Sabtu, 4 April 2009

TINGKATKAN ILMU DAN THAQAFAH


Saya sangat bertuah kerana dapat berforum bersama Ust Fauzan, PAS Selayang di Darul Quran dua tiga malam yang sudah. Saya tambah bertuah apabila saya dapat sekereta dengan beliau ketika pulang dan banyak perkara yang kami bincangkan.

Secara betulnya, saya agak terkejut dengan gaya pemikiran lepasan Mesir yang dimiliki beliau. Beliau terbuka dan kritis dalam mengkritik beberapa sistem dan perjalanan tarbiah yang berlaku. Saya hampir bersetuju dengan kesemua idea beliau yang terlontar.

Beliau juga menggalakkan saya agar tegar menyambung pengajian. Saya bertanyakan beliau untuk mendapatkan pandangan. “Benarkah anak muda semacam ana harus menumpukan fokus kepada ilmu lebih daripada parti ustaz?”

Balas ustaz, “Benar, tapi jangan sampaikan tinggalkan parti. Cuma lebihkan sedikit pencarian ilmu”.



Ustaz Hasrizal juga meninggalkan seketika kuliah-kuliah kerana ingin menambahkan ilmu dengan membaca. Saya juga sekarang sedang mengalami fenomena yang sama. Ada beberapa kuliah dan program terpaksa saya ketepikan untuk membaca dan menambah ilmu.

Kata al-Syafei, “Anak muda yang jadi pemimpin akan hilang peluang menambah ilmu”.

Umar al-Khattab menyebut, “Tafaqquhlah sebelum kamu memimpin”.

Saya kira, belum lagi dianggap kepimpinan yang besar sepanjang menjadi pimpinan kampus. Pimpinan yang besar adalah pimpinan parti dan pimpinan masyarakat. Menjadi pemimpin masyarakat tidak semestinya berjawatan. Malah sememangnya orang yang ditarbiah mesti memimpin masyarakat.

Saya mahu cadangkan saja kepada ahli gerakan kampus, fokuskan kepada pencarian ilmu secara serius. Saya dahulu tidak nampak, tetapi sekarang saya sudah tidak nampak. Betapa saya kerap kali ditimpa kerugian lantaran tidak dapat menyertai seminar dan program kerana bertembung dengan aktiviti PMIUM.

Ponteng sahaja kelas sekiranya bertembung dengan seminar atau pembentangan kertas kerja yang penting. Kelas selalu ada tetapi seminar jarang sekali. Hidupkan budaya membaca buku. Tarbiah mesti berteraskan nilai keilmuan yang tinggi.

Mudah sekali contoh yang diberikan seorang adik saya dari UTMKL. Sedia atau tidak kita menjadi pemimpin? Apakah kita sudah pandai untuk mengimami solat jenazah atau memandikannya? Persoalan itu merupakan satu pukulan maut. Itu lambang pemimpin bermasyarakat.

Entahlah, saya tidak pasti betul atau tidak telahan kita. Apabila menjadi ahli gerakan, nilai fundamental kurang ditekankan. Pandai ke kita solat jenazah sebenarnya? Tahukah kita tentang hukum asas tajwid yang lima? Betul ke bacaan al-Quran kita?

Ustaz Fauzan juga bertanya, hafal ke kita hadis-hadis nabi? Bersediakah kita untuk membentangkan beberapa tajuk asas? Mampukan kita menjawab persoalan fiqh yang ditimbulkan masyarakat? Apakah kita boleh menyampaikan ilmu dalam bidang kita dengan baik?

Maka saya melihat pentingnya menuntut ilmu. Kita mesti bersedia menjawab dan membaiki masyarakat kita dengan ilmu, bukan hanya dengan perjuangan aktivisme kita. Ini tidak bermakna saya menafikan nilai aktivisme.

Aktivisme hanya membela material dan fizikal rakyat biasanya. Namun ilmu membina tamadun kejiwaan. Orang yang berilmu adalah lebih baik berbanding si abid dalam keadaan kejahilan, seumpama bulan ke atas kerdipan bintang.

Saya harap, adik-adik gerakan Islam menganggap ini satu cadangan saya, bukannya kritikan.

2 Cadangan/Pandangan:

Unknown on 5 April 2009 pada 3:40 PG berkata...

slm,ia bkn shj mnjd cdgn kpd kami ttp mnjd nasihat seorg pemimpin kpd kami...jazakallahu khairan

Tanpa Nama berkata...

ye, ana sokong. ini baru 'menyentuh hati'. tq ust

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE