Khamis, 19 Jun 2008

DARE TO FAIL






Saya membaca buku bertajuk Dare To Fail (Berani Gagal). Saya mengambil beberapa kesimpulan yang sangat penting antaranya:

1- Kita mesti berani menempuh kegagalan untuk mencapai kemenangan.

2- Kegagalan ialah apabila seseorang tidak bangkit semula selepas jatuh.

3- Orang yang hebat di dunia pada masa kini dan masa lampau adalah orang yang banyak menempuh kegagalan.

Lalu, apabila saya berjumpa dengan seorang adik di Sabah yang mengambil STP sebanyak dua kali, saya menyalami tangan beliau seraya berkata: Ana ingin mengucapkan tahniah di atas ketidak berjayaan enta sebelum ini, kerana kelak enta akan mencapai kejayaan yang sangat cemerlang.

(Gambar di atas ialah gambar Thomas Edison yang telah gagal sebanyak 1000 kali sebelum membuat penemuan baru tentang mentol. Malah Bill Gates sekalipun pernah dibuang universiti tetapi akhirnya menjadi manusia terkaya.)

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE