Jumaat, 8 Mei 2009

umur 22 tahun dah kawen


melangsungkan perkahwinan esok. Mereka masih sangat muda.

Saya anggap mereka dan kawan-kawan sekampus mereka macam adik-adik kandung sahaja. Jadi apabila mereka berkahwin, sayalah orang yang sangat gembira.

Sempat saya berpesan kepada Akmal dan saya minta sampaikan pesan tersebut pada bakal suaminya. Pesan itu hadis nabi tentang rahmat Allah kepada suami isteri yang menghidupkan waktu malam.

Saya sangat mendokong orang berkahwin di usia muda. Kalau dapat, berkahwin sahaja ketika umur 22 tahun sebagaimana dua orang adik saya ini.



Berkahwin awal menjaga diri dan mematangkan usia jua pemikiran. Tindakan akan lebih beralas dan berteraskan pemikiran yang panjang.

Orang berkahwin awal akan mendapat anak banyak. Mungkin mereka akan merancang keluarga, namun saya mendoakan mereka mendapat anak yang banyak. Biar semua menjadi penggerak tarbiah.

Apa lagi kedua-dua cerdik dan pandai-pandai. Dua-dua ambil pengajian kedoktoran. Jadi, bila seorang lelaki cerdik, bertemu dengan perempuan yang cerdik, maka saya berkeyakinan Insya Allah mereka mendapat anak-anak yang cerdik.

Saya kenal Sobri, orang yang putih-putih dan ada rupa. Sesuai dan padan sekali mereka berdua. Bagai pinang dibelah tiga, ops dua.

Saya masih ingat. Firdaus menghubungi saya, "Ustaz Zul, ustaz tau ke Sobri kawen esok?" Terkejut saya mendengarnya. "Apa, esok dah diorang kawen?" Wow bestnya. Dalam hati saya sudah terngiur. Saya pun nak kawen esok.

Sobri kelihatan gembira apabila saya menghubunginya. Saya lagi-lagi gembira. Masa sekarang, saya yang banyak menasihati mereka. Nanti-nanti, saya yang akan mendengar nasihat mereka.

Saya juga menghubungi Akmal. "Ha, ni mesti pakai inai tadi, sebab tu tak angkat ana call," usik saya. Kebetulan Akmal tidak menyimpan nombor saya. Ia agak terkejut.

Moga-moga Allah merahmati mereka berdua. Saya berdoa kepada Allah, agar mereka bahagia, jauh dari bisikan Iblis sehingga merosakkan, moga mendapat zuriat banyak yang bertaqwa, juga banyak semestinya.

Ya Allah, aku ni, bila la lagi ye







8 Cadangan/Pandangan:

Mahmud Syarif berkata...

salam,

Insyirah mane?

Firdaus berkata...

Assalamualaikum wr..
Ehem.. semalam Sobrie, insyaAllah lepas-lepas nih ana menyusul..
Ana pulak yang nervous lebih time akad tuh. hu~

Tariq Ziad on 9 Mei 2009 pada 6:56 PTG berkata...

kepada saudara firdaus,
kumpul2 dlu duit tuh..hehehe
kalau tak adik anta yang bina dulu masjid

p/s:semoga allah kurniakan ustaz teman yang setia dalam perjuangan :)

Firdaus-Tariq Ziad berkata...

Ini serangan peribadi nih.. Dush! hu

Tanpa Nama berkata...

Salam. Jgn riso bg dzul, mslmt gamis kan ade...tackle je sorg. kalo die jatuh kene tackel, ada rezki la tu....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

ape ckp cam ni??
tak elok..

zinnirah berkata...

salam..

ni perkahwinan abg sobri ngan kak ya'ma (nama yg kwn2 die pgl), student medic kt usim tu ke..?

kalau betul,mmg teruja jgk sbb nya diorang tu klasmate kakak dan pasangan perama dlm fakulti perubatan yg melangsungkan perkahwinan. senior pn xda yg nikah lg.. mantop~

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE