Bolehkah saya menulis beberapa pesan ringkas tapi belum menyeluruh kepada pelaksana program latihan? Izinkan saya menyebut beberapa pesan dalam berprogram secara berterabur.
1- Respect dengan peserta yang lebih tua atau sebaya
2- Respect dengan peserta yang berilmu agama tinggi
3- Jangan suka marah-marah perkara yang kecil dan remeh
4- Disiplin tidak semestinya keras bahkan mungkin paling lembut
5- Jaga ibadat
6- Jangan rasa bangga apabila peserta takutkan kita
7- AJK mesti orang paling menjaga solat dan ibadat
8- Muslimat jaga adab sebagai muslimat, jangan over
9- Jangan pusing dan memberikan dalih apabila ditegur peserta sebaliknya menerima dengan dada terbuka
10- Tak usah cari kesalahan peserta
Saya mohon maaf berbanyak-banyak kepada pelaksana program. Saya telah melaksanakan beberapa program yang saya dapati, jika kita marah-marah peserta dengan tidak menentu, seperti soal penjagaan masa, maka sebenarnya ia tidak memberikan kesan yang besar.
Masih juga ahli gerakan datang lambat masa meeting termasuklah penggerak program itu. Sepatutnya kita menanamkan iman dan rasa faham dalam diri mereka seperti berkata,
“Orang Islam mesti pantas dan tangkas. Kita mesti tepati masa kita. Ini adalah sunnah nabi”
“Kita makan sedikit dalam program supaya kita menghayati konsep Ramadhan. Berlapar adalah sunnah orang soleh. Malah mengingatkan kita kepada penderitaan orang miskin”
Saya berasa gusar, jika peserta menjadi orang paling berdisiplin disebabkan mereka takutkan kita, bukan kerana mengikut sunnah dan takutkan Allah.
Mereka qiam kerana itu tabiat program bukannya atas dasar kesedaran.
Mereka buat apa sahaja kerana takut kepada penggerak program.
Bermanhajlah dalam tarbiah, jangan semborono. Jaga adab sebagai muslim, jangan koyak nilai sunnah di dalamnya. Muslimat juga mesti sangat beradab dan bukannya terus membuang nilai kewanittan dalam berprogram.
Muslimin jangan duduk rapat sangat dengan muslimat. Banyak pesan saya. Namun ini sebagai permulaan, pesan dalam isi yang berterabur sebagai lontaran awal. Sekejap lagi, Maghrib akan menjengah, jom solat.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
9 Cadangan/Pandangan:
tapi JIK UM antara yang paling tidak menjaga ikhtilat..betul ke??
tapi JIK UM antara yang paling tidak menjaga ikhtilat..betul ke??
apa pndgan ustaz ttg budaya tggapan ahli jemaah yg mggap tamrin adalah Syadid, effect pd ksanggupan mereka utk terus berintima' hanya dgn sbb takut nak hadiri tamrin...
adkah betul persamaan ini?
tamrin = syadid, dan syadid = tamrin???
sbb wktu tamrin diadkan, comtee
seolah2 meletakkan satu kejayaan kpd tamrin tu klau ianya syadid...
setuju dgn H.faris...prasaan takut kpd tamrin agk mmberi effect kpd seseorng utk mghadiri tmrin...bnar ke kjyaan ssuatu tmrin tu bgantung pd sjauh mana thp syadidnya??
dan bkaitan dgn artikel di atas,sy sgt stuju pd tguran thdp mslimat...kdg2 muslimat tlampau over smata2 nk mnunjukkan tmrin tu bnar2 syadid...maaf ckp,tp kdg2 pserta bleh naik meluat tgk glagat mslimat yg sdemikian....
salam juang abg dzul..
perkongsian yang sgt bermakna bg ahli gerakan..
barakallahufiik..
ini baru tarbiyah yang 'menyentuh hati'. syabas ustak
Hm.. Kadang2 tu memang banyak gak tamrin yang tak menepati apa yang us zul cadangkan tu.. Terutamanya masa kat nilam puri..
Ramai peserta yang komen tak puas hati.. Mereka sbnrnya hanya ikut perintah sbb takut dihukum tapi, dalam diri penuh dendam dan benci..
ini saya dengar daripada sahabat2. Harap lepas ni mereka akan mengubah cara..mengikut panduan us. zul yang bagi saya lebih berhikmah. Maaf jika terkasar bahasa. tapi itulah hakikatnya..
kdg2 tamrin terlalu syadid shingga mnyebabkn peserta down n rasa nk futur. btul ke?
kpd nasih ulwan,mmg betul...
bkan stakat nk futur,tp mmg dh futur...
ana bkan tulis ikut suka,tp based on pglaman...
dsebuah u ni,rmai ahli yg bru dibaiah futur...slh satu pncanya adlh tmrin syadid x btmpt...
kfahaman pserta msih trlalu rndah,bab kwajipan jmaah pun xpass lg,tp tmrin yg diadakn tlampau syadid...
xpatut lgsung...
Catat Ulasan