"Itulah Nazree, Timbalan Presiden PMA Nilam Puri," ujar Kamarul kepadaku sambil menunjukkan jarinya kepada seorang yang berserban. ketika itu kami berada di Masjid Kampung Laut (MKL), baru sahaja mengerjakan solat Fardhu Zohor. "Oh, nampak macam budak-budak sekolah menengah je," bisik aku tanpa menyedari raut wajahku yang juga seperti pelajar sekolah menengah.
Nazree merupakan seorang yang berkarismatik serta berjiwa besar. Beliau juga merupakan seorang pemidato yang baik dan iras-iras Anwar Ibrahim. Saya kurang pasti sama ada beliau yang meniru gaya Anwar ataupun Anwar yang menirunya. Beliau juga seorang yang berperwatakan lembut dan disenangi ramai. Cumanya, aku sahaja yang tidak berani mendekati beliau memandangkan beliau merupakan pimpinan tertinggi ketika itu.
Aku kira, kami mula agak rapat apabila beliau meminta aku untuk mengejutkannya setiap pagi untuk qiamullail. Aku memahami, menjadi pimpinan, dengan bebanan kerja yang banyak di samping assignment, pastinya orang seperti beliau akan keletihan. Maka sejak hari itu, aku pasti akan mengejutkannya setiap pagi untuk bertahajjud, ataupun sekurang-kurangnya untuk Subuh berjemaah di MKL. Hubungan kami terbina atas dasar rabbaniyah, bukannya suka-suka.
Nazree sebaya sahaja dengan aku, malah dari sudut tarikh kelahiran, aku terlebih dahulu dilahirkan di dunia ini. Namun aku diajar menghormati orang yang lebih senior serta mengasihi mereka. Bukan sahaja Nazree, malah aku turut menghormati yang lain dengan sepenuh perasaan aku. Pernah satu ketika, Nazree menggantikan Ustaz Fadzil yang merupakan Presiden PMA untuk menyampaikan kuliah Maghrib mingguan di MKL. Beliau menyebut nama aku beberapa kali sebagai contoh. Ini menyebabkan aku semakin terasa dekat dengan beliau. Malah pernah aku menjemput beliau untuk menyampaikan kuliah Subuh di sekolah lama dan beliau singgah di rumahku pada pagi itu.
Apabila aku menjejakkan kaki ke KL, Nazree adalah antara orang yang membimbing aku khususnya dari sudut Siasah. Beliau yang ketika itu mengepalai Briged untuk jentera PRK sangat bersemangat untuk memastikan kemenangan jatuh di tangan Gagasan yang kini lebih dikenali sebagai Pro-Mahasiswa. Nazree sangat tenang orangnya dan bersifat negiotate, berlainan dengan aku yang agak gopoh-gapah. Beliau malah dilantik menjadi Presiden Permanis iaitu Persatuan Anak-anak Negeri Sembilan selain menjadi Presiden SUKSIS. Hal ini memberikan satu saham yang cukup tinggi untuk beliau untuk menjawat jawatan yang sangat penting iaitu Yang Dipertua PMIUM.
Menjadi YDP PMIUM adalah satu cabaran yang besar. Nazree yang mempunyai skop pandangan yang lain meskipun aku tidak nafikan perbezaan pendapat antara kami lebih membawa PIM sebagai satu persatuan yang bersifat damai dan sejahtera. Ijtihad dan keberanian beliau untuk mengalih gaya pembawaan PMI adalah sangat mengagumkan sehingga ketika itu pihak pentadbir mula memberikan banyak ruang dan peluang kepada kami.
Ia berbeza sama sekali dengan zaman Hanif yang bersifat menyerang dan menyerang. Jika di Zaman Hanif, laungan Student Power sangat menyengat, namun pada zaman Nazree, tradisi watch-dog itu sedikit terhakis dan digantikan dengan kekuatan slogan Unggul Bersama Islam dan perjuangan Lima Agenda atau Lima Budaya PMI. Aku yang ketika itu dilantik sebagai SU Sulit Nazree berusaha untuk memastikan agenda tersebut diresapi oleh warga kampus.
Peribadi dan karismatik Nazree sangat terserlah. Beliau seorang pemidato bukannya seorang pengkuliah atau penceramah. Beliau seorang yang damai dan bersabar bukannya menyerang. Beliau membina hubungan bukannya meruntuhkan. Beliau mencari kawan bukannya lawan. Peribadi inilah yang menyebabkan ramai pihak menyenangi beliau termasuklah NC sendiri. Nazree juga mempunyai pendangan tersendiri yang agak lain daripada yang lain.
Karekterisik Nazree terserlah melalui ketenangan dan keunggulan beliau semasa menyampaikan pidato semasa Perhimpunan Tentang Isu-isu Palestin. Afendi Omar yang merupakan YDP MPMUM ketika itu tenggelam di sebalik ketenangan beliau. Hal inilah yang menyebabkan Nazree, seorang yang disenangi kawan mahupun lawan.
Atas kapasiti sebeginilah Nazree dilantik sebagai Timb Presiden Gamis dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Malah sebenarnya beliau pernah bertanding dalam PRK dan menjadi wakil Fakulti APIUM setelah mencapai kemenangan. Suaranya kian kedengaran dan cukup gah ketika itu.
Aku sangat menyenangi Nazree. Perbezaan pendapat antara kami langsung tidak menjejaskan hubungan baik kami. Seorang yang putih kuning langsat, ada rupa yang elok, kadang-kadang sangat serius dan kadang-kadang periang, ia sangat menyenangkan.
Hari itu, aku mendapati ada satu kad jemputan kahwin dalam bilik Alan. Aku terkejut mendapati nama Nazree terpampang di depan kad tersebut. Alhamdulillah, aku langsung tidak sangka akhirnya beliau akan kahwin dalam usia semuda ini. Kegembiraan aku memang tidak dapat digambarkan, terus kuhubungi beliau mengucapkan tahniah. Nazree, memang beruntung orang yang dapat menumpang tuah hidup bersama beliau.
Berkahwin awal di usia yang muda, aku yakin perkahwinan itu akan lebih mematangkan beliau dalam mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba itu. Ia dapat mengelakkan diri daripada fitnah dan aku sendiri sangat bersyukur di atas perkahwinan itu. Moga-moga perkahwinan itu kelak melahirkan zuriat yang beriman kepada Allah dan mencontohi bapa mereka.
Siapakah muslimah yang bertuah itu? Erm, ...
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
6 Cadangan/Pandangan:
salam ya ustadz...erm baca tajukpostimg ustadz..ana ingat yang bernama Nazree itu sudah lama penantiannya...rupa2nya seusia ustadz...huhu...moga kita sama2 mendapat isteri yang solehah..
Tahniah Saudara nazree, Teruskan perjuangan
Semoga perkahwinan saudara bakal menyerlahkan gaya kepimpinan
Assalamualaikum,
Salam Hormat buat teman-teman seperjuangan.
Semuanya dijemput hadir ke Walimah saya sendiri dan bakal isteri di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, N. Sembilan pada 12 April 2008, Sabtu, 11 pagi-3ptg.
Semoga kehadiran teman-teman membawa seribu satu makna dan keberkatan atas pembinaan rumah tangga yang saya kira tujuannya adalah untuk perjuangan agama, bangsa dan negara.
Buat teman-teman, pertemuan kita yang sebenarnya adalah lebih penting pada majlis ini untuk saya perkenalkan dengan bakal isteri yang bakal bersama untuk kita teruskan agenda pembangunan ummah.
Diharap kefahaman dan iltizam teman-teman terus segar dalam bergerak untuk mencapai kematangan dalam tarbiyah dan dakwah menerusi ketajaman siasahnya.
Terima kasih buat teman-teman yang pernah bersama termasuk penulis yang juga saya kenali sebagai sahabat yang banyak membantu. Terima kasih atas ilmu, pandangan dan kebersamaan khas buat teman-teman seluruhnya yang ternyata kuat iltizam dan idealismenya untuk terus berfikir dan merencana.
Usah tumpulkan perjuangan kalian dengan hambatan kekangan diri. Ayuh bawa teman baru, kelompok baru dan pejuang baru dalam landskap perjuangan kita. Batasi perjuangan dengan ilmu, iman dan kefahaman. Biarkan jauh emosi daripada menghakimi arah penujuan kita. Maka satu pesanan buat teman, AYUH KITA BERSAMA LAKARKAN ARAH PENUJUAN BANGSA!
Salam Hormat buat teman-teman seperjuangan!
Mohd Nazree Mohd Yunus
Tahniah nazree
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan
salam
apa khabar nazree?
lama tak dengar cerita. apapun tahniah atas perkhawinan saudara.
kami di UKM mendoakan kejayaan perjuangan dan kepimpinan saudara.
Insyaallah, kami akan kesana bagi meraikan majlis. mesti seronok dapat berjumpa rakan aktivis mahasiswa yang saya rasa akan hadir beramai-ramai ke majlis saudara.
Jika lapang masa, jemput datang jenguk-jenguk kami di UKM
salam perjuangan saudara nazree..
segala-gala sudah diatur Dia Maha Perkasa.. Tahniah kerana zaman bujang saudara bakal berakhir.. ambo redha walaupun saudara langkah bendul ambo..hehe.. kebetulan pula ada kursus HPA hari tu.. ish ingat nak p dah.. lgpun lama dah tdk berkunjung ke Somban yg penuh nostalgia.. emm.. terimbau pula kenangan pertama kali bertemu di SMAP Labu semasa saudara berkempen buku Bahasa Arab Ustaz Rosdi..
Selamat Pengantin Baru ya akhi.. (",)
Catat Ulasan