Wahai pembakar bendera negara tercinta, ingatlah anda, bagaimana Malaysia merdeka? Adakah anda melupai jasa tokoh agamawan yang sanggup korbankan harta, diri dan nyawa demi digantikan dengan nilai kemerdekaan yang berstatus merdeka dari dihambakan kepada manusia kepada menghambakan diri kepada Allah? Inikah balasan dan perlakuan anda tatkala Malaysia merdeka kali ke-50 hasil darah-darah yang ditumpahkan, jiwa-jiwa yang dipagari tirai besi British dan harta-harta yang dijadikan sebagai modal 'membeli' syurga, rahmat dan reda Allah....
Mengapa? Kenapa membakar bendera tatkala tiada ramai orang di sana? Kenapa ketika tiada orang menyorak menyokong aksi pembakaran tersebut? Kenapa gambar bakar yang sama disiarkan di media? Kenapa anda tidak ditangkap? Bagaimana wartawan dapat ambil gambar tersebut?Kenapa tidak disiasat dulu siapa yang membakar sebelum dijatuhkan hukum ini adalah perbuatan pihaksekian-sekian? Pelbagai persoalan lagi yang bermain di minda......
Wahai Pembakar bendera, insaflah anda. Adakah wujud tangan-tangan yang 'bersedekah' pada anda sebagai manifestasi bagi semangat ramadan yang kan tiba demi menjayakan misi anda? Adakah anda akan menjadi penyumbang saham kepada pemfitnah-pemfitnah yang memfitnah sebelum bertaubat semula dalam bulan berkat Ramadan...Ingatlah anda, peristiwa Badar Kubra mungkin kan tiba...Insaflah!!!
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan