Selasa, 22 April 2008

MAHU JADI MACAM BRUCE LEE


Sedikit sebanyak saya mengetahui tentang seni mempertahankan diri. Nama Bruce Lee lagenda kungfu, Datuk Meor pengasas Silat Gayung, General Cheng Hoi pengasas Taekwon-Do, Omar Din Mauju yang unggul dalam Silat Lincah, Ustaz Hanafi dengan Silat Cekak, Park Jung Tae, Cikgu Abdul Majid, dan ramai lagi tokoh handalan dalam dunia seni mempertahankan diri.

Setiap seni ada kelebihan tersendiri. Silat mementingkan seni pertahanan walaupun kemungkinan terdapat juga silat yang bersifat menyerang. Tomoi pula mementingkan kepada kekuatan fizikal dan sangat berbahaya bagi sesiapa yang cuba bertarung jarak dekat dengan pengamal tomoi. Taekwon-Dao pula mengutamakan gerakan kaki berbanding tangan dan ia sangat sesuai untuk pertarungan jarak jauh.

Bruce Lee sebagaimana pengamal kungfu yang lain mula mengasah bakatnya dalam seni Wing Chun, yang melatih kekuatan dan kepantasan tangan. Tangan yang kuat dan pantas amat menakutkan. Kemudian beliau telah mengadakan beberapa upgrade terhadap beberapa seni yang ada lalu mengasaskan satu seni yang baru iaitu Jeet Kune Do, yang sesuai untuk ahli seni bela diri sepeti beliau; yang bergerak pantas dan kuat.

Beberapa kawan saya mempelajari Silat Seni Gayung Malaysia. Mereka kelihatan sangat bertenaga dan berani. Beberapa orang pula mempelajari seni Taekwon-Do. Apabila mereka menendang, kaki mereka begitu tinggi ke atas, ia tampak kurang sesuai untuk golongan feminin.

Sebenarnya seni mempertahankan diri ini, adalah warisan kenabian juga. Suatu ketika, Rukanah mencabar nabi untuk bertarung, atau biasa kita sebut sebagai sparring. Dalam pertarungan tersebut, nabi SAW berjaya mengalahkan Rukanah dalam satu usaha dakwah baginda. Zubayr al-Awwam merupakan orang pertama menghunuskan pedang pada jalan Allah sedangkan ketika itu beliau sangat muda. Dalam seni, terdapat satu seni permainan pedang. Saya lupa namanya, kendo atau apa.

Ninjutsu adalah antara seni yang agak menarik. Pengamal Ninjutsu dilatih berlari cara kijang di dalam hutan yang penuh dengan akar-akar dan duri. Mereka diberi masa untuk berlari pantas. Silambam merupakan permainan kayu yang terkenal kalangan India. India juga terkenal dengan Kalari Payat. Mereka sangat kuat, sesuai dengan gaya kehidupan mereka. Melihat bangsa India dan Kalari Payat, saya terkenang Bilal bin Rabbah yang berjaya membunuh panglima handalam Arab iaitu Umayyah bin Khalaf, bekas tuannya. Sa’ad bin Muaz juga sahabat nabi berkulit hitam yang syahid dan bidadari berebut-rebut mendapatkan jenazahnya sehingga ada yang terselak kain.

Orang muda lebih tertarik kepada Capoera, seni mempertahankan diri yang berasal daripada Brasil, yang lebih kepada gaya-gaya menarik yang pelik. Mark Dacascos antara pelakon dan pengamal yang handal dalam Capoera. Seni yang pelbagai ini lahir hasil pemikiran yang kreatif dan kritis, gaya kehidupan berbeza dan daripada pelbagai tempat.

Orang Parsi suatu ketika, terkenal dengan gaya mengalahkan musuh sebelum bertarung dengan menggali parit. Anak al-Walid pula dilatih dengan kekuatan fizikal dan pemikiran strategis. Hamzah lebih kepada keberanian yang melampau, seperti pemain tomoy atau Muay Thai yang keras tulang dan ototnya. Saad bin Abi Waqqas pemanah tepat, Ali pemain pedang yang handal, Umar ahli gusti yang gagah, Abdullah bin Mas’ud meskipun kecil namun beliaulah pembunuh Abu Jahal, dan begitu juga dengan Ikrimah bin Abu Jahal.

Dalam seni mempertahankan diri, tiada istilah orang berbadan besar akan menang. Saya pernah melihat seorang berbadan kecil menjatuhkan yang berbadan besar dengan satu tendangan jumping back-kick yang menarik. Seorang yang biasa bertumbuk tetapi tidak terlatih dengan kesenian, berdarah hidung dengan satu satu tendangan bebas oleh pemain taekwon-do. Seorang pengamal silat mampu menghadapi beberapa orang yang mengepung dengannya. Tangan kosong bertembung dengan kapak dan pisau.

Ia perkara biasa. Khalid membunuh 5000 ribu tentera Romawi terlatih dalam perang Mu’tah.

Makanya, saya teringat dengan pesanan guru saya, belajar silat merupakan satu kepentingan yang tidak boleh diremehkan...

3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, memetik kata-kata umar, didiklah anak kamu seiring dengan zaman mereka.

Selain kemahiran pertahankan diri, kemahiran bermain alat senjata juga tidak harus dipandang enteng.Jika mampu, belajarlah menembak. Muslimat juga harus mencuba.

teringat pada keratan akhbar 4-5 hari lepas, sedangkan putera raja , Putera William dan Harry yang gemar berpoya-poya itu terus menerus dikerah supaya belajar kemahiran ketenteraan, apakah umat Islam masih tidak sedar lagi agenda jangkamasa panjang mereka?

Belia Islam dilalaikan dengan hiburan.Katanya jangan risau, dunia sudah aman, tidak perlu belajar bersenjata lagi kerana itu tingkah pengganas, sedangkan dalam diam-diam, belia yahudi, musuh-musuh Islam dimatangkan dengan kecerdasan fizikal dan kemahiran peperangan agar agenda, visi dan misi mereka yang akan terus cuba memadamkan sebuah kebangkitan nur Tuhan akan terus menyubur.

semakin besar tanggungjawab GAMIS semua.......

Wallahu'alam

Mahasiswa Kini on 5 Mei 2008 pada 12:35 PG berkata...

sila layari http://siswakini.blogspot.com

Mahasiswa Kini on 5 Mei 2008 pada 12:37 PG berkata...

kenp nak jadi orang lain kafir lak tu....ermmm cakap berapi-api tapi.........

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE