Saya teringat satu tika saya pernah dijemput oleh pihak kolek ke12 untuk menjadi panel dalam satu bicara santai yang turut dihadiri bersama artis terkenal Dayang Nurfaizah. Ketika itu saya masih tersangat muda di bumi uni perdana. Saya pergi bicara santai tanpa sebarang persediaan kerana ia hanya bicara santai, bukannya forum yang menuntut kekuatan ilmiah. Siapa yang tidak berasa bangga dapat bersama dengan artis terkenal sedangkan saya ketika itu baru sebulan lebih berada di UM.
Soalan pertama yang dikenakan kepada saya memang berbentuk perangkap. Tanya moderator bersahaja: Bagaimana anda memanifestasikan atau menjelmakan perasaan kasih dan sayang anda kepada pasangan anda. saya mati kutu seketika. Apa patut saya katakan kerana ada dua perangkap atau serkap jarang tersedia. Satu, sekiranya saya menjawab maka seolah-olah saya sudah berpunya meskipun tidak. Dua, sekiranya saya menjawab tidak tahu, maka ia akan menjatuhkan air muka saya.
Kini, sampai sekarang saya masih berasa kesal. Apatah lagi saya ketika itu belum punya pengalaman dan keberanian yang luas dan tinggi menyababkan saya sedikit gugup berbicara dan tidak mampu untuk menarik orang ramai dengan baik. Saya berkira-kira, sepatutnya saya menjadi medan perangkap samar saya itu sebagai satu gelanggang dakwah yang bakal membuka mata mereka. Itu sepatutnya yang saya lakukan.
Sepatutnya saya menceritakan apakah dan bagaimanakah cara menjelmakan kasih dan sayang kita kepada pasangan hidup kita, supaya dengan itu dapat membuka mata yang mendengar dan mengusik jiwa mereka dengan getaran keimanan. Boleh jadi jawapan dan ulasan yang patut saya berikan adalah seperti di bawah:
"Terima kasih kepada tuan moderator yang tampak bersemangat pada malam ini. Saya beranggapan tuan moderator lebih arif daripada saya dalam hal ini kerana tuan moderator pastinya memiliki seorang isteri yang baik, cantik dan penyayang. kalau tidak tuan moderator nampak ceria dan bahagia.
Jika saya diberikan peluang untuk berkasih dan bercinta, saya akan gnakan kasih dan cinta saya terhadap si dia dengan cara yang paling menarik. Pertama, saya akan berusaha untuk menjadi orang yang terbaik kerana mengikut konsep yang saya fahami adalah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Sifirnya mudah sekali, saya menjadi baik, maka saya mendapat yang baik.
Kedua, saya berusaha menjadikan teman wanita yang saya kasihi itu sebagai muslimah dan wanita yang baik. Caranya mudah, saya tidak membuang masanya dengan bercouple dengan saya, saya tidak akan mengambil kesempatan ke atas dirinya walau memegang tangan, saya akan menghadiahi buku-buku ilmiah dan agama, sms saya terhadap dia sebagai satu sms perkongsian ilmu dan peringatan terhadap kehidupan dunia yang sempit dan sementara. Dan saya akan tekankan kepada si dia, bahawa saya memilih dia bukan untuk kehidupan dunia semata-mata, tetapi saya memilih si dia kerana Allah dan untuk kehidupan akhirat.
Ketiga, saya tidak akan berjumpa dengan dia untuk melepaskan rindu dan sebagainya. Saya akan menanam perasaan malu untuk berjumpa, malah untuk menegur pun tidak. Saya juga akan tanam perasaan malu walau untuk menyebut namanya sekalipun seorang diri. Apabila kami jarang berjumpa dan tidak bersama, maka kerinduan itu akan bertambah dan memuncak, dan segalanya akan diluahkan semasa hari perkahwinan yang kami nanti-nantikan.
Keempat, saya akan menegur salahnya dan membuka peluang untuk ditegur. Saya tidak akan bersikap angkuh untuk tidak mahu menerima teguran dari seorang perempuan kerana mereka pun ada nilai. Budaya tegur-mengur adalah budaya pembaik pulih yang dianjurkan dalam Islam. Bukan begitu tuan moderator?
Seterusnya, saya tidak akan bersikap memilih kasih walau dia merupakan seornag yang sangat istimewa bagi saya. Saya akan berpegang dengan konsep nubuwah, sekiranya Fatimah sendiri yang mencuri, maka akan kupotong tangannya, sabda nabi dengan tegas. Saya juga akan jadi begitu, tidak kira sama ada dia merupakan seorang yang sangat rapat di hati atau tidak, yang penting, nilai kebenaran mesti ditegakkan.
Keenam, dan merupakan yang terakhir. Sebenarnya terlalu untuk saya kongsi tetapi kita masih tiga panel yang akan mengupas isu cinta kampus ini. jadi saya cuba meringkaskannya. Tindakan saya yang seterusnya, saya akan sentiasa mendoakannya agar dia menjadi wanita yang beriman dan dekat dengan Allah, sentiasa rajin menuntut ilmu dan yang paling penitng, menjadi bakal suri dalam hidup saya yang sentiasa menunjangi saya dengan nasihat-nasihat dan sokongan-sokongan dengan berpaksikan nilai taqarrub dan tawadhu'. Inilah apa yang akan saya jelmakan kepada teman wanita saya dalam membentuk satu jalinan kasih yang terpandu. Anda pula bagaimana? Saya serahkan semula kepada tuan moderator, terima kasih".
Sahabat-sahabat pengunjung blog saya yang dikasihi, saya sangat menganjurkan anda mencari teman hidup yang solehah dan sesuai dengan anda. Dan tolong jangan bazirkan masanya untuk anda, tetapi pesani dia, agar 'membazirkan' masa untuk Allah dan untuk menegakkan agama Allah. Bagi saya, bercinta dengan saya sangat mudah. Sekiranya anda merasakan saya menjauhkan diri anda daripada Allah, maka saya rela ditinggalkan. Kerana saya ingin ingatkan kepada yang bercinta, jangan letakkan diri kita sebagai orang yang perlukan perhatian dan kasih sepenuhnya daripada si dia, kerana yang terpenting adalah biarlah si dia mengasihi Allah dan Muhammad melebihi segala-galanya. Siapalah kita untuk telalu dikasihi, walhal kita sendiri pun bukanlah 'kasihkan' Allah sangat pun.
Kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas kematian. Andai anda bercinta dan kemaruk dengannya, maka perhatikan, adakah anda masih mampu meneruskan ekspedisi cinta anda hingga ke alam selepas kematian? Adakah si dia mampu mengingatkan kepada anda tentang indahnya syurga dan dahsyatnya neraka? Sekiranya si dia hanya asyik berbicara tentang rindu, cinta, dan kasih tidak habis-habis, dipanggil pula nama timang-timangan sebagai sayang dan lain-lain, maka ketahuilah bahawa itu bukan teman kalian yang baik.
Biar saya berbicara dengan anda bagaimana bentuk sms yang dikirimkan oleh teman yang berhati mulia:
"Slm. Saya hanya ingin ingatkan, jangan lupa baca al-Quran, krn ia kata-kata Tuhan kita. Kata2 Tuhan kita, jauh lbh indah berbanding ayat2 msg sy. p/s:Tdk perlu reply"
"Tlg doakan sy, spya dosa sy diampuni Ilah"
"Saya sering mendokan sedari, agar sentiasa rajin belajar, bukannya rajin ber'sms' dgn sy. rajin membaca buku, bkn tidur di atas buku"
Atau mungkin ada ayat yang manis kita gunakan untuk menegur si dia, sebagai contoh:
"Sedari nampak sangat rajin. Saya rasa sangat senang hati" (untuk menegur yang pemalas)
"Ramai memuji sedara sbg orang yang suka menolong dan ringan tulang. Kt mrka, mrka sgt gmbira dpt kwn spt sedara" (untuk yang berat tulang)
"Sy tdk menipu, sedari orang pertama mencuit ht sy krn sentiasa bertolak ansur dan bersikap pemaaf" (untuk yang keras hati)
Saya mengingatkan diri saya dan lain-lain, berkawan biar berpada-pada, jangan samapi pengajian tergadai. Biarlah akhirnya anda berkawan kerana ingin berkahwin, bukan berkawan untuk mempermain-mainkan. Jangan bersikap terlalu memilih rupa, kerana yang tegang akan berkedut. Pilihlah yang beragama, berakhlak dan berilmu, kerana yang sempit akan lapang.
Kaya bukan bermaksud banyak harta, tetapi kaya bermaksud kaya jiwa. Miskin bukan bererti tiada harta, tetapi miskin bermaksud kontang ilmu dan cetek jiwa. Beribadatlah, berzikirlah, berdoalah, banyakkan bersyukur, dan jadikan persahabatn dan perkahwinan anda sebagai satu cara menegakkan Islam dalam jiwa, sekaligus tertegaklah di tanah air.
"Tuhan, berilah kami isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata, dan jadilah kami pemimpin bagi yang bertaqwa.
(tulisan saya yang seterusnya insya Allah bertajuk bagaimana menyambut valentine day menurut perspektif dakwah semasa)
1 Cadangan/Pandangan:
ustaz dzul..terasa macam anda sudah berkahwin pula..konfius ni..hehe
-Kumbang API-
Catat Ulasan