Ahad, 23 Mac 2008

ALLAH PASTI MENOLONG


Saya ada menyampaikan satu kuliah Maghrib di Terengganu satu ketika. Semasa itu, PRU ke-12 belum bermula, cuma bahananya kian terasa hangatnya. Lalu saya memilih untuk menyampaikan kuliah yang menceritakan janji-janji kemenangan yang telah ditaburkan oleh Allah sejak lama dahulu. Saya bertujuan tidak lain da tidak bukan adalah untuk memberikan motivasi kepada petugas-petugas gerakan Islam agar mereka bersemangat dan tidak berasa lemah untuk mendokong panji-panji kebenaran Ilahi.

Ramai juga yang hadar malam itu. Saya bermuda dengan perlahan sebelum volumenya semakin naik sedikit demi sedikit. Saya menceritakan kemenangan Sultan Muhammad al-Fateh, kemenangan di Sepanyol satu ketika, PUlau Sicily di Selatan Italy dan juga pembukaan Cordova. Kelihatan mereka bersemangat mendengar kuliah saya dan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya. Ada yang mengangguk dengan wajah yang serius, ada yang kelihatan geram ingin melaungkan takbir. Ada juga yang menggeleng-geleng, barangkali memikirkan nasib umat Islam masa sekarang.

Setelah saya menyudahkan kuliah, saya diberi penghormatan untuk mengimami mereka. Kemudian saya berdoa sedikit panjang, antaranya doa untuk memberikan kemenangan kepada Islam. Mereka mengaminkan doa dengan segenap jiwa mereka. Kelihatannya, jiwa sangat membara.

Selepas itu, beberapa orang datang berkenalan dengan saya. Mereka ingin menjemput saya ke tempat mereka bagi memberikan motivasi kepada pemuda-pemuda, namun masa sangat menghimpit kerana saya terpaksa pulang ke Kelantan esoknya. Raut wajah mereka tampak kecewa, dan saya berasa sangat berat hati untuk membiarkan mereka begitu.

Saya katakan, kemenangan Islam itu pasti kerana Allah pernah berkata: ”Katakanlah, kebenaran itu pasti akan datang dan akan hapuslah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan hapus”. Malah dalam ayat yang lain Allah berjanji akan membantu hamba-Nya yang berjuang dalam landasan Rabbani dengan katanya: ”Sudah menjadi tanggungjawab Allah untuk membantu orang mukmin”. Malah banyak hadis nabi yang menceritakan kemenangan Islam.

Baru-baru ini saya dijemput oleh beberapa pemuda yang cintakan Islam untuk memberikan pengisian secara tertutup kepada mereka. Mereka sangat dahagakan pengisian untuk mengisi jiwa mereka yang sentiasa berkobar-kobar untuk membangkitkan kekuatan dan kekuasaan Islam. Islam sepatutnya memerintah bukan Islam diperintah sebagaimana yang berlaku sekarang.

Saya memulakan perbincangan dengan menulis beberapa hadis nabi di papan putih yang tersedia. Antara hadis yang saya catat, bunyinya: ”Sesungguhnya Allah akan mengutuskan mujaddid pada tiap 100 kurun untuk memperbaharui urusan agaman-Nya”. Saya mendedahkan beberapa nama mujaddid yang telah muncul dalam sejarah Islam. Umar Abd Aziz dalam pemerintahan, al-Syafei dalam ilmu fiqh, Hassan al-Banna dalam gerakan dan juga al-Qaradhawi.

Saya juga mendedahkan pandangan beberapa ulama khususnya al-Qaradhawi yang berpendapat mujaddid tidak semestinya seorang malah mungkin dalam bentuk pertubuhan atau persatuan. Mungkin juga terdapat banyak mujaddid kecil yang membantu mengukuhkan mujaddid yang utama. Mungkin Persatuan Mahasiswa Islam mujaddid di UM, Refah di Turkey dan Hamas di Palestin. Ini satu kemungkinan yang boleh kita perhalusi.

Pemuda-pemuda di hadapan saya jadi teruja. Suasananya kian hangat, dan saya sendiri juga begitu. Setipa zaman ada tokohnya, maka saya tidak akan terlepas untuk juga menjadi tokoh dan membawa angin perubahan dalam Islam, sebaris dengan pejuang yang lain. Kelihatannya mereka berpuas hati dan saya berharap ia merupakan satu saham yang bakal saya persembahkan di hadapan Allah kelak.

Saya mempunyai pandangan, betapa Islam tidak akan bangkit melainkan di tangan pemuda yang rajin beribadah dan mempunyai daya kekreativiti yang tinggi di samping semangat yang terpandu. Rujuk dan beleklah dalam sirah nabi, bagaimana nabi membina suasana beribadah yang unggul pada zaman baginda. Apabila bersolat, seolah-olah mereka bagaikan pokok yang tetap tidak bergerak. Sehingga gambaran yang unggul ini disebut oleh tentera Romawi yang pernah menjadi tawanan Islam, ”Mereka jarang berbicara kerana zikir menjadi hiasan bibir mereka. Mereka singa di siang hari namun pada malamnya mereka ibarat sang abid yang warak lagi soleh”.

Masa berbicara mereka kurangkan, zikir mereka banyakkan.malah, ketika menghadapi peperangan sengit sekalipun, mereka tetap berzikir kerana ini suri taulan rabbani. ”Wahai orang beriman, apabila kamu berhadapan dengan musuh dalam medan peperangan, maka tetaplah pendirian kamu dan banyakkanlah zikir, moga-moga kamu termasuk dalam golongan yang beruntung”.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar...

Bukannya lafaz takbir dilaungkan lalu disahut dengan gelak tawa sebagaimana berlaku sekarang. Kita bertakbir untuk berseronok, mereka bertakbir kerana membesarkan Allah. Saya tidak pasti, apakah terbit jiwa kekaguman terhadap Allah apabila kita bertakbir. Jika terbit perasaan tersebut, kenapa dipermainkan dan kenapa disahut dengan gelak tawa? Kita memang berbeza sama sekali dengan generasi al-Quran bergerak tersebut.

Dan saya sentiasa dipanggil untuk memberikan pengisian kepada pemuda-pemuda yang cintakan agama Allah ini, sehingga saya tertanya-tanya: Aku yang menyampaikan ini, ahli syurga atau neraka?”

Moga-moga Allah Yang Maha Belas sudi mengampuni saya…

2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

cemburunya dengan suasana ni.kalau ana lelaki ana wajibkan diri ana join pemuda2 ni..erm..

mesti cari ilmu lagi.ana nak syahid jugak walaupun muslimah!waalupun seorang puteri, tapi bersemangat dan mampu bergerak kerja seperti seorang rijalullah
!!yup,nak jumpa srikandi2 mulia nanti, ibu2 perjuangan =)di akhirt kelak..

tapi kena sedia byk menangis di sini..erm....mmg pahit

rasa malu juga baca artikel ni.ana suka sgt byk ckp, fitrah perempuan kut.kena berubah.pejuang kena berubah sentiasa menjadi lebih baik.insyaAllah..

bersangka baiklah dengan ALLah selalu.ALLah maha baik dan lemah lembut tau...

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah merahmatimu. sukar untuk kutemu insan seperti kamu di dunia yang fana ini...

smalam ana ada clas dgn ust azlan zainal... bukan klas siasah islamiyyah, tp klas fisiologi organisma. smpt lg dia bercerita perihal polis dan tv3 ingin menemuramah beliau.

rasa kagum ini bakal menjadi pembakar semangat buat diri sepanjang jalan yang bakal dilalui.

esok ana final exam... kupohon pertolongan ya Rabbi, duhai sebaik-baik Penolong. smg ana masuk UM next year... insyaAllah.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE