Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bukan hanya untuk yang muslim, dan bukan hanya untuk yang bertudung labuh, atau yang berpakaian baik, atau berkopiah. Sebaliknya, Pmium adalah untuk semua dalam tujuan memberikan kesejahteraan tidak kira kepada ahli atau tidak.
PMIUM Untuk Semua? Ya, untuk anda, untuk yang bertudung, untuk yang tidak bertudung, untuk yang berkopiah juga yang terbuka kepalanya seperti saya, untuk yang mendalami ilmu agama dan ilmu sains, untuk yang suka bersukan dan yang gemar berhibur. Pmium tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk menjadi ahli kerana bagi Pmium, persatuan ini adalah untuk semua tanpa mengira bangsa.
Sejahtera ke jika kami menyertai Pmium? Ya, sudah pasti anda akan sejahtera. Kami memang tidak menjanjikan sebarang elaun, tetapi Allah sudah menjanjikan pahala buat sesiapa sahaja yang cuba memurnikan Islam sama ada dalam dirinya sendiri atau di tanah airnya dengan bergabung dalam satu wadah seperti Pmium.
Teka-teki siapa pengganti saya selepas ini mungkin bermain dalam minda sesetengah orang. Ia tidaklah terlalu sulit dan dinanti-nantikan seperti pengganti Menteri Besar Kelantan, tetapi pastinya ia merupakan satu persoalan.
Mungkin pengganti saya yang bakal dipilih dalam mesyuarat agung (AGM) seorang penggemar bola seperti saya atau yang bertangan baku untuk bermain badminton? Mungkin juga seorang yang gemar menulis atau yang handal berpidato. Mungkin juga seorang yang pendiam dan tak tersangka. Atau apakah pengganti saya kelak seorang yang periang juga dan berjiwa setiakawan.
Apapun, saya menyeru kepada semua yang mengunjungi blog saya untuk hadir ke muktamar atau AGM Pmium yang akan diadakan kalau tidak silap saya pada 29HB nanti. Ayuh, kita sama-sama bermuktamar dan berukhuwah.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
Nick Pollice memperkatakan lima tahap kepemimpinan yang boleh dijadikan neraca bagi menilai keberkesanan kepemimpinan kita antaranya:
l Pemimpin tahap satu, kepemimpinan berasaskan kedudukan.
Pada tahap ini, kita perlu tahu orang hanya mengikut kepemimpinan itu disebabkan terpaksa dan keadaan memaksa. Bermakna kepatuhan dituntut daripada pengikut secara disebabkan pemimpin berada di situ kerana dilantik pihak tertentu.
Memandangkan kerusi yang disandang dan dipegang, bukan disebabkan memiliki bakat kepemimpinan, maka jika ditolak kerusi itu, maka pemimpin berkenaan akan jatuh tersungkur.
Betapa ramai daripada manusia yang jika tidak memegang lagi sesuatu jawatan, orang tidak lagi datang mencari, bermakna hadirnya tidak dirasai, hilangnya juga tidak dirindu. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dilakukan jika kita berada pada tahap kepemimpinan ini.
l Pemimpin tahap dua, kepemimpinan berasaskan rasa hormat.
Orang bawahan sedia mengikut pemimpin itu disebabkan suka dan rela. Sikap ambil berat, memahami dan mampu melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain membina rasa hormat kepada pemimpin itu.
Tahap ini adalah asas kepada kepemimpinan sejati dan permulaan bagi pembinaan seseorang pemimpin. Seseorang yang berpotensi menjadi pemimpin yang baik semestinya memiliki syarat minimum ini.
l Pemimpin tahap tiga, kepemimpinan berasaskan hasil kerja.
Pada tahap ini, pemimpin sudah mempunyai pengikut kerana mereka sudah nampak hasil yang diperoleh. Keyakinan pengikut akan bertapak. Pencapaian diri yang diperoleh dan juga kecekalan hati pada pemimpin membuahkan barisan pengikut yang jelas tujuan dan matlamat ingin dicapai.
Pemimpin pada tahap ini akan dapat menambat hati pendukung untuk berdiri di belakangnya. Pengikut akan berbakti, berusaha dan bekerja dengan rasa senang dan gembira. Ia sudah tentu menguntungkan terutama jika suasana itu dapat diwujudkan dalam sesebuah organisasi.
l Pemimpin tahap empat, kepemimpinan berasaskan pembangunan manusia.
Jika pemimpin berjaya mencapai ke tahap ini, kita akan dapati pengikut sanggup melakukan apa saja dengan sepenuh jiwa raga. Pengikut sangat patuh, taat dan setia. Apatah lagi jika pemimpin itu dapat memupuk dan membentuk sekelompok manusia yang juga mempunyai bakat kepemimpinan, saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri pemimpin itu sendiri.
l Pemimpin tahap lima, kepemimpinan berasaskan bimbingan secara langsung (berperanan sebagai mentor).
Jika seseorang pemimpin itu berada pada tahap ini, ia dianggap berjaya kerana dirinya membekas di hati orang di sekelilingnya.
Kata-kata pemimpin itu sentiasa menjadi ikutan dan dirinya sentiasa dirujuk walaupun dia tidak lagi menduduki sesuatu kerusi, mahupun menyandang apa-apa jawatan dalam organisasi asalnya.
Pemimpin pada tahap ini adalah ‘role model’ dan amat disegani. Maka pada ketika ini, kehadiran diri pemimpin itu disenangi dan dihargai. Sebaliknya, tiadanya dia akan dirasa sebagai kehilangan dan amat dirindui.
Ia bertepatan dengan fakta hasil kajian yang diterbitkan dalam majalah Fortune. Hasil kajian itu mendapati ciri ketua yang paling berkesan adalah orang yang mahir dan mampu mendorong orang bawahannya.
Apakah yang akan lahir jika suasana ini dapat diacukan? Contohnya dalam dunia pendidikan, kita dapati guru atau pendidik mencapai tahap kepemimpinan begini sentiasa dikenang jasa oleh muridnya.
Bayangkan jika setiap daripada kita dapat mengerti dan bertindak sebagai pemimpin yang berjaya sampai ke puncak mercu yang akhir ini, akan mudahlah nanti segala urusan harian dalam institusi atau organisasi.
Begitu juga bagi mereka yang membabitkan diri dengan kerja secara berorganisasi, terutama dalam kerja dakwah dan proses mendidik jiwa manusia ke jalan Allah. Semuanya pasti akan dapat berjalan dengan licin dan teratur.
Bukannya mudah untuk sampai ke tahap ini. Sememangnya perlu pada persiapan diri, darjah kesabaran tinggi serta ketabahan yang kental.
"SELAMAT BERMUKTAMAR"
Catat Ulasan