Semakin sesak saya dengan jadul hidup saya yang semakin padat. Selepas pulang daripada menikmati kedinginan tarbiah dan ukhuwah di bumi sabahan, saya tidak henti-henti dengan aktiviti Islamik yang menyeronokkan.
Baru sahaja saya ke Kedah, hanya seharian. Bertolak dalam 1 pagi bersama adik saya riduan dari UIA, kemudian saya diberi ruang seluas-luasnya untuk mengendalikan program bermula jam 8 pagi sehingga 9 malam.
Saya sengaja tidak berbincang isu-isu yang berat, namun saya mengenakan beberapa modul yang mungkin boleh dikongsi bersama. Saya dedahkan kepada mereka dua bentuk pemikiran iaitu "Nothng is impossible" dan pemikiran "redah saje", jangan asyik berdalih, dan jangan banyak memblang risiko.
Bayangkan, muslimin seramai enam orang terpaksa dimuatkan dalam sebuah kereta untuk diletakkan di kawasan tertentu untuk melakukan survey. Kumpulan kedua, seramai tujuh orang muslimat dalam satu kereta dan kumpulan terakhir, lapan orang muslimat dimuatkan dalam sebuah kereta.
Tugas mereka, dapatkan survey 20 orang penduduk tempatan tentang apa sahaja maklumat dan isu semasa. Kemudiannya, saya juga melatih mereka bagaimana cara berpidato. Mereka mungkin pandai berpidato, tetapi body language mereka kurang menarik. Kalaupun menarik, hanya tangan sahaja bergerak, dan kadang kala kepala turut sama. Saya mengajarkan mereka, lebih menarik jika bukan hanya tangan dan kepala bergerak, malah badan kesemuanya turut bergerak. Bagaimana seorang pemidato boleh berjalan-jalan, pusing ke belakang, mengangkat tangan tinggi-tinggi dbg untuk mempamerkan semangat pidato yang berkualiti tinggi.
Saya juga menyatakan kepada mereka, pemidato yang handal adalah, mereka dapat membuatkan seluruh lensa dan perhatian orang tertumpu kepada mereka sebelum mereka memulakan bcara lagi. Bagi sesiapa berminat untuk menjad pemidato yang handal, saya bersedia untuk melatih mereka, tetapi AWAS, lathan saya adalah unik dan pelik. Di Kedah, saya baru mempraktikkan sedikit teknik yang aneh, itu pun belum diabuat secara bersungguh2 lagi.
Program tersebut berakhir dengan satu suasana yang cukup pilu dan mengnsafkan apabila hampir semua pserta menangis dengan suara yang kedengaran, dan akhirnya mereka melafazkan janji untuk mempertahankan Islam sedaya upaya mereka.
Saya pulang pada malamnya, dan sempat juga saya menjamah Radix Fried Chicken di Sg. Petani. Setibanya pada waktu pagi Subuh, saya sempat beristirahat sebelum berangkat ke kawasan Hulu Langat jam 8 pagi untuk satu jemputan ceramah. Jam 10 pagi, saya bergegas ke UKM untuk mesyuarat penting Gamis yang berakhir jam 3 petang. saya pulang dalam keadaan sangat lesu dan tertidur tanpa sedar.
Kemudiannya selepas Maghrib, saya bergegas ke seremban untuk berjumpa dengan ustaz Fuad Othman untuk berbincang tentang beberapa perkara. Saya kira, saya pulang dalam jam 1 pagi dan kemudiannya saya tewrus membuka blog untuk menulis artikel ini. Jadula padata ini sangat menyeronokkan. Hujung minggu ini, saya terpaksa pulang ke kelantan untuk program di sana, dan saya terpaksa membatalkan agenda untuk ke indonesia kerana jadul di Malaysia yang terlalu padat.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan