Khamis, 19 Jun 2008

PERTEMUAN DENGAN SEORANG MUJAHIDIN


Saya menyampaikan kuliah di Pulau Pinang satu hari. Masjid Batu adalah masjid yang sangat tersohor di sana dan menjadi tumpuan ramai khususnya penganut mazhab Pas. Ramai yang datang pada malam tersebut dan suasana ilmu ternyata sangat hidup.

Saya menceritakan soal yang menimpa umat manusia akhir zaman. Mereka ternyata boleh menerima walaupun saya masihlah seorang ustaz muda.

Pulang sahaja daripada Penang esok paginya, Haafizuddin YDP PMIUM menjemput saya di Jalan Pudu. Sampai sahaja di rumah dalam jam 615 pm, saya terus bersiap untuk menyampaikan kuliah di Meru. Y Meru, jauh sekali, mencecah sejam lebih. Saya bertekad dalam keletihan yang amat untuk membawa motor sendiri menuju ke sana dan saya sedikit terlewat.

Surau di sana juga dipenuhi dengan orang ramai. Selepas kuliah, kami menyantap makanan di luar beramai-ramai. Ketika itulah seorang atuk menegur saya dan kami rancak berbual. Beliau menyatakan isi hati beliau yang sangat bersemangat mendengar kuliah saya. Katanya jiwa beliau sangat meluap-luap dan jiwanya makin membara-bara.

Beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau terlibat dengan peristiwa hitam 13 Mei. Wajah beliau kian bersemangat menceritakan soal jihad di samping menasihati saya beberapa perkara. Kesudahan perjuampaan kami pada malam yang berbahagia itu, beliau menyalami tangan saya seraya mendekapkan ke dada beliau dengan satu esperiasi wajah yang sungguh memberangsangkan.

Ya atuk, kita akan jumpa lagi. Sama ada di dunia, atau di akhirat dalam golongan mujahidin.

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE