi urutannya mendatangkan 1001 kemesraan yang tida terhinggaan. Kadang-kadang, diurutnya badanku pula dengan kudrat perempuan yang ada padanya.

Dibangunnya badan aku untuk makan. Diambil air untuk diminumkan kepadaku. Ada masa, aku berbaring di sebelahnya mencari sedikit kekuatan. Kata Nabilah, “Semua nak bermanja dengan Ma”. Mama jugalah yang bimbangkan aku. Dimasaknya makanan kegemaranku agar aku menyuap juga. Namun sesuap dua, kemudian aku embik tidak berdaya. Ingin muntah tetapi tiada isi dalam perut. Ingin menangis tetapi tiada larat.

Semasa di hospital dulu pun, beginilah Mama. Setiap harielawatku meskipun aku tahu Mama penat. Sehingga sakit-sakitlah Mama dan Yong menjagaku. Aku menghalang, tetapi Mama dan Yong menunjukkan kekuatan sebagai seorang ibu dan kakak. Alangkah, bagaimana pulalah dengan isteriku kelak. Mampukah ia menggantikan Mama ketika aku sakit?

Kini, Mama yang sakit. Aku sering dilanggar rasa resah berpanjangan. Sedih itu, amatlah sangat. Pedih itu,menusuk ke hati. Sakitnya mungkin hanya di mata, tidak banyak dan mungkin akan hilang dalam masa sekejap. Namun sehari Mama sakit, bagaikan sebulan lamanya. Tidak sabaraku melihat mata Mama kembali pulih dan membaik.
Dulu Mama pernah disengat lipan. Mama jatuh sakit sehingga demam. Aku tiada di rumah ketika itu. Seluruh adik-beradik kami dilanda rasa sedih. Kami ingin katakan pada Mama, bahawa kami semua sayangkannya, cuma mungkin Yong yang paling pandai menunjukkan rasa kasih dan sayang itu.

Aku paling tidak suka susahkan Mama. Aku tidak mengajar diriku untuk meminta-minta aa-apa dengan Mama. Biarlah aku susah, asalkan Mama senang. Apabila Mamameminta aku carikan jodoh buat Ayah Su, aku mencari-cari dan berusahamencari. Bukan kerana Ayah Su utamanya, tetapi kerana Mama.

Siapa yang cuba menyusahkan Mama, memang kami adik-beradik tidak akan maafkan. Yang mencela Mama, tidak akan kami maafkan. Ramai yang menyangka bukan-bukan pada Mama, tetapi mereka tidak kenal siapa Mama yang sebenarnya. Saban malambertahajjud dan berzikir tiada putus. Bla susah, kepada Allah Mama bertawakal. Wajah Mama yang kian menua, serius, itu semua kerana bebanan masalah yang kian berlonggok, tetapi Mama tetap tabah dan teguh orangnya.

Huh, bila tengok uban Mama bertambah, hatiku semakin dilanggar kesayuan.

3 Cadangan/Pandangan:

Unknown on 12 Januari 2009 pada 6:05 PG berkata...

Posting yg amat bermakna,
SYUKRAN JAZILAN bt ustaz..

Sungguh terkesan di hati ini,
Mama..kaulah ratu hatiku

maa tercinta-Nurlizan Bt Salleh

Unknown on 12 Januari 2009 pada 6:06 PG berkata...

Didoakan semoga mama ustaz Zul, cepat sembuh..jazakallah..insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

syurga itu ditelapak kaki ibu
semoga sentiasa menjadi anak yg soleh

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE