Beberapa kriteria naqib yang baik perlu ditekuni. Saya telah sebutkan sebelum ini. Naqib adalah seorang ayah dalam memberikan kasih sayang. Seorang guru dalam menyalurkan ilmu. Seorang sheikh dalam mendidik kejiwaan. Mungkin juga, seorang abang yang menjaga adik-adiknya, atau seorang kakak.
Dikasihi agak mudah. Jika naqib berlembut dan memaafkan kelemahan adik-adik usrah, maka ia akan dikasihi. Tetapi untuk dihormati dan disegani, agak payah. Jika ada ahli usrah melakukan kesilapan seperti tidak berdisiplin dalam bab masa, maka naqib yang dikasihi akan memaafkan. Tetapi naqib yang disegani akan menegur dan memberi nasihat dengan berhikmah.
Seorang naqib yang cemerlang ialah:
1) Berilmu dan bijaksana. Ilmu tanpa bijaksana adalah tempang. Bijaksana tanpa ilmu adalah buta.
2) Menjaga disiplin seperti masa.
3) Mempunyai imej yang kemas.
4) Pendengar yang setia dan apabila bercakap, ia memberikan kekuatan.
5) Efektif dan efiien, malah lebih baik iaitu menjadi sumber inspirasi.
6) Mengambil berat dan prihatin.
7) Sanggup berkorban dan meletakkan kepentingan adik usrah mendahului dirinya.
Secara praktikalnya, berikut adalah karakter naqib idaman
1) Membalas SMS ahli malah sentiasa mengirimkan SMS kepada mereka
2) Suka belanja ahli
3) Memberikan hadiah kepada ahli usrah
4) Melawat bilik atau rumah ahli usrah
5) Mendahului dalam bab memberi salam
6) Apabila bersalam, ia memegang bahu ahli usrah
7) Menyatakan rasa sayang dan kasihnya kepada ahli kerana Allah melalui SMS atau secara berhadapan
Naqib mesti mempersiapkan diri mereka dengan beberapa skill dan persediaan
1) Naqib mesti rajin membaca buku. Sekurang-kurangnya naqib membaca 200 m/s seminggu
2) Naqib mesti memperlajari ilmu psikologi
3) Membeli planner harian untuk menyusun jadual kehidupan dengan lebih baik
4) Rajin berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu untuk meningkatkan kapasiti intelektual
5) Belajar cara naqib lain mengadakan dan mengendalikan usrah
Naqib yang merendah diri akan sentiasa dibantu oleh Allah. Manakala naqib yang sombong dan merasakan dirinya sudah cukup tidak akan ke mana-mana. Maka, sebagai naqib hendaklah kita sentiasa berasakan diri kita belum sempurna dan sentiasa memerlukan bantuan dan kekuatan daripada yang lain agar kita sentiasa bergerak laju ke hadapan.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
salam fisabilillah...
syukran kasir ustaz..tulisn ust kali ini ana jgkakn mmbri jawapn kpd prsoalan ana...artikel yg sgt mgyuatkn minda ana untuk lbih mmprbaiki diri mnjd naqibah.....
"moga Allah menyayangimu sentiasa..."
Catat Ulasan