Khamis, 7 Mei 2009

KITA PAKAT-PAKAT JADI ULAMA


Boleh atau tidak, saya ingin memberikan pandangan dari sudut lain. Iaitu sudut cabaran dan keharusan bagi ahli Gamis dan semua menyahut cabaran yang wujud secara tidak langsung.

Baru saja saya membaca pandangan Tok Guru yang beranggapan bahawa ulama dengan professional tidak boleh dipisahkan. Maka orang yang mengethui ilmu selain usuluddin dan syariah juga merupakan ulama. Namun mesti juga menguasai asas-asas dalam ilmu basis agama.

Maka ia membuatkan saya teringatkan sahabat di UTP, UiTM, Politeknik dan pelbagai tempat lagi yang melahirkan golongan professional. Apakah mereka yang menguasai ilmu fardhu kifayah yang berat ini tidak mndapat sewajarnya jika mereka menyertai parti PAS?

Dalam pada PAS berbincang tentang ulama dan pofesional, UMNO pula sangat-sangat ketandusan ulma. Mereka hanya ada professional dan pakar rasuah. Itu sahaja mereka mampu lahirkan. Adapun ulama dalam UMNO hanyalah gelaran lahiriah.



Maka PAS seharusnya berbangga lantaran mereka punya ulama dan professional yang seimbang. UMNO pula, mereka tidak berbincang perkara ini lantaran mereka tidak ada ulama. Mereka saya ulang sekali lagi, hanya ada professional dan pakar rasuah.

Perbahasan tentang ulama dan professional makin bertambah hangat. Apa tindakan Gamis? Saya Nampak, ini adalah kebangkitan professional. Bukannya kelemahan ulama, cuma mungkin golongan professional terlalu laju ke depan.

Maka saya melihat, jika begini, maka menjadi tugas Gamis untuk melahirkan seberapa ramai ulama yang redha dengan permainan politik. Bukan ulama bebas yang memencilkan diri daripada perjuangan politik.

Gamis bagi saya sudah melahirkan golongan professional, tetapi sangat kurang sudut ulama. Maksud saya, ulama dalam bidang basis agama, bukan konsep ulama yang disebut Tuan Guru. Kita anggap ulama dalam artikel ini adalah orang yang pakar bidang.

Profesional dalam artikel ini pula adalah ahli akademik dan pakar dalam bidang- bidang fardhu kifayah. Ini untuk memudahkan perbincangan dan penulisan saya.

Maka Gamis harus berusaha melahirkan seramai mungkin ulama. Sementara ulama-ulama masih ramai di Malaysia, maka Gamis harus berganding dengan mereka. Tidak kira sama ada ulama yang terlibat dengan politik atau tidak, yang penting proses pembinaan ulama berlaku.

Saya menyeru kolej-kolej Islam, sama ada wujud Gamis atau tidak di sana, mesti berusaha ke arah merealisasikan cita-cita besar ini. Orang semacam Ustaz Harun Taib dan Ustaz Daud Iraqi perlu dilahirkan seramai mungkin lagi.

Saya pernah jumpa Ustaz Harun. Beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di Manir. Beliau dipanggil Tok Guru. Rugi sangat jika Gamis tidak melahirkan orang sepertinya.

Saya pernah jumpa Ustaz Daud Iraqi yang sangat tawadhu’ dan berilmu. Malah apabila menatap wajah ulama muda seperti Ustaz Nik Zawawi ia seharusnya meningkatkan semangat ahli Gamis untuk menjadi ulama.

Supaya dengan itu, tidak timbul lagi masalah ulama atau professional dalam parti. Pertama, akan lahirnya ulama yang professional dan professional yang ulama. Saya lebih suka ulama yang professional berbanding professional yang ulama. Tapi apapun, saya akan mendokong sesiapa sahaja yang jadi pimpinan.

UMNO pula mesti melahirkan lebih ramai ulama. Kasihan UMNO. Tiada ulama. Ia amat merugikan. Jika Gamis dapat tolong melahirkan ulama untuk UMNO, maka iu juga sangat baik. Masalahnya sekarang ialah, tiada ulama yang mahukan UMNO. Maka susahlah kerja Gamis.
Saya kisah apa. Orang tidak mahu masuk UMNO pun tidak mengapa. Kalau masuk PAS, saya sokong dan saya dokong. Kerana dalam PAS ada ulama dan professional. Dalam UMNO ada professional dan pakar rasuah.

Kesimpulan perbincangan dalam PAS sekarang ialah menunjukkan kekuatan PAS. PAS sdah melangkah terlalu ke depan sebenarnya. Tidak pernah dikenakan tindakan kepada pengkritik PAS tidak seperti UMNO.

Ini kerana PAS parti terbuka dan parti muhasabah sedangkan UMNO parti menghukum. Itu bezanya. PAS berlapang dada menerima perselisihan naun PAS membenci perpecahan. UMNO pula membenci perpecahan tetapi mereka menanam pohon perpaduan dengan benih perkauman.

Saya positif. Meskipun Tok Guru tidak kisah, UMNO ke atau PAS, asalkan Islam. Maka jika UMNO terima Islam, maka PAS akan ikut UMNO.

Itu hanya luaran daripada kata-kata Tuan Guru. Ia perlu kepada huraian dan kupasan. Masakan UMNO akan menerima Islam tetapi menolak PAS. Maka yang nyatanya ialah, UMNO yang menerima Islam pastilah sebuah UMNO yang menerima PAS.

Saya yakin, di Malaysia, Islam akan naik di tangan PAS, bukan UMNO. UMNO tidak akan menerima Islam melainkan UMNO yang akan masuk PAS. Tidak kiralah nama masa tu apa, UMNO ke, PAS ke, yang jelas, UMNO akan masuk PAS. Soal nama tidak penting.

Saya bercakap soal sebab musabbab. PAS ikhlas berjuang dan serius, maka PAS yang akan menjulang Islam. Apabila saya menyertai dan mengiktiraf PAS, maka ini bermakna saya sangat mempercayai bahawa PAS adalah yang terbaik.

Saya tidak akan menyertai jamaah yang kedua atau ketiga terbaik. dan saya amat membenci mana-mana gerakan yang menolak politik dan menyalahkan PAS kerana berpolitik. Sehingga saya pernah amat membenci suatu gerakan ulama di Malaysia yang melabelkan PAS sebagai parti bodoh.

Begitu juga, apabila saya berada dalam Gamis, saya yakin, Gamis adalah gerakan muda yang terbaik.








6 Cadangan/Pandangan:

abangki on 7 Mei 2009 pada 4:43 PTG berkata...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..saya melihat blog saudara amat membantu dari segi ilmiah dan ppercambahan minda. Bukan penulisan kosong.

Umumnya, kritikan dan komen perlu diberikan untuk sama-sama kita muhasabah untuk memperbaiki diri. Tetapi untuk saudara saya tidak mampu mengkritik negatif.

Hanya pujian dapat saya berikan. Melihat kepada idea, semangat dan buah fikiran zul, enta merupakan anugerah kepada orang muda Malaysia dan juga gerakan Islam di Malaysia.

Semoga pujian ini tidak melemahkan saudara.

Saya mahu enta berjanji untuk terbitkan buku enta seberapa segera. Berikan tarikh dan buktikan apa yang enta janji untuk terbitkan.

Di sebaik pujian mesti ada cabaran. Tak gitu?

Assalamualaikum wbt..

Hafizuddin An-Nuri on 7 Mei 2009 pada 4:45 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hafizuddin An-Nuri on 7 Mei 2009 pada 4:47 PTG berkata...

Assalamualaikum ust dzul...
kaifa haluka??

Ana sgt2 setuju ttg melahirkan ULAMA' YANG PROFESIONAL...
Secara terus kita dpt lihat keseimbangan berlaku apabila lahirnya golongan ini...

ULAMA' YANG PROFESIONAL blh membawa kembali zaman kegemilangan Islam pada pndgn sy...

Itulah yang kita sedang perjuangkan...seperti Tok Guru NIk Aziz...Tok Guru dibantu oleh golongan yg profesional...itu pon tlh menarik perhatian sehinggakan rmai non-muslim yg nakkan Islam...

Semoga kita menjadi golongan pelapis ULAMA' YG PROFESIONAL..

Islam yang kita perjuangkan bukan PAS...
Tetapi hanya PAS yang perjuagkan Islam...
UMNO mesti dihapuskan...

Wallahua'lam=)

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan on 10 Mei 2009 pada 2:05 PG berkata...

salam ustaz, nak komen juga tentang ulama' ni..

dulu, saya memang bercita2 nak jadi ulama', tapi dah amik doktor...

pastu, tanya kat ustaz, blh ke doktor nak jadi ulama'? dia kata boleh,tapi MESTI BERTAQWA..

apa itu taqwa?
buat apa yg disurh dan tinggal apa yg dilarang..

sampai skarang, saya rasa SUSAH sangat nak mencapai taqwa ni..

dr muhamamad zuhaili pun ada tulis tentang taqwa ni.. kalau kat malaysia dah ada terjemahan, blh la beli, kalau kawan2 nak baca...

Miss X on 13 Mei 2009 pada 4:27 PG berkata...

Apa lagi, GAMIS buatlah akademi Ulama..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Banyak benda yang ustaz kongsikan, bg ana yang pertama kali memasuki ruangan blog ustaz ni, ana cb dapatkan ilmu yang ustaz sampaikan..

Cuma ingin ana utarakan beberapa soalan pd Ustaz,adakah ulama itu cm orang yang sesuai untuk mentadbir??Orang yang berilmu tu bukan boleh dikira ulama ke??

Bagaimana pula ustaz melihat dari sudut perbalahan sekarang siapa yang layak mentadbir P itu sendiri?
ana inginkan pendapat ustaz..
Mungkin ana hanya mengetahui melalui akhbar2 atau cakap2 org tanpa tahu situasi yang sebenarnya, jadi ana takut salah faham bg diri ana,jd ana bertanya memandangkan ustaz mungkin lebih memahami situasi yang berlaku sekarang.

Dalam bab agama ana kurang fasih, kiranya sudi ustaz menjawab,ana rasakan banyak kesilapan dari sudut pemikiran ana,seperti Firman Allah,"bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak tahu,"..jd ana bertanya..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE