Akhirnya, beberapa orang sudah berada pada kemuncak kemarahan kepada saya. Ada yang mendesak saya meletak jawatan. Masa yang diberikan kepada saya adalah tiga hari. Namun sekarang sudah melebihi tahapnya dan saya masih menanti dengan sabar. Apa tindakan beliau setelah saya berdegil tidak mahu melepaskan jawatan.
Kerana saya memegang jawatan atas dasar jamaah bukannya peribadi.
Kedua, terdapat seruan untuk memboikot saya. Saya menerima dengan dada terbuka. Malah saya memahami inilah yang dilalui oleh Khalifah al-Rasyidah. Uthman juga diboikot. Mu’awiyah memboikot Ali. Jadi, jika saya tidak diboikot, maka saya bukan manusia.
Malah orang Yahudi juga memboikot Malaikat Jibril.
Alhamdulillah. Saya melihat dari pandang sisi positif. Ingin saya berkongsi dengan sahabat sekalian. Pertembungan pemikiran yang paradoks dengan saya membuktikan beberapa perkara:
1- Setiap orang mempunyai pendapat peribadi. Tidak boleh dihalang selagi mana tidak mendatangkan mudharat yang besar.
2- Ahli gerakan rupanya masih sensitif. Mereka ingin melihat keaslian Gamis. Yang mendakwa PAS juga turut sensitif meskipun mungkin mereka tidaklah bekerja untuk PAS pun.
3- Khilaf yang berlaku juga melambangkan keluasan Islam. Islam tidak menghalang perbezaan pandangan asalkan dalam ruang lingkup yang baik.
Alhamdulillah. Nyatanya, saya tidak pernah cuba melakukan provokasi.
Saya mengalu-alukan sebarang kritikan dengan dada terbuka. Malah saya bersedia meletakkan jawatan jika benar idea saya akan merosakkan Gamis dan gerakan Islam.
Beberapa orang menghantarkan SMS kepada saya. Saya menjawab, “Manusia memusuhi apa yang mereka tidak tahu”.
Betul juga kata Jibam, “Aku tahu apa yang tidak kamu tahu”.
Alangkah, Erdogan pun turut diserang Ikhwan dan Parti Sa’adah apabila membawa aliran baru. Perkara itu, macam makan nasi berulamkan sayur.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
5 Cadangan/Pandangan:
Umno berubah dari kurang baik kepada teruk"
Irwan Muhammad Zain
Tue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYT
KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan
Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.
"Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
"Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau.
Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.
Umno tegas beliau, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar.
Beliau menegaskan demikian dalam satu Forum Perdana sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan di sini baru-baru ini.
Selain beliau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Badrul Amin turut menjadi ahli panel forum tersebut yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Haron Din juga menegaskan pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.
Justeru itu beliau berharap agar pengudi-pengudi di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan segala dakyah yang dibuat oleh Umno dan membuat pilihan dengan bijak. - mks
Saintis melaporkan bahawa komunikasi di antara dua manusia melibatkan perkataan yang diluahkan dan juga yang tidak diluahkan seperti gerak badan dan emosi. Tahukah anda bahawa perkataan yang diluahkan hanya memainkan peranan kecil di dalam komunikasi. Kajian menunjukkan di dalam komunikasi muka ke muka, maklumat yang disampaikan adalah seperti berikut:
60-80% petunjuk bukan percakapan
20-30% percakapan (vokal)
7-10% perkataan
Rumusan: berhati-hati ketika menulis, ia boleh ditafsirkan mengikut apa sahaja pandangan yang membacanya..
Alhamdulillah, seronok baca penulisan abang dzul sekarang. Kalo dulu, masuk blog ni, baca komen, semua dok puji artikel. Sekarang, bula kita cuba lontarkan idea perubahan, semuanya melenting.. Haha.. Menarik manusia ni.. Tahniah ana ucapkan.. Bagi ana, inilah cabaran bagi golongan yang ingin melakukan perubahan. Dia akan ditentang oleh orang yang takut untuk berubah.
Kerana apa? Kerana sentimen. Mereka merasakan, mereka sahaja yang betul dan BUKAN DARI MEREKA tidak betul. Walhal, mereka banyak kelemahan, namun tidak mahu akui kelemahan tersebut.
Kritikan dari orang YANG MASIH BELUM FAHAM apa yang abang dzul cuba sampaikan, ambillah sebagai muhasabah dan cabaran. Itu bermakna, abang dzul kena usaha lebih lagi untuk memahamkan mereka.
Melihat keadaan ini, baru tersedar kenapa orang hebat macam Anwar ambil jalan masuk UMNO dulu. Pastu, sekarang pon, bergerak di bawah PKR. Saudara Nazree pon sama.
Kerana PAS takut untuk berubah! KErana PAS takut dikritik. Kritikan itu ibarat dihina, tidak diambil sebagai muhasabah dan cabaran untuk membetulkan diri.
Jadi, teruskan perjuangan abang dzul!
Salam Ustaz,
Lama tak dengar kabar Ustaz. Jarang juga bertanya khabar GAMIS sejak meninggalkan kampus.
Ada juga dengar 'sok-sek' beberapa isu tentang GAMIS. Ada yang ana dengar, kampus nak boikot Ustaz dan GAMIS dan sebagainya. Sejauh mana benarnya dakwaan2 mereka, Allah, Rasul dan Ustaz sendiri lebih tahu.
Ana nak beri satu cadangan sahaja. Tak pasti sesuai atau tak sebab rasa macam dah agak 'jauh' dari GAMIS. (^^,).
Ustaz nak bawa satu gagasan yang besar, dan ana kira sangat baik. Ana cadang, Ustaz buat roadshow campus2 menerangkan gagasan Ustaz tu. Sebab ana rasa, seolah-olah mereka ini tidak faham pun apa gagasan yang ustaz nak bawa tu.
Ana juga setuju komen bonot, "Kerana apa? Kerana Sentimen". Teringat cerita Ustaz Mujahid di prog GAMIS dahulu. Bila beliau mencadang dan menggerakkan Kelab Penyokong PAS (KPP), orang2 PAS (yang kolot) ketawakan. Sekarang ini, KPP ni lah yang dijaja dan dibanggakan oleh orang2 PAS.
Juga lontaran bahawa, jika satu hari dasar Kepimpinan Ulama dilihat tidak lagi relevan di Malaysia/PAS. Ada cadangan untuk bubar, apa agaknya reaksi kita?
Ana sendiri pernah buat 'survey tak rasmi' tentang lontaran tersebut, juga lontaran jika Presiden PAS bukan dari golongan agamawan dan isu lain, apa reaksi mereka? Rata2 yang menolak, hanya kerana sentimen. Lebih malang jawapan yang sama dari ahli JIK Kampus. Kecil sangat jiwa mereka bila kita mahu bawa pembaharuan
Maaf jika cadangan ana tak tepat, dek kerana info yang sangat terhad.
Salam rindu dari ana. Lama sungguh tak jumpa ustaz, rindu sungguh rasa. Moga ustaz terus tsabat dalam perjuangan. Jika dipaksa letak jawatan sekali pun, usah UNDUR dari perjuangan dan teruskan jiwa besar Ustaz tersebut.
WaLlahu a'lam.
-Aiman Ismail-
p/s: jika ada warga kampus bersentimen membaca lontaran di atas, baik tak payah berada di kampus. Buat malu sahaja. Duduk di kampus, bengap cara berfikirnya...
salam ustaz, mrujuk cadangan ibnu ismail ada benarnya,roadshow ke stiap kampus perlu di atur segere mmandangkn msng2 punya persepsi trsndiri trhadap gamis, yang menjadi punca barah bkn dr ahli y xmmahami tp amir2 kampus y x brani mnerima prubahan. mutakhir ini amir d pilih drpd mrk y m'ikut arus n tradisi,,, kalu pegang stan aspirasi,mmg lebih aspirasi dari ASPIRASI...ada kampus y terase??? wallahua'lam
Catat Ulasan