Jika ada sesiapa pernah bertemu dengan al-Ghazali, perhatikan sosok beliau. Beliau bukan sekadar ilmuan, tetapi juga penasihat yang baik. Jika anda membaca karya Ihya’ dan Bidayah, maka jangan dilupa karya agung al-Mustasfa. Ia baik, baik untuk pemerintah korup, dan baik untuk orang yang bercita-cita menjadi pemerintah. Ada juga karya khusus beliau tentang nasihat untuk pemerintah. Bacalah.
Kalian juga jangan lupakan al-Syatibi. Baru sahaja aku tatap dan terus terpesona dengan perangkap ilmunya dalam al-Muwafaqat. Al-Muwafaqat mengikat dan mengekang mindaku. Sehingga di mana-mana, aku berzikir, Muwafaqat, Muwafaqat. Nailul Awtar juga jangan dilupakan. Aku tidak pernah lupakan Autar sepertimana aku rindukan Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah.
Tahniah buat Tarikuddin Hassan yang telah menggelapkan mataku dengan persembahan yan menarik dalam kisah Umar al-Khattab. Anda memetik Tarikh al-Tabari sebagai rujukan. Ia sungguh indah dan memukau. Nasih Ulwan juga pernah memukau aku dengan lenggang-lenggok fakta yang terhampar dalam Generasi Muda Muslim, sehingga pandanganku tidak teralih ke mana-mana melainkan ke arah karya anda yang agung.
Seingat aku, tulisan al-Nadwi sangat cemerlang. Jika Syed Qutb turut terikat dengan permainan minda al-Nadwi yang memuncak, maka kapankah aku untuk mengelak daripada terikat sama? Begitu juga Nahnu Du’ah karya al-Hudhaibi yang mendalam dan mendasar.
Bagaimana pula dengan kitab al-Kaba’ir oleh al-Zahabi. Ia membuatkan aku semakin cenderung dengan Arab, tetapi awas, bukan dengan minah Arab. Begitu juga Lubbab al-Suyuti dan al-‘Ilm oleh al-Qaradhawi. Aku akhirnya kecundang dalam lembah keilmuan,menyebabkan aku semakin banyak membaca dan aku semakin terasa dina.
Semalam, Azlan membuatkan aku semakin lemas. Daya pemikiran dan pandangan simpang-siur Abduh dan Rasyid Redha termuat dalam dua buah buku berlainan. Mesti aku habiskan dalam seminggu ini. Selang-seli dengan al-Muwafaqat, ia pasti menarik.
Pada zaman Harun al-Rasyid, Dar al-Hikmah dibina untuk melahirkan seramai mungkin ilmuan. Tradisi cemerlang ini diteruskan oleh al-Makmun. Al-Zanki dan Hakam II juga telah mereka bentuk prasarana yang mulus untuk tujuan ini. Perpustakaan yang dibina terlalu banyak, buku-buku yang membukit, sistem pengajian percuma, yang penting, ilmu dan keilmuan.
Masih ramai ilmuan di abad-abad terakhir. Aku rindu untukbertemu mereka, meskipun dalam mimpi. Dr Ali Syari’ati, Sir Iqbal, al-Attas, al-Nadwi, ‘Audah, al-Nursi, dan ramai lagi. Barangkali, anda pun memiliki impian yang sama.
Masalah Umum Segitiga Dudukan Motor serta Tips Mengatasinya
Seminggu yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
Usatz dzul buat ana jeles dan sayu sangat..apa tidaknya, ustaz mampu brbhasa arab, satu kredit untuk ustaz dalami karya2 agung tersebut... ana teringin nak baca semua kitab2 muktabar mereka...
Ana rindu suasana yang berlaku sekitar abad ke10 hingga ke 13M....
Rindu untuk bertemu dan bersama dalam suasana keilmuan...
Rindu sangat...
alangkah indah dibuai suasana keilmuan
dengan perkonsian ni
buat ana semangant nak tambah ilmu yang sedikit
syukran atas perkongsian bermakana
Allhamdulillah ustaz mempunyai kelebihan yang patut disyukuri dan digunakan sepenuhnya utk kepentingan Islam,Ust ana ada cadangan apa kata ust kongsi kaeadah membaca yang ust telah amanlkan, supaya dengan penkongsian ini dpt ana dan
sahabat2 jadikan sebagai panduan membaca dengan baik,wa'allahualam.
Akhi, teruskan lontar pndgn akhi.. Insha'Allah, ianya amat bguna buat kami. Beliawan yang cukup berani dan lantang bsuara demi maslahah agama.
Berkata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah"
Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Mudah2n akhi dan kita smua antara Rijaluddeen tsebut.
Catat Ulasan