Sabtu, 17 Januari 2009

SIFAT MALU


Ada beberapa akhlak yang boleh kita bincangkan sama-sama. Akhlak Nabi SAW semestinya sebagai satu panduan terutama, diikuti akhlak yang mengikut jejak langkah baginda. Akhlak berbeza dengan moral, lantaran akhlak itu datangnya dari langit sedangkan moral berasal dari bumi.

Antara akhlak Rasul ialah malu. Menariknya, baginda lebih malu berbanding anak dara perempuan yang bersembunyi di sebalik tirainya. Syarah daripada hadis ini ialah, seseorang anak gadis paling malu ketika ada orang meminangnya apalagi orang yang tidak dikenalinya. Malunya amat sangat. Tetapi jika dibandingkan malu anak gadis ketika disunting dengan malu Rasul, maka Rasul lebih malu lagi.

Apa contohnya? Pernah seorang perempuan bertanyakan tentang darah haid kepada nabi. Nabi berkias-kias dalam menjawabnya tetapi perempuan tersebut kurang memahami. Lalu berubahlah wajah nabi SAW. Para sahabat sendiri menyebut, baginda sangat pemalu dan boleh nampak pada wajahnya.

Al-Maklum, nabi adalah orang yang berkulit putih dan cerah. Maka biasalah, orang yang berkulit putih dan cerah ini, apabila mereka malu ataupun marah, akan nampaklah wajah mereka yang merah padam itu. Abu Lahab juga orang yang berkulit putih dan cerah.

Maksud malu dalam bab ini bukan sahaja malu daripada melakukan kejahatan. Malah malu kepada bukan perkara kejahatan sekalipun. Sebagai contoh, nabi malu dengan perempuan Ansar yang bertanyakan darah haid kepadanya. Seorang lelaki yang penyantun, mereka akan malu kepada perempuan, begitu juga sebaliknya. Bukanlah malu itu menghalang mereka daripada berkomunikasi, tetapi malu itu menghalang mereka daripada berlebih-lebihan.

Dalam berhubung antara lelaki dengan perempuan, maka disenaraikan ciri-ciri lelaki yang pemalu.

1) Malu untuk mengusik-usik perempuan secara berlebih-lebihan
2) Malu untuk keluar berdua-duaan
3) Malu untuk menunjukkan kelemahan dirinya depan seorang perempuan
4) Malu untuk menyentuh perempuan yang bukan mahram
5) Malu untuk menceritakan kepada orang lain bahawa ia ada hubungan dengan mana-mana perempuan
6) Malu untuk menyimpan gambar perempuan tersebut
7) Malu untuk melakukan maksiat walaupun berpegangan tangan
8) Malu sekiranya tidak mamu membimbing kawan perempuannya menjadi lebih baik

Izinkan saya untuk menukar istilah perempuan kepada muslimah pula. Muslimah yang pemalu juga mempunyai ciri-ciri tertentu

1) Malu untuk mempamerkan suaranya di hadapan ajnabi seperti menyanyi ataupun bernasyid
2) Malu untuk mendedahkan auratnya
3) Malu untuk gelak ketawa secara berlebihan di hadapan khalayak

Saya sebenarnya ingin menjawab persoalan berkaitan dengan boleh atau tidak seorang muslimah berdakwah melalui nasyid. Berdasarkan apa yang telah saya nyatakan di atas, muslimah yang pemalu tidak akan menggunakan suaranya untuk berdakwah, kecuali di hadapan sesama gender.

Habis tu, salah ke beberapa kumpulan penyanyi wanita yang berdakwah seperti Mawaddah. Saya menjawab dengan satu jawapan mudah. Hukumnya mungkin boleh menjadi harus, tetapi elakkanlah. Kenapa saya berkata begitu?

a) Jika anda seorang pemimpin, atau seorang yang berpengaruh, maka anda mesti berpegang dengan satu konsep, "Ada perkara yang boleh dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi haram dilakukan oleh orang yang berpengaruh".
b) Nasyid bukanlah memberikan satu impak yang besar dalam dunia dakwah. Sekarang pun, kumpulan nasyid yang paling meletup adalah lelaki. Penyanyi lelaki juga lebih berpengaruh berbanding perempuan.
c) Banyak lagi lapangan dakwah yang lain seperti tulisan, atau edaran risalah, atau lain-lain.

Saya nak bertanya, benar ke nasyid dijadikan medan dakwah? Betul ke muslimat tu serius berdakwah melalui nasyid? Saya cadangkan, jika anda serius berdakwah, maka banyak lagi jalan lain yang boleh diambil. Sekurang-kurangnya, anda menjadi komuniti atau panitia program nasyid dan jemputlah penasyid atau penyanyi lelaki. Tidaklah perkara itu susah sangat.

Jika ada yang terlalu minatkan seni, suka bernasyid, maka bernasyidlah atau menyanyilah di hadapan sesama jenis sahaja. Islam agama yang mengelak fitnah. Menyanyi di hadapan lelaki hanya mengundang banyak keburukan.

Pandangan ulama yang membolehkan muslimah menyanyi? Saya nak sebut diri, itu hanya pandangan dari sudut dakwah. Ulama tidak mahu menyekat minat ataupun gaya hidup yang terlalu liar sekarang secara tergesa-gesa. Maka ulama masih boleh mengizinkan muslimah untuk menyanyi. Bila penghayatan Islam semakin baik, maka muslimah tidaklah perlu meneruskan kegiatan yang banyak mengundang permasalahan ini.

Ringkas kata, ulama mengambil konsep. Menghapuskan kemungkaran yang besar dengan melakukan kemungkaran yang sedikit dibenarkan. Asalnya tidak boleh, tetapi dalam keadaan zaman sekarang, masih boleh dimaafkan.

Tetapi anda harus ingat. Dibolehkan kepada orang yang sekarag sudah menjadi artis dalam proses mengurangkan kegiatannya. Dan dibolehkan sebagai satu strategi tetapi mestilah sangat dikurangkan perkara sebegini sehingga orang boleh meninggalkannya.

Ala, muslimah kalau nak menyanyi pun, menyanyi depan suami sudahlah.

4 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Syukran diatas pandgn ust..

Tanpa Nama berkata...

salam sahabat...

setuju.. setuju.. setuju benarlah
oghe ppuey kalu nasid meme sedap. sedap kelih.. sedap dengar.. tp tulah..jadi ralit..jadi lagho.. astaghfirullah..brapo ghama ust2 pun sumbat bab nih.. akhir zaman benar kita ni syeikh..

ustazlah
taman bukit angkasa,
marikh.

ainulMardhiah on 17 Januari 2009 pada 7:26 PTG berkata...

salam fisabilillah...

ana sangat berbesar ht sb ust tmbulkan soal ini..sgt bgs untuk muslmh mgetahuinya..syukran kasir!sbgi muslimah,ana jg mrasakn x perlu mslimah brdkwh melalui cr bernasyid..plbagi lpangn lg yg bleh dtnjolkn...nnt bila mslmah brnsyd,tmbul pula ftnah..lg pn Allah swt telah prnthkn pd kaum hawa spya mghndri sgala ssuatu yg mnarik prhatian kaum llki..


"diam membw selamt,sopan sntun mmbw kemuliaan, syukur dan ikhlas mmbw tmbahan"

Tanpa Nama berkata...

malu dan iman ibarat satu pakej
takde malu rapuh iman
takde iman pastinya takde perasaan malu

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE