Sabtu, 18 April 2009

jawapan ringkas saya


Saya menyebut, sebagai ahli, mereka mesti merendah diri untuk menawarkan diri ke dalam gerakan. Namun sebagai pimpinan, mereka sepatutnya lebih-lebih lagi menyediakan satu pengurusan yang baik untuk menjaga ahli.

Maka saya menyifatkan, pimpinan yang tidak mencatur ahli dengan baik telah melakukan kesilapan yang besar berbanding dengan ahli yang tidak menawarkan diri.

Lantaran tindakan ahli itu menggambarkan personal dan individu, tetapi pimpinan menggambarkan kesungguhan gerakan dan juga sejauh mana takat pengurusan dan kepimpinan mereka.

Perkara itu mudah sekali untuk difahami dan bukannya satu perkara yang sukar. Memposisikan orang mengikut kemampuan, itu memang adalah sunnah. Tidklah kerana Amru bin al-As dan Khalid al-Walid lambat memeluk Islam, maka mereka berada di bawah.




Tidaklah kerana Jaafar bin Abu Talib yang tidak menyaksikan Badar, Uhud dan Ahzab, maka beliau tidak diberi ruang terbaik dalam peperangan.

Usamah bin Zaid yang masih muda, menjadi panglima perang seawal usia 17 tahun. Sultan al-Fatih menjadi raja sewaktu usia masih muda sedangkan ayahnya masih hidup dan bertenaga. Ini adalah kerana posisinya sesuai dengan kemampuannya.

Jika kita tamsilkan. Seorang yang mempunyai kekuatan dalam bidang kepimpinan di kampus, telah memahami selok-belok dalam soal pengurusan, maka mengapa orang sebegini tidak ditarik secepat mungkin untuk diposisikan dalam kedudukan yang strategis.

Tidak semestinya jadi pimpinan. Saya maksudkan, saya sebutkan, kedudukan yang sesuai. Mungkin sebagai core penggerakan kepada Akademi Kepimpinan Muda yang longlai lagi layu.

Kenapa longlai lagi layu. Antara sebab utama adalah, tidak menggunakan tenaga yang sudah terbiasa dengan tarbiah kampus untuk menggerakkannya. Bukan jadi ketua, tetapi prime mover, sesuai dengan kemampuannya.

Fuh…bukan semua orang lahir dalam keluarga yang sudah sedia berfikrah. Bukan semua orang boleh tahan dengan hidup tidak berduit lantaran keluarga mereka memerlukan bantuan. Bukan semua orang berminat dengan politik. Bukan semua orang macam kita. Kalau kita teguh dan kental keimanan, maka jangan dihukum orang lain sama dengan kita.

Jika kita kuat dalam parti, maka jangan dikata pahala dan jasa kita lebih besar berbanding orang yang tidak berada dalam parti. Jika kita bijak dan aktif berpolitik, maka jangan disangka khidmat kita kepada Islam lebih meluas dan melangit.

Saya sebutkan kepada adik-adik saya dengan penuh keinsafan. Saya tujukan kepada adik-adik kampus. Saya tujukan kepada diri saya sendiri.

“Kita jangan menyangka bahawa bakti kita kepada Islam besar dengan kita terlibat dalam politik, buat tamrin dan tarbiah dalam masa yang sama kita salahkan pensyarah kita tanpa asas yang kukuh. Hanya pandangan buta dan mendengar khabar angin.

Untuk buat tamrin, ramai orang boleh buat tamrin. Tak perlu kepada sijil degree. Nak buat tarbiah, tak perlu masuk universiti pun boleh. Ramai orang boleh buat kerja ni. Kita juga kena menilai dengan penuh keinsafan, sejauh mana Islam berkembang dan bergerak dengan tindakan kita tersebut?

Tetapi untuk jadi tenaga akademik, orang yang berdakwah di peringkat nasional tetapi tidak berlatar belakangkan politik, maka untuk menjadi seperti mereka bukannya senang. Mereka melakukan kerja yang kita tidak nampak. Dan tidak ramai yang mampu semacam mereka”.

Saya nak nyatakan, jangan suka salahkan orang. Jangan hanya fikir kita yang buat kerja Islam lantaran kita terlibat penuh dalam parti dan pegang jawatan. Lantaran kita buat macam-macam program untuk parti tetapi hakikatnya jaguh kampung.







2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam.sebelum ini, saya antara orang yang berfikiran jumud tentang orang yang hebat, apabila masuk ke kampus, terpaksa bermula dari bawah.begitulah pandangan saya sebelum ni.
tetapi, apabila us menyebut tentang sahabat2 dalam sirah rasulullah, mgkin pandangan saya akan berubah.sepatutnya orang yg hebat di letakkan pada posisi yg sepatutnya.wajar sekali.
persoalan saya,kebanyakan kampus berfikir spt yg saya fikirkan sebelum ni sebab waqi' setiap tempat berbeza.sehebat manapun seseorang, dia perlu adapt dengan suasana yg baru.saya pun x pasti....pandangan us???

Tanpa Nama berkata...

hebatlah sgt kite ni,,,mantaplah sgt.. bru hidup suasana kampus... xkan lah cara pemikiran n pengalaman kite lebih hebat daru 2 org tok guru kite n ahli2 syuro kite dlm pas????

ish... zul hebat lagi rasenye..pengalamn luas tu... baca buku byk.. korg ni asal perlekehkan zol gamis???

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE