Ahad, 4 Januari 2009

MERENDAH DIRI


Akhlak muslim adalah merendah diri. Ia sikap yang mulia dan disegani. Menjadi orang yang disegani bukan senang. Hanya yang mempunyai kekuatan rohaniah akan disegani. Orang yang leka dan lalai pula akan dibenci. Ia dua benda yang paradoks, atau kontradiks. Takabbur sikap warisan Iblis. Merendah diri warisan Ibrahim.

Dalam bahasa lebih indah, kata orang ialah tawadhu’. Tawadhu’ ialah: merendah diri tetapi jangan sampai dipijak-pijak. Bila lihat orang berilmu, kita merendah diri untuk mendapat ilmu dan berkatnya. Bila melihat orang jahil, kita merendah diri agar kita tidak terkena virus kejahilan. Bila kita melihat orang tua, kita merendah diri dengan sekaut pengalamannya yang membukit. Bila kita melihat orang muda, kita turut merendah diri kerana segan dengan dosanya yang sedikit.

Merendah diri amalan mulia. Kalau kita berasa banyak ilmu, kita tidak mampu mencipta walau seekor lalat. Kalau kita berasa banyak pahala, belum tentu kita memasuki syurga Allah. Kalau kita berasa kita baik, ramai lagi orang yang jauh lebih baik daripada kita. Nah, apakah kita masih ingin berasa besar diri. Sudahlah, orang takabbur ni, neraka tempatnya. Lagipun susah sangat ke merendah diri. Jangan tujuk pandai, jangan tunjuk lagak, rasakan diri hina.

Itu pesan atuk kepadaku. Masih kuingat sampai sekarang. Siapa yang merendah diri, akan dimuliakan Allah. Nah, kita mahu pujian manusia atau pujian Allah. Sebaliknya kalau kita membesar diri, bukan sekadar Allah, malah manusia pun membenci kita. Kita akan rugi. Tak payahlah nak tunjuk kita pandai sangat. Lagipun kalau kita rasa pandai sangat, buat satu kitab atau buku yang akan dibaca oleh semua orang seperti Ihya’ Ulumuddin. Sudah tentu kita tidak mampu.

Kita bukan nabi pun. Nabi yang confirm masuk syurga pun bukan main lagi takutkan neraka dan mereka sentiasa merendahkan diri. Kita pun bukanlah banyak mana amalan pun. Ke ada kalangan kita yang solat tahajud setiap malam dan menghabiskan al-Quran setiap minggu? Habis tu, kenapa suka sangat kita ceritakan kelebihan diri kepada orang lain? Buat rugi je. Dahla buat amalan bukan main letih, tiba-tiba cerita kat orang lain, membesar-besar diri pula. Habis pahala yang kita buat. Macam debu yang diletak di tapak tangan, kemudian dihembuskan. Bukankah itu kerugian yang besar namanya? Ke bukan rugi namanya tu?

Imam Syafei contoh yang baik. Setelah makin bertambah ilmu, ia makin berasa dirinya jahil. Ia merendah diri. Apabila ia berdebat, ia mengharapkan kebenaran akan terpacul daripada mulut lawannya. Beliau berkata dengan merendah diri, “Kata-kataku mungkin benar, namun ada salahnya. Kata-katamu mungkin salah, tapi ada benarnya”. Kalau Imam membesar diri, Allah benci, manusia benci. Imam akan rugi. Tetapi apabila Imam merendah diri, Allah sayang, manusia kasih. Imam manusia beruntung.

Tarbiah kita tinggi? Betul ke tarbiah kita tinggi? Kalau benar tarbiah kita tinggi, cuba ceritakan berapa ramai orang yang telah kita tarbiah. Sampai sepuluh? Atau sampai 50? Berapa banyak buku yang telah kita baca? Kita tahu ke apa maksud marhalah tanfiz khusus yang disebut Sa’id Hawwa. Kita faham empat istilah penting yang dinyatakan al-Maududi. Kita tahu ke sepuluh komponen Muwasafat Tarbiah? Dab berapa surah dalam al-Quran yang kita hafal? Sampai tak 20 hadis yang kita ingat dalam kepala? Jadi, kalau belum sampai ke tahap itu, jangan kita berasa besar diri. Buat rugi kita je.

Tanda orang merendah diri banyak. Kita perhatikan, wujud atau tidak elemen ini dalam diri kita.

1) Menerima kritikan orang lain seadanya
2) Apabila pandangan ditolak, maka diucapnya hamdalah, sekiranya diterima, diucapnya istighfar
3) Tidak menyampuk ketika orang bercakap, malah menjadi pendengar setia
4) Tidak suka dipuji berlebih-lebihan malah memulangkan pujian kepada Allah
5) Sentiasa ingin belajar dan mengambil hikmah meskipun ia keluar dari mulut seorang yang lebih muda daripadanya
6) Memberikan perhatian kepada semua orang

Atuk memang kaya engan falsafah hidup. Hari itu, ia menasihatiku tentang merendah diri. Hari lainnya, ia mengingatkan aku tentang hidup menghormati orang lain. Menghormati yang tua, mengasihi yang muda, itu juga tanda merendah diri. Hari itu, atuk berpesan lagi kepadaku,

“Hati kita ibarat tandas. Tidak engkau perhatikan tandas. Ada orang membuang kotoran najis di dalamnya. Setelah dicuci, ada lagi yang membuangnya. Setelah dicuci lagi, ada lagi yang membuang kotoran. Lama-kelamaan, kotoran daki itu sukar ditanggalkan. Begitu juga hati kita. Setelah kita bertaubat, kita membuat dosa lagi. Setelah kita bertaubat, kita berdosa lagi. Lama-kelamaan, ia meninggalkan daki yang sukar dihapuskan”

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam
bagi ana..
merendah diri ini ada kaitan dengan kebersihan hati kita
kalu hati tu kotor,penuh phd,takabbur riak pasti sukar sekali utul merendah diri

kadang2 bile menjadi orng yang dihormati,hebat ,berilmu
benda benda yang negatif dan mazmumah(takbur)betul2 menguji diri
dalam sedara atau tida
kita kena alert
pastikan unsur2 mazmumah ni takmeracuni hati yang tak bersih mana pun..
jadi sentiasalah kita merasa diri hina
ana bile rasa diri tersasar..
petuanya kita cuba rasakan diri kita hina
wujudkan benda tu dalam hati
memang pun kita ni hina kan
setakat manala tawadu dan hebatnya kita sebagai hamba Allah..
hanay menumpang di dunia fana...

jadi mari kita sama 2merendah diri selalu...
wallahualam

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE