Selasa, 23 Jun 2009

TARBIAH UNTUK MELAHIRKAN YANG MENENTANG


Apabila murabbi menggerakkan tarbiah dengan tujuan, agar yang dilatih mendengar kata dan arahannya, maka murabbi itu telah melakukan satu kesilapan yang maha besar. Tarbiah bukan sepatutnya melahirkan yang mahu mendengar.

Tarbiah melahirkan yang mahu bercakap, yang mahu mempertikaikan, yang mahu menentang arus, yang mahu berfikir mengikut cabang yang lain, yang tidak suka dengan tradisi kebiasaan. Sepatutnya begitulah tarbiah.

Saya membaca beberapa sejarah tokoh orientalis dan liberalis. Tahulah saya bahawa mereka cerdik-cerdik orangnya. Mendengar nama Nurcholis Majid, Fazlur Rahman dan mungkin Syed Sheikh al-Hadi yang turut dikatakan liberalis. Mereka berfikir di suatu ufuk yang lain dan sukar dimengertikan.

Mungkin banyak silap mereka. Namun ada satu keberanian luar biasa yang harus diteladani. Keberanian berbeza pandangan dengan banyak pihak dan menempuh benteng tradisional. Mereka berani mentafsirkan al-Quran mengikut satu dimensi yang berlainan. Saya telah membaca pesan-pesan terbesar dalam al-Quran karya Fazlur Rahman.

Saya tidak menganggap beberapa kalangan mereka sebagai agen Barat. Tidak sama sekali. Saya berpandangan mereka hanya berfikir dalam satu sudut yang berbeza. Maka kehadiran mereka mencabar orang yang malas bersahaja.

Apa rasa kita jika saya katakan, syaitan bukan lawannya bagi Tuhan. Silap mengatakan istilah syaitan adalah lawannya bagi Tuhan sebagaimana lelaki lawannya perempuan. Bahkan semakin mencabar apabila Fazlur Rahman berpandangan Jibril bukannya malaikat.

Maka jangan terkejut apabila ramai sejarawan mengkritik tindakan Solahuddin al-Ayyubi yang terlalu berlembut dengan tawanan perang.

10 Cadangan/Pandangan:

Nurhaslin Zaharudin on 23 Jun 2009 pada 9:01 PTG berkata...

Assalamualaikum

Apabila telah ada sifat 'menentang', maka perlu ada pula sifat bersabar yang tinggi.

Biasalah, apabila kita melawan arus...pasti ramai yg mengkritik hebat.

anti pengampu on 23 Jun 2009 pada 10:17 PTG berkata...

woo..pengampu..kalau lawan arus kita betul takpe,,,ni tak tentu hala

Tanpa Nama berkata...

ustaz..

ana kira,
tabiyah utk melahirkan yg menentang ini tidak tepat dan mengelirukan..

lebih sesuai jika :
"Betulkan kebiasaan..
dan biasakan yang betul.."

bukan semua yang tradisional perlu ditentang..
apa gunanya menentang buta tanpa hujjah,
penulisan ustaz seolah2 menggalakkan ahli2 GAMIS menentang sistem yg sedia ada,
biarpun salah tidak mengapa,
kerana yg penting bukan kebenaran yg hendak ditegakkan, tetapi kerana kami mesti menentang..

harap sahabt2 GAMIS dapat berdiskusi dgn laras bahasa yg sopan,

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

betul tu us. zul, tapi bila ahli GAMIS menentang engko? aku ingat pandangan engko, kalau boleh nak satu hari nanti bila pimpinan gamis bagi pandangan, sahabat-sahabat lain berdiri menyokong. bila presiden pas bg pandangan, engko pulak dok jadi pemecah belahnya. ke mcm mana?

sahabat us zul

Tariq berkata...

salam

penentangan yang dilakukan perlu disisipkan bersama akhlak perbahasan yang baik dan sikap tawadhuk, bukan penentangan tak tentu hala dan tidak beradab, atau dgn niat untuk tunjuk lagak

saya memahami konteks penentangan yang ust dzul katakan agar ahli gerakan mahasiswa sentiasa kritis dan kreatif dalam membahaskan idea-idea

Nurhaslin Zaharudin on 24 Jun 2009 pada 5:37 PG berkata...

Saya sependapat dengan Tariq, penentangan perlu disusuli dengan idea-idea yang berlainan daripada kebiasaan.

p/s: Tak mengampu pun, saya ni cuma tukang sapu jer.

anti pengampu on 24 Jun 2009 pada 7:27 PG berkata...

sama je la tu?? jaga hati sikit?? ke syok kt zul ni?? ni la maslah mslmat jemaah ni...

Tanpa Nama berkata...

TARBIYYAH ADALAH UNTUK MELAHIRKAN DAN MENZAHIRKAN "KEBENARAN"

tolong lah jangan wat pening orang sokmo...
serabut la engkau nie...

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan dengan agen Barat itu.. Memang bukan semuanya di antara mereka agen Barat, dipah, dididik dan diasuh oleh CIA, FBI dsb. Namun perlu dicermati pendekatan yang mereka gunakan dlm mentafsir @ menginterpretasikan Islam dan al-Quran adalah mengikut acuan Barat. pendekatan & metodologi yg diaplikasikan adalah metod Kristian Barat yg kecewa dgn agama mereka. Corak pemikiran yg menjatuhkan agama hanya kepada kebudayaan dan limitasi akal samalah dgn gaya berfikir golongan sekularis yg fobia dgn kuasa Kepausan yg pernah menghentam kehidupan mereka suatu ms dulu. Panjang utk dibahaskan dlm soal ini namun bagi kita jgn sesekali kita mengakui 'keintelektualan' mereka dlm mentafsir Islam jika kita blm mengenal lagi akal budi dan fahaman mereka.

Tanpa Nama berkata...

salam
Tarbiyyah untuk melahirkan golongan yang bergerak dan berjuang untuk Islam...bukan golongan penentang kerana Islam itu agama fitrah...bukan agama menentang..Imam Hasan Al-Banna meletakkan 10 rukun baiah salah satunya faham...lalu faham ini didasari dengan usul 20 semata2 untuk menjernihkan keadaan yang memecahbelahkan lalu diisi faktor2 kesatuan..maka menentang ini lebih disinonimkan dengan perpecahan bukan kesatuan...begitulah adab2 kita berjuang..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE