Ahad, 23 Mac 2008

SEDARLAH, KITA HANYA HAMBA


Pintu untuk melakukan kebaikan ini terlalu banyak, apatah lagi memang sunnah kebaikan itu sendiri banyak rencam dan ragamnya. Ada yang tabiatnya gemar sekali mengosongkan perut dengan melazimi puasa dalam usaha mengekang keganasan nafsu yang menjalar. Ada pula suka beramal dengan sedekah lalu berusaha menyembunyikan apa yang disedekahkan tangan kanan sehingga tangan kiri tidak mengetahui. Ada pula yang memilih jalan jihad dalam memurnikan agama Allah lalu mereka berkorban segenap jiwa raga mereka.

Atas dasar rencah-rencah itu banyak, lalu para sahabat terasa ngilu dalam memilih apakah yang terbaik perlu mereka lakukan, sekaligus merangkumi keseluruhan kebaikan. Nabi menjelaskan kepada mereka,

“Sentiasalah lidah kalian terikat dengan zikir kepada Allah”

Zikir kepada Allah banyak. Nyatanya orang yang sentiasa basah bibirnya kerana kerap dan acap berzikir adalah orang yang tenggelam dan mabuk dalam permainan cinta dengan Allah. Jiwanya dibakar api kerinduan sehingga segala-galanya dilakukan untuk kekasih yang dirindui walau terpaksa mengharungi lautan berapi.

Berzikir merupakan tanda kebergantungan kepada Tuhan yang menjadikan kita. Yang menjadikan kita itu pastinya amat sayang dan cinta kepada orang yang sentiasa menyebut-nyebut nama-Nya. Sebagaimana apabila kita berkasih atau bersahabat, pasti teman kita berasa senang bersahabat dengan kita jika kita sentiasa memuji-mujinya.

Tasbih bermakna memuji-muji kesempurnaan Allah dan membersihkan-Nya daripada segala yang bahan tercemar. Allah adalah tempat bergantung semua makhluk dan tiada kuasa yang setanding dengan-Nya. Tahmid pula bererti kita mensyukuri segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita manakala Takbir adalah membesarkan Allah dan nyatanya Allah adalah zat yang Maha Besar.

Lalu lisan orang yang beriman kepada Allah berkata: SubhanaLlah, sebanyak bilangan di langit, SubhanaLlah, sebanyak bilangan di bumi, SubhanaLlah, sebanyak bilangan apa antara langit dan bumi, SubhanaLlah, sebanyak bilangan apa Dia cipta.

AlhamduliLlah, sebanyak bilangan di langit, AlhamduliLlah, sebanyak bilangan di bumi, AlhamduliLlah, sebanyak bilangan apa antara langit dan bumi, AlhamduliLlah, sebanyak bilangan apa Dia cipta.

Laa ila ha illaLlah, sebanyak bilangan di langit, Laa ila ha illaLlah, sebanyak bilangan di bumi, Laa ila ha illaLlah, sebanyak bilangan apa antara langit dan bumi, Laa ila ha illaLlah, sebanyak bilangan apa Dia cipta.

Allahu Akbar, sebanyak bilangan di langit, Allahu Akbar, sebanyak bilangan di bumi, Allahu Akbar, sebanyak bilangan apa antara langit dan bumi, Allahu Akbar, sebanyak bilangan apa Dia cipta.

Laa hawla wala quwwata illa biLlah al-’Aliyy al-’Azim, sebanyak bilangan di langit, Laa hawla wala quwwata illa biLlah al-’Aliyy al-’Azim, sebanyak bilangan di bumi, Laa hawla wala quwwata illa biLlah al-’Aliyy al-’Azim, sebanyak bilangan apa antara langit dan bumi, Laa hawla wala quwwata illa biLlah al-’Aliyy al-’Azim, sebanyak bilangan apa Dia cipta.
Kita mengambil kira pengajaran daripada hadis nabi. Sekurang-kurang kita bertasbih, bertahmid dan bertakbir 10 kali selepas mengerjakan solat Fardhu setiap waktu. Di saat itu, zikir sebegini lebih baik berbanding membaca al-Quran kerana ia berdasarkan sunnah yang suci.

Manakala ketika tidur, maka dibaca Tasbih dan Tahmid masing-masing 33 kali manakala takbir 34 kali. Orang yang tidak biasa akan berasa beratnya. Orang yang tidak biasa tidak akan berasa lazatnya. Bagi orang yang biasa pula, lazatnya mencengkam dan apabila ditinggalkan, jiwa menjadi kosong.

Bukankah baik kalau seorang pemain bola mengucapkan syukur AlhamduliLlah di saat ia berjaya menjaringkan gol atau ketika berjaya menyelamatkan gawang mereka daripada dibolosi. Kesyukuran itu kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan kita kekuatan dan kelebihan yang sebenarnya milik Allah dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Seorang BLOGGER mesti sentiasa memuji-muji Allah dan memohon pertolongan daripada Allah supaya menjadikan blog kepunyaan mereka akan menjadi satu bahan ilmu yang berterusan untuk dibawa bekal dalam kubur kelak. Maka semestinya saya sangat mensyukuri nikmat Allah yang telah memperkenalkan saya dengan ramai sahabat baru dalam ruangan HIWAR dalam blog saya. AWAN, ANA, BAD, REDHASHA, MARANG, HIGH WAY, AFZANURRAHMAN, dan ramai lagi merupakan sahabat-sahabat maya yang tidak saya kenali tetapi dipertemukan Allah atas dasar satu kecintaan terhadap agama.

Kita membina blog bukan untuk berebut-rebut menjadi blogger yang paling diminati dan disebut-sebut. Kita bermain bola atau badminton dan catur sekalipun bukannya untuk mencapai kemenangan semata-mata. Begitu juga kita berukhuwah bukan hanya untuk mengambil kesempatan.

Kita melakukan semua itu atas dasar rabbaniyah. Mensyukuri nikmat Allah, menjaga jasad tubuh badan yang dipinjamkan Allah dengan bersukan, atau mengasah kebijaksanaan akal dengan bermain catur. Membina blog dengan tujuan untuk memberikan sedikit kesedaran dalam pelbagai bentuk dan rupa dalam usaha mendaulatkan Islam. JANGAN JADI SEPERTI SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN SEKARANG YANG MELAHIRKAN ILMUAN TETAPI TIDAK MELAHIRKAN ORANG YANG KHUSYU’ DAN TIDAK MENGALIRKAN AIR MATA sebagaimana dikritik Sir Iqbal.

Merendah diri, tawadhu’, sesungguhnya kita tidak punya apa-apa melainkan semuanya adalah milik Allah jua...

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

ana teringat kata2 seorang sahabat baik ana, ustaz Mohd Firdaus namanya.pada suatu hari selepas meeting post-morterm Pembantu Minggu Haluan, dia mengambil masa seminit dua untuk respon pada setiap pujian yang diterima beliau. Dia seorang yang kurang gemar bercakap sebenarnya, sikapnya yang pendiam dan sangat berhemah apabila menegur, menampakkan kredibiliti beliau sebagai seirang pemuda yang sangat dihormati. Taklifan yang diberi pada beliau selaku pengarah MHS, digunakan sebaiknya untuk mendekati mad'u.

katanya " terima kasih atas pujian sahabat2.Saya sebenarnya sangat takut dengan puji2an tersebut. Ini kerana saya sering mengingatkan diri saya betapa berhati-hatilah dengan penyakit hati.Tahukah sahabat, antara penyakit hati syirik kecil ialah riak?penyakit ini sangat halus sehinggaada satu hadith mengumpamakan ia umpama kita melihat semut hitam kecil berjalan di atas batu, di waktu malam yang pekat. kita tidakkan sedar jika kita terleka..."kemudian beliau tunduk. Wajah jernih beliau yang menampakkan kesan cahaya wudhu' mula merah..suaranya mula bergetar perlahan..

Ana pernah terdengar bahawa adik angkat beliau pernah menceritakan bahawa dia sering sekali bngun bertahajjud dan wajahnya sentiasa basah dengan air mata apabila memuhasabah diri setiap kali selepas solat.

Seorang sangat popular, malah digelar imam muda pusat Islam kerana sering manjadi Imam,dikurniakan juga wajah yang tampan persis pelakon terkenal indonesia nicholas saputra, tidak pernah dijadikan beliau sebagai satu batu loncatan untuk beliau memanipulasi untk memperoleh faedah dunia.mungkin ini dikatakan tawadhu"

beliau juga pernha menasihati ana agar sentiasalah muhasabah diri dan jaga emosi.katanya, "siti, kadangkala kita sering membuat kerja suka hati kita kerana kita sering berpandangan, biarlah apa orang nak kata tentang kita asalkan ALlah memahami,tapi kita lupa kadang2 pandangan manusia pada kita itu , adalah salah satu pandangan ALlah jua. Kadang2 kritikan manusia pada kita juga merupakan teguran dari ALLah....perhatian setiap hikmah, siti.."

kata-kata itu berbekas di jiwa ana.ana sangat takut seandainya ana tidak mampu lagi menangis di tikar sejadah,mengamati tirai dosa lalu kerana sudah kering hatinya...

"Ya Tuhanku..,jgnlah Kau palingkan hati hambaMu ini sesudah Kau memberi petunjuk.sesungguhnya aku lemah tanpaMu.maafkan ku buat sekian kalinya diatas kemungkiran janjiku padamu kerana kelekaan dan sifat pelupaku..Ya rahman...bantulah hambaMu ini menjadi lebih kuat"

moga sahabt baik saya, ustaz mohd firdaus, yang mengajar erti tawadhu' ini bahagia dunia dan akhirat.moga beliau berjaya membina keluarga sakinah dengan tunang beliau.ana doakan =)

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE