Ahad, 19 April 2009

orang kita


Dulu-dulu, kami dalam Pmium sering bermuhasabah, “Mengapa orang tidak datang ke program kita?” Mungkin kerana kami tidak kreatif.

Dulu-dulu, ketika kami berbincang dengan Prof Dr Mustafa Ali, penasihat Pmium, beliau bertanya, “Apa yang Pmium sediakan untuk student jika mereka join Pmium?” Kami juga terpinga-pinga, kerana kami hanya sediakan tarbiah.

Dulu-dulu, kami juga bertanya, “Mengapa kita sangat mahukan orang datang program kita sedangkan kita tidak menghadiri program orang lain?”

Kami juga bertanya lagi, mengapa kita mahu orang datang dekat kita sedangkan kami tidak pergi kepada mereka.

Maka kami buatlah Pmium Untuk Semua. Nisa’ juga buat Sukan Untuk Semua. PAS juga buat PAS untuk semua. Sekarang Najib pula buat Najib Untuk Semua.



Saya dalam Gamis, pimpinan dalam PAS, sama-sama mengakui kelemahan kami dan ketidakberdayaan kami. Pak Lah juga mengakui kelemahan beliau.

Dulu-dulu,

Kita bertanya di mana pengorbanan ahli kepada perjuangan?

Sekarang kita kena tanya, “Di mana dia gerakan yang menjaga kebajikan ahli”.

Dulu-dulu kita sebut,

“Ahli mesti masuk ke dalam perjuangan dan duduklah di posisi mana sekalipun”.

Namun sekarang setelah kita belajar pengurusan dan orang semakin cerdik, kita kena sebut, “Nah, sekarang saya cadangkan kamu duduk di posisi ini, jika rasa kurang sesuai, kita bincang balik”.

Sekarang, kita memperjuangkan kadar gaji minimum. Tetapi berapa ramai ahli gerakan yang bergaji kurang RM 1300, sedangkan paras gaji minimum di Selangor adalah RM 1500.

Kita bertanya di mana pengorbanan ahli. Kita menagih derma dan sumbangan ahli. Namun ada kalangan pimpinan yang kurang sedar, ahli berkorban sehingga anak bini payah nak makan sedangkan ada kalangan pimpinan berumah sangat besar, berkereta sangat mewah, ke luar negara selalu.

Kita marah ahli yang tidak berjuang dalam lapangan yang betul, dan kita marah ahli yang future. Namun kita lupa, ahli kita yang bermotor buruk, berumah kayu yang kecil, beranak ramai, tidak pernah merasai lazatnya makanan hotel.

Sedangkan ada pimpinan selalu berada dalam kesenangan. Tidak mengapalah, mereka boleh berada dalam perjuangan kerana duit selalu masuk dan mereka boleh hidup mewah.

Yang faqir lagi miskin bagaimana?

Kita marah dengan orang yang tidak berada dalam lapangan sedangkan kita yang berada dalam lapangan bermewah-mewahan.

Kita marah dengan orang yang tidak mahu berkorban sedangkan kita berkorban dalam keadaan mewah-mewahan.

Apabila ada orang buat tarbiah, kita marah mereka buat tarbiah kerana dikatakan tarbiah itu menyimpang dan menyeleweng. Sedangkan kita tidak tahu yang membuat tarbiah kehabisan duit dan mereka melakukannya semata-mata untuk memastikan gerakan bertumbuh membesar.

Kita mengajar orang jangan percaya cakap orang dan fitnah tetapi dalam masa yang sama kita penyebar fitnah dan mudah percayakan berita.

Kita pesan pada ahli jangan mengumpat namun kita di belakang yang paling banyak mengumpat dan menyalahkan orang.

Kita pesan jangan buruk sangka tetapi kitalah yang paling banyak berburuk sangka dan mengata mencela orang. Inilah ukhuwah kita.

Lain kali, jika tidak tahu, jika tidak faham, tanya, bukan terus menghukum,

Kerana kita diajar, kita pendakwah bukan penghukum.

Fuh, kata Pak Mat, “Orang kita ni, dengan Nga Kor Ming mereka bersangka baik. Tetapi sesama kita yang berbaiah bersama-sama, kita bersangka buruk”.




7 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

semua ahli ke yg susah???

dan

semua pimpinan ke yg mewah???

mane ecik tau pemimpin pas hidup senag??

pemimpin yg senag ada.. tp yg susahnye belambak..

pengikut yg susahnye ade..tp yg senagnye belambak jugak..

encik suh org buka pemikiran..tp encik yg sempitkan

buka minda

org yg senag dlm pas mmg datang dari apa yg mereka ushakan sendiri seblm masuk pas lagi..bukan masuk pas baru jadi kaye

dan mereka ini.. dah sumbang apa yg sesuai dgn nisbah mereka bahkan lebih..


dan org yg susah dlm pas jugak.. mereka ni pe;bagai..

dan bile masuk pas..mereka sumbng apa yg termampu utk pas.. sesuai dgn pa yg mereka ade...

nak tau? perjuangan islam xjnjikan kekayaan wahai saudara..

perjuangan ini x memerlukan org yg x ikhlas, yg nakkan diri mereka ditempatkan dan di tarik secara "karpet merah"...

dan x meemrlukan org yg bile pas tidak tarik mereka.. kata macam2.. pas xde strategi la..dan macaam2...

sedarlah saudara...sila stopkan rencana anda.. jika semua ahli mempunyai jiwa sastera yg tinggi macam saudara..mereka akak pk panjang..

tp..

saudara kene pk pemint saudaara yg bace rencana2 saudara..

yg xleh pk pjgng...

tidakkah itu akan menyebbkan kepala mere pening???

apa yg saudara tulis ini mmg ada baiknye..tp

yg buruk lebih byk daripada kebaikan..

fikirlah saudara..
sedarlah saudara

Ummu Jauharah on 19 April 2009 pada 2:27 PG berkata...

tersentuh baca..tidak apa,ingat rahmat Allah..jgn putus asa..

TAK SUKA SALAHGUNA WALA' berkata...

Ust Dzul yang ana kasihi,

Ana paling tertarik dengan statement ni :

"Apabila ada orang buat tarbiah, kita marah mereka buat tarbiah kerana dikatakan tarbiah itu menyimpang dan menyeleweng. Sedangkan kita tidak tahu yang membuat tarbiah kehabisan duit dan mereka melakukannya semata-mata untuk memastikan gerakan bertumbuh membesar."

Inilah yang dilakukan oleh seorang exco JPM, yang sanggup meeting untuk bincang cara nak gagalkan/sabotaj program tarbiyah yang dilakukan oleh satu pihak, dengan berperisaikan "wala" dan "autoriti". Sedangkan dia tak tau yang pihak tu berhabisan wang, tenaga, masa dan idea utk meningkatkan pentarbiyahan untuk tunas2 Islam, termasuk konsisten turun mengusrahkan generasi baru hampir setiap minggu, walaupun mereka tidak ada jawatan yang gah dalam parti.

Tapi exco JPM tersebut hanya duduk bermeeting di bilik berhawa dingin, tidak turun ke lapangan sebenar, hanya tau berkepit dengan pimpinan2. Exco JPM ni seterusnya kononnya mahu menggerakkan tarbiah, sedangkan dia tidak sedar bahawa diri dia yang lebih utama perlu ditarbiah, kerana dia tidak tau, kerja mentarbiyah yang dilakukannya hanya lebih banyak merosakkan berbanding membaikkan.

Akhirnya lahirlah generasi baru tunas2 Islam yang biadap, menghabiskan masa dengan bersangka buruk, mengumpat, memburuk2kan ahli gerakan lain, dan sibuk sangat mempersoalkan kerja ahli gerakan lain.

Inilah realiti yang ana sangat bimbang wahai ust dzul.

Hafiz UM berkata...

Kita mengajar orang jangan percaya cakap orang dan fitnah tetapi dalam masa yang sama kita penyebar fitnah dan mudah percayakan berita.

Kita pesan pada ahli jangan mengumpat namun kita di belakang yang paling banyak mengumpat dan menyalahkan orang.

Kita pesan jangan buruk sangka tetapi kitalah yang paling banyak berburuk sangka dan mengata mencela orang. Inilah ukhuwah kita.

Lain kali, jika tidak tahu, jika tidak faham, tanya, bukan terus menghukum,

Kerana kita diajar, kita pendakwah bukan penghukum.

Fuh, kata Pak Mat, “Orang kita ni, dengan Nga Kor Ming mereka bersangka baik. Tetapi sesama kita yang berbaiah bersama-sama, kita bersangka buruk”.


Menarik kenyataan Utz Zul..

Ahli memang suka fitnah, cakap tuduh orang macam-macam, ana selalu dok tengok kat ukp cthnya, ustaz punya tulisan pun kena komen dan dipandang salah.

sebelumni ustaz nazree,apa pandangan ustaz zul tentang alumnai kampus?kedudukan GAMIS dan ahli atau bekas aktivis yang duduk dalam NGO yang kadang-kadang ada juga hentam PAS atau PR termasuk ustaz zul sendiri

Anak Muda Reform on 20 April 2009 pada 11:58 PTG berkata...

memang islam tak ajar hidup bermewh, tapi kalau saidina umar nak potong tangan tuan 'si pencuri' disebabkan tidak memberikan gaji yang cukup, bukan nak samakan hukum org yang dapat gaji rendah dengan hukum hudud, dan mungkin dangkalnya pandangan ini...

tapi jauh daripada itu, sorang ketua pemuda kawasan yang aku ketemu di bukit gantang, boleh berusaha untuk menggajikan SU die sebanyak RM 2000..yela setiap kali masuk meeting negeri, sibuk diperkatakan pengurusan parti lemah, alasannya adalah kerana su silih berganti..gaji RM 500, mane cukup, kos sara hidup tinggi, kalu duk kl, sewa rumah pun dah cecah rm 800, anak bini lagi...lainlah ustaz2 ramai yang terlibat punya kemahiran tambahan, mengajar yang boleh menjadi sumber pendapatan tak rasmi...ahli2 parlimen, lagi banyak, walaupun tak nafikan, rakyat dikawasan banyak mengambil kesempatan, korek duit ustaz...

jika benar tarbiyah yang kita semai selama ini, insyaallah, ahli tidak punya jiwa yang keterlaluan dalam dunia, seolah2 tiada duit mati...

nak banding dengan zaman nabi, kalau ada sahabat kematian, seluruh sahabat2 yang berada di madinah, kumpul duit buat majlis untuk keluarga si mati..kuatnya keterikatan ukhwah mereka..kita???

muhasabah la, berdirinya pas, tidak punya kewangan ekonomi yang kukuh, wang kebanyakkan daripada duit poket ahli dan pimpinan..jika benar perlukan full-comitmen ahli, fikirkan penyelesaian ini..so pekerja pejabat pas tak lah wat part-time, kita pun jaga kebajikan ahli..

wallahulam

baihaqi on 22 April 2009 pada 1:05 PG berkata...

salam, setuju dengan pandangan ustaz..

kritikan sangat bagus untuk me'mantain'kan sesuatu perkara dengan lebih lama. Kritikan akan membawa kepada penambahbaikan, sesuai dengan survival zaman yang kian mencabar.

syabas! tahniah us zul! anda berjaya 'sergah' orang yg tgh selesa!

bernas sekali kritikan us!
bertambah-tambah lagi 'bernas'nya jika ustaz dan pembaca sekalian, sebarkan artikel ini kepada rakan2, DISAMPING MERANGKA dan MEMPERKEMASkan tarbiah PAS dalam pembentukan ahli2 PAS mencapai 10 ciri peribadi muslim yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna.
betulkan, perkasakan tarbiyah kepada PIMPINAN terlebih dahulu, supaya ahli dapat MENJADIKAN MEREKA QUDWAH HASANAH dan ini akan MEMUDAH dan MELICINKAN pentarbiyahan PAS ke peringkat bawahan..

saudagar miskin berkata...

tanpa nama nih xtau situasi sebenar....kalo ang tau...pasti nyesal ang ckp laghu tuh...seriously!!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE