Orang bertanya, apa pentingnya IBU,
Saya menjawab, IBU orang yang paling memahami kita..
(BAKTI YANG TERBAIK DARI SEORANG ANAK TERHADAP IBU ADALAH BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN IBUNYA DAPAT MASUK KE SYURGA)
Orang bertanya, apa pentingnya AYAH,
Saya menjawab, AYAH yang menyuap kita..
(HARAM KE SYURGA BAGI YANG DERHAKA KEPADA IBU DAN MENJADI KAFIR BARANGSIAPA YANG MENDERHAKA KEPADA AYAH)
Orang bertanya, apa pentingnya ABANG,
Saya menjawab, ABANG yang melindungi kita..
(BUKAN KALANGAN KAMI BARANGSIAPA YANG TIDAK MENGASIHI YANG MUDA DAN TIDAK MENGHORMATI YANG TUA)
Orang bertanya, apa pentingnya KAKAK,
Saya menjawab, KAKAK menyayangi kita..
(DAN BERPEGANGLAH KAMU KEPADA TALI TEMALI ALLAH)
Orang bertanya, apa pentingnya ADIK,
Saya menjawab, ADIK tempat kita bergurau senda..
(JANGAN HANYA MELIHAT ADIK ANDA TENGGELAM DALAM LEMBAH KESERONOKAN SEDANGKAN ANDA TIDAK BERUSAHA UNTUK MENTARBIAH MEREKA)
Orang bertanya, apa pentingnya SUAMI,
Saya menjawab, SUAMI bertanggungjawab untuk mendidik..
(SUAMI YANG BAIK ADALAH SEDIA MENDENGAR NASIHAT ISTERINYA DAN BUKANNYA MEMBANGGAKAN DIRI DI SAMPING MEMILIKI PERASAAN CEMBURU YANG SEADANYA)
Orang bertanya, apa pentingnya ISTERI,
Saya menjawab, ISTERI menyempurnakan hidup kita..
(KATA NABI: SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH YANG PALING BAIK TERHADAP ISTERI DAN AKU MERUPAKAN ORANG YANG PALING BAIK TERHADAP ISTERI)
Orang bertanya, apa pentingnya ILMU,
Saya menjawab, ILMU menjadi benteng kepada kita..
(ORANG BERILMU MESTI MEMIMPIN YANG JAHIL DENGAN CARA YANG 'BERILMU' JUGA)
Orang bertanya, apa pentingnya BERANI,
Saya menjawab, BERANI asas kepada perjuangan..
(BERANI ITU BUKAN BERMAKSUD LANGSUNG TIADA PERASAAN TAKUT TETAPI BERANI ADALAH TIDAK MENUNJUKKAN KEDUT-KEDUT KETAKUTAN DI DAHI)
Orang bertanya, apa pentingnya SAHABAT,
Saya menjawab, SAHABAT peneman kita di kala susah dan senang..
(SAHABAT YANG MULIA ADALAH YANG MELEBIHKAN SAHABATNYA BERBANDING DIRI SENDIRI)
Orang bertanya, apa pentingnya BLOG,
Saya menjawab, BLOG tempat berdakwah dan meluah citra..
(HEHE,..ANA PULA MERAPU JE DALAM BLOG NI)
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan