Khamis, 19 Jun 2008

JOM KITA BINCANG


Biasanya tandas awam akan menyediakan tiga bentuk tandas. Satu tandas yang kita terpaksa duduk. Kedua mencangkung dan ini menepati kehendak sunnah. Ketiga, cukuplah dengan membuang air kecil di tempat yang disediakan tanpa perlu menutup pintu dan tanpa segan.

Tandas ketiga dinamakan tandas JIN. Yang melakukannya pula adalah orang yang telah menanggalkan rasa malu daripada diri mereka. Maka TANDAS JIN ini mesti dihapuskan oleh kerajaan Hadhari. Tak perlu banyak soal, hapuskan sahaja. Apatah lagi saya sangat-sangat terkejut apabila seorang pakcik, berbaju melayu dan berkopiah turut menggunakan khidmat TANDAS JIN ini.

Perkara kedua yang ingin saya bincangkan di sini ialah khutbah Jumaat. Orang tertidur semasa khutbah, khatib perlahan dan hanya membaca tanpa pandai untuk cut mana-mana statement dalam khutbah. Akhirnya, saya terkejut apabila seorang tua berjubah, tertidur dalam khutbah sehingga kedengaran dengkurnya. Bagaimana cara mengatasinya?

Banyak. 1-Hapuskan kerja pada hari Jumaat. Kerja menyebabkan kepenatan, lagipun hari Jumaat sepatutnya dijadikan hari raya bagi umat Islam. 2-Buat tayangan. Jangan sekadar tayangkan tulisan, malah gambar2, visual2, termasuklah bunyi sound effect yang menggambarkan lagi keadaan. 3-Buat latihan berpidato kalangan Khatib sehingga mereka menguasainya. 4-Pendekkan teks khutbah kepada 10 minit sahaja. Teks itu hanyalah sebagai bahan panduan bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk bercakap tanpa teks. 5-Khatib buat lawak semasa khutbah. Persoalan ini mesti dikaji lagi, adakah boleh khatib membuat lelucon dan makmum ketawa.

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE