Aku telah lama meninggalkan dunia bola sepak. Sejak aku meninggalkan sekolah menengah, jarang sekali kaki ini menyentuh bola. Kesannya, aku mula kehilangan skill dan kepantasan.
Di Kusza, sempat sekali aku bermain, tetapi rasanya kekok sekali. Cepat sekali aku termengah-mengah mengejar bola yang sekejap ke sana dan sekejap ke sini. Rasanya akulah yang paling mudah terasa penat.
Bila aku menjejakkan kaki ke bumi Nilam, aku sempat bermain bola. Ketika itu, barisan Majlis Perwakilan Pelajar bertanding dengan Jawatankuasa Tindakan Kolej(JTK). Ketika itu kami sekadar melepaskan kerunsingan di padnag di samping mengeratkan hubungan sesama kami. Azmi ketika kelakar sekali. Tiap kali kami ingin menggelecek beliau, kami akan ketawa terkekeh-kekeh. Dia memang kelakar sampai sekarang.
Kemudian bakat aku bermain bola mula dikesan. Ya, aku bukanlah pemain handalan seperti Muhaymin dan Asyuk, juga tidak sehandal alan dan tidaklah selincah habib, tetapi aku tetap terpilih untuk bermain dalam satu team yang agak hebat dalam pertandingan piala pengelola.
Cukup menarik. Shahir agak handal juga bermain walaupun berat badannya sedikit menghalang. Haha, jangan marah naa. Hafiz roslan juga pantas, sehinggakan acap kali beliau tertinggal bola di belakang kerana kelajuannya mengatasi gerakan bola itu sendiri. Tapi aku tidak dapat melupakan bagaimana penatnya aku mengejar alrawi dan irwan semasa final. Laju woo, penat nak kejar.
Bola adalah satu permainan yang agak menarik. Semasa di sekolah, akulah kaki bola. Posisi yang paling ngam dengan aku ketika itu adalah bek kiri. Ntahlah apa nama saintifiknya, hehe. Malah aku juga merupakan lines man, ops last man daa. Akulah yang paling kecoh semasa bermain, memberi arahan dan pedoman, selaju mana bola bergerak, sepantas itu juga mulut aku memberikan arahan.
Aku juga tidak dapat melupakan, bahawa akulah orang pertama yang mendapat kad merah dalam perlawanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah agama. Siapa yang sangka, budak yang kecil, cute, tetapi boleh nak tumbuk orang semasa bermain bola. Ya, semasa bermain di usia muda, emosi memang sangat kurang stabil. Selalu je nak bergaduh.
Tahun ini, aku mengulangi semula kenangan silam. Aku tiada pilihan dalam subjek kokurikulum, menyebabkan aku akhirnya memilih untuk bermain bola. Apabila mendengar kakpah, atau nama sebenarnya sharifah memberi semangat kepada kami semua pimpinan pmi supaya menjadikan koke sebagai subjek untuk mempraktikkan dakwah, baru minda aku terbuka.
Ya, aku tidak lagi akan berganjak daripada keputusan ini. Aku akan kekal dalam subjek koke yang mencabar ini meskipun usia sudah merangkak senja, cewah. (jiwang jugak aku ni, hehe). Aku akan menjadikan bola sepak sebagai medan dan lapangan dakwah yang baru.
Pandangan aku mula berubah. Dulu, aku bermian bola kerana hobi dan suka-suka. Bermain bola tanpa mengira waktu termasuklah semasa hari yang tidak dibenarkan bermain oleh pihak sekolah. Keluar daripada sekolah untuk bertanding dengan pihak kias masih terlekat dalam minda. Ya, dunia kami ketika itu adalah untuk bola, makan dan minum bola.
Alangkah ceteknya pandangan aku ketika itu. Kenpa aku bermain semata-mata untuk bersuka-suka? Kenapa aku bermain sekadar melepaskan rasa hati semata-mata? Kalaulah aku terus menerus begini, Islam tidak akan bangkit dengan bola dan kemampuan aku untuk bermain bola.
Terima kasih kepada kak pah yang telah mengetuk minda aku. Aku kini mula sedar. Apa sahaja yang ingin aku lakukan, aku mesti fikirkan kesannya untuk Islam. Terima kasih juga buat abang zam, yang telah menyedarkan aku bahawa membaca bukannya satu hobi sebaliknya membaca adalah satu tanggungjawab.
Ok, bye. Aku nak pergi bermain bola dulu. Kita jumpa lagi.
”Hoi Ronaldinzu, cepat sket”
”Sekejap sekejap, aku nak pakai kasut ni”
3 Cadangan/Pandangan:
hmm. bgus sekali.aplikasi da'wah guna cabang yang pelbagai.kita mesti kreatif n menggunakan segala peluang semaksimum mungkin. bukan untuk kepentingan diri. bukan juga mencari kepuasan hati,tetapi dengan meletakkan diri ini semata2 segalanya untuk Ilahi..
sekadar berkongsi, saya ada kenalan yang memang menjalankan "full time" da'wah. sepanjang pengalaman beliau, kebanyakkan non-muslim yang revert, adalah dengan "one-to-one" da'wah. dengan cara persahabatan, perkahwinan dll.
kalau difikirkan logik pun, memang fitrah manusia tu akan mudah terpengaruh dengan orang yang rapat dengannya.. tambahan pula, kalau sekepala.haha
lets be creative in presenting the beauty n the syumul of islam.
p/s: teringat zaman budak2 dulu, rasa rindu pulak
teringat waktu kat MTAQ dulu...bila sebut Dzulkhairi,sinonim dgn..... penimbang bola...
PMI kena wat kursus kemahiran menimbang bola ni...coach,dzulkhairi al-banna
hehe.syukran mengingatkan ana pada kenangan menyepak bola tak tentu hala di N.P dulu..isyk..terasa seperti ana badut pula..kerana asyik melawak hingga sekarang..hehe, tapi apa pun asalkan ana menghiburkan orang2 yang bermatian-matian untuk islam apa salahnya? mungkin ini sahajalah amalan yang diterima Allah semasa meniatkan melawak adalah untuk menghilangkan stress dalam berdakwah? siapa Tahu? Allah maha mengetahui..
Catat Ulasan