Rabu, 20 Ogos 2008

OPSS...


Seingat saya, selepas sahaja keluar daripada Maahad Tahfiz, saya tidak lagi bermain bola. Dulu-dulu, memang kali bola saya ni. Pergi ke padang lebih awal dari[ada orang lain, menimbang-nimbang bola seorang diri, menyepak-nyepak seorang diri sementelahan menanti orang lain ke padang. Kadang-kadang aksi menjadi tetapi banyaknya yang tidak menjadi. Saya bukanlah orang yang terror sangat, tapi sekurang-kurangnya diberi kepercayaan untuk mengawal bahagian manusia terakhir di hadapan penjaga gol dalam banyak siri perlawanan bola sepak yang diadakan.

Apabila saya masuk ke kesza, saya sempat bermain bola sekali, itu pun sudah bangku rasanya kaki ini. Kemudian saya terus meninggalkan bola yang pernah menjadi satu minat dan hobi saya. Dulu-dulu, saya sanggup dirotan ustaz kerana bermain bola tidak pada waktunya. Tetapi sekarang, ternyata bola bukanlah hidup saya, kerana masih banyak perkara yang perlu saya fikirkan.

Apabila saya masuk ke UM Nilam Puri, saya telah dipilih oleh beberapa sahabat saya untuk bermain bola bagi pertandingan bola sepak peringkat pengelola. Saya sudah untuk mempamerkan aksi yang penuh bergaya dan memukau sebagai melicinkan enjin dakwah saya. Ini penting bagi saya kerana saya sangat berkeyakinan, jika aksi memukau yang saya pamerkan, pasti semua mata akan terarah kepada saya. Hasilnya, pasukan kami berjaya menjadi johan dalam perlawanan tersebut dan saya sempat buat aksi ‘lipat gunting’ yang komprehensif, haha.

Bola, bola, bola. Makan bola, minum bola, tidur bola. Adakah bola ini segala-galanya. Baru-baru ini saya mencabar adik saya yang kini berada di tahun lima untuk bertanding siapa paling banyak menimbang bola. Saya sanggup membelikannya bola baru sekiranya dia berjaya mengalahkan saya sebanyak tujuh kali timbang. Alamak, ternyata saya kalah teruk. Saya sudah cuba melakukan yang terbaik demi menyelamatkan duit poket saya, tetapi ternyata angka terbanyak yang mampu saya timbang hanyalah 60 lebih sedangkan adik saya mencecah 80 kali lebih.

Petang itu, duit saya melayang demi melunaskan janji manis saya terhadapnya.

Jadi, apa mesej yang ingin saya sampaikan. Entahlah, saya boring sebenarnya… babai

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE