Selasa, 31 Mac 2009

BERSAMA AL-BANNA


Pada hari itu, guru saya Sa’id Hawwa mengajak saya berjumpa dengan sang mursyid yang unggul, muassis gerakan Ikhwan yang termulia. Saya terasa girang sekali. Bukan calang-calang orang yang boleh bertemu dan berbincang dengan beliau dalam alam yang penuh dengan mistik dan misteri. Perjalanan kami penuh dengan bengkang-bengkok pengalaman yang tidak terduga.

Guru tenang sahaja. Mulutnya tidak putus-putus memuji dan membesarkan Allah sepanjang perjalanan kami. Sekali-sekala guru beristighfar memohon ampunan kepada Allah sambil memohon keselamatan sepanjang perjalanan kami pada malam yang penuh misteri itu.

Kami tiba di satu tempat yang agak jauh daripada umum. Suasana malam kian dirasai. Seorang yang bertubuh agak tegap sedang menunaikan solat dan kemudiannya berzikir dengan penuh sendu. Saya terpukau menyaksikan kekhusyukannya. Lelaki itu menangis dan menangis tanpa henti, sambil bermunajat kepada Allah.

Saya tidak perasan guru juga sedang asyik beribadah. Rupanya saya lama terpaku melihat lelaki berbadan tegap itu sehingga tidak sedar guru yang sudah berada sedikir jauh daripada saya.




“Anak muda, tunaikan tahajud dulu. Kemudian, baru kita berbicara,” tiba-tiba sahaja lelaki tadi bercakap. Secara spontan dan automatik, saya macam menurut saja tanpa banyak soal. Setelah menunaikan solat dua rakaat, guru mengajak saya berbincang dengan lelaki yang telah memukau saya tadi.

“Assalamualaikum mursyid, ana datang membawa murid ana bertemu dengan mursyid. Harap mursyid dapat meluangkan sedikit masa bersamanya,” sambil itu, guru memperkenalkan saya kepada lelaki yang dipanggil mursyid itu. Saya perhatikan wajahnya berkali-kali. Terasa saya kenal siapa lelaki itu. Allahu akbar, Hassan al-Banna rupanya. Saya tidak tertahan terus memeluk dan mencium dahinya berkali-kali. Terasa sebak dada melihat wajah seorang tokoh yang amat saya hormati.

Banyak perkara yang kami bincangkan dalam tempoh yang amat singkat itu. Tidak perlulah saya ceritakan kesemuanya melainkan sedikit sebagai mengambil sedikit tauladan buat semua.

“Anakku, kami berhari-hari meneliti masalah ummah dan mencari puncanya. Setelah kami mengetahui puncanya, kami telah menangis sunguh-sungguh”. Alangkah, mursyid ini terlalu sensitif hatinya memikirkan soal umat Islam. Saya pernah melihat beberapa ahli Ikhwan. Muka mereka cengkung lantaran selalu berpuasa. Wajah mereka pucat kerana selalu bekerja. Dahi mereka berkerut kerana banyak berfikir. Wajah mereka cerah seolah-olah disimbahi cahaya keimanan yang mengasyikkan.

”Anakku, sesuatu gagasan akan berjaya apabila

 Wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong
 Wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya
 Semangat yang sentiasa membara bersamanya serta
 Sedia berkorban dan bersedia untuk merealisasikannya

Keempat-empat item ini akan berjaya sekiranya kita semua pencinta harakah melengkapi diri kita dengan empat perkara asas

 Keimanan yang berteraskan hati yang bersih
 Keikhlasan yang bertunjangkan jiwa yang suci
 Semangat yang berasaskan jiwa yang kuat
 Usaha yang bersandarkan keazaman yang membara

Mursyid juga berkjongsi banyak pengalaman kepadaku. Kisah-kisah pejuang Ikhwan sepatutnya ditauladani dan dicontohi sebaiknya. Saya terpukau mendengar pelbagai cerita yang terungkap daripada bibir sang mursyid yang amat saya hormati. Ternyata pertemuan pada malam itu amat membekas dalam diri saya.

Semasa pembinaan Masjid Ismailiyah, seorang ahli Ikhwan yang merupakan seorang tukang besi telah menderma sebanyak satu setengah pound dengan menjual basikal kepunyaannya. Walhal sebelum itu beliau berulang-alik ke tempat kerjanya yang sejauh enam kilometer dengan basikal.

Inilah contoh kekuatan ahli Ikhwan yang dikongsilan sang mursyid kepada saya. Sang Mursyid sendiri merupakan seorang yang sangat menjaga ibadah malam dan merindui tahajud. Malah mursyid hanya tidur seketika cuma kemudian bangun untuk bercinta dengan Sang Pencipta.

“Mursyid, berikan saya pesan terakhir. Sesungguhnya saya mahu meninggalkan pertemuan pada malam ini dengan satu pesan yang membekas. Agar dengan itu juga, pesan mursyid akan dijadikan pelita yang menyuluhi hidup saya,” kata saya penuh mengharap.

“Anakku, ingatlah pesan seorang penyair,

“Apabila si pengecut bersendirian di tengah medan,
Dia akan mencabar mengangkat senjata menuntut peperangan”.




0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE