“Abang Ngah kenal ustaz Hasrizal? Adah dengar ceramah dia baru-baru ni. Best sangat”, seorang adik saya meluahkan kegembiraannya melalui alam maya sms beberapa hari lepas. Saya tersenyum. Semestinya saya mengenali ustaz Hasrizal dan pernah berbicara empat mata dengan beliau, Cuma mungkin beliau sudah lupakan saya yang kerdil ini.
Wardah, adik kedua saya, atau anak keempat dalam ranking kelahiran kami adik beradik. Selalu juga Sumaiyah mentertawakan tahi lalat manis yang tumbuh di tepi bibirnya dengan tujuan mengusik dan bergurau senda. Ala, takkan manis hidup adik beradik tanpa gurau senda yang menyenangkan. Beliau kini mengambil bidang kedoktoran di Malang Indonesia.
Hati saya sedikit terusik apabila adik saya menceritakan minat berdakwah dalam dirinya mula bertumbuh. Adah sudah mula berani menegur kawan-kawannya yang melakukan salah. Saya berasa sangat bersyukur dan menceritakan kegembiraan itu kepada rakan-rakan serumah.
“Abang Ngah, Adah pun tak tahu sejak bila Adah mula berani menegur kawan-kawan yang buat salah. Erm, susah juga berdakwah ni”, ngomel adik saya.
Kami adik-beradik memang hidup dengan rukun tenteram, jarang amat bergaduh kecuali semasa kecil. Kadang-kadang saya hampir menangis sendirian apabila mengingatkan yang saya pernah memarahi Wardah semasa kecil dulu. Rasa berdosa menyelinap dalam diri saya. Kenapa kita mesti berbangga menjadi abang yang tegas tetapi tidak berbangga menjadi abang yang lembut. Sedangkan Islam cintakan kelembutan dan dakwah berjalan melalui landasan kelembutan.
Awas para pendakwah. Jangan sibuk dengan perancangan membentuk Bait Muslim bersama pasangan anda sedangkan anda sendiri mengetepikan keluarga anda sekarang. Kasih sayang dalam keluarga, semangat hidup kalangan adik beradik mesti dipupuk dan disemai selalu.
Menjadi kesilapan bagi pendakwah apabila bersikap terlalu keras lalu berdalilkan kepada ketegasan Umar al-Khattab. Perasaan kasih, romantis, mesra, dan manja adalah penting bagi seseorang pendakwah, bukan keras melulu dan sepanjang masa dengan kekerasan.
Seorang adik junior pernah menegur saya, “Ustaz mesti pandai mengada-ngada sikit dengan muslimat. Muslimat ni suka orang yang mesra dengan mereka”. Saya benar-benar terpukul dengan nasihat tersebut. Kebetulan saya baru dilantik sebagai Ydp Pmi dan saya memang sangat pemalu dengan muslimat. Namun teguran itu membuatkan saya berubah. Saya mula belajar mengada-ngada, suka menegur, usik-mengusik sekadarnya.
Rupanya, kita kena pandai mengusik muslimat. Apa lagi muslimat suka jika orang pandai dan suka memuji mereka, tetapi jangan berlebihan. Saya belajar melalui pandangan adik junior tadi dan ternyata saya berjaya dalam beberapa perkara.
Saya kemudiannya membalas mesej adik saya memberikannya semangat untuk terus berubah dan berusaha menjadi pendakwah yang berjaya.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan