Kita sambung lagi pengajian kita dalam surah al-Nasr. Sebelum ni saya telah menyebutkan perihal Adam AS sebagai bapa kepada ak-Basyar. Sekarang kita bincang pula pandangan ulama yang bunyinya nampak lebih kuat dan kukuh. Adam ni menurut pandangan mereka bukanlah bapa kepada al-Basyar tetapi juga merupakan bapa kepada al-Naas. Sebelum ni saya sebut al-Basyar ni khusus untuk manusia yang bertamadun, yang ada otak, yang cerdik bukannya jahil.
Al-Naas pula manusia semua secara umumnya, cerdik ke, jahil ke, pandai ke, apa-apalah, semuanya termasuk dalam kategori al-Naas. Manusia yang hidup zaman batu purba dulu adalah al-Naas. Manusia yang punya kepintaran dan sejarah peradaban juga al-Naas. Manusia yang suka membnuh dan menjaga kedamaian juga adalah al-Naas.
Maka ulama malah ini merupakan pandangan yang terkuat menegaskan bahawa Adam adalah bapa kepada al-Naas, manusia seluruhnya secara umum, bukannya untuk golongan bertamadun sahaja. Fir’aun baik, Abu Jahal baik, Ibrahim baik, semuanya adalah keturunan Adam. Bush pun anak pinak nabi Adam, begitu juga dengan Tok Guru Nik Aziz, juga keturunan Adam. Jadi manusia ni daripada sulbi yang satu. Asalnya air mani. Air mani ni, baunya bukan sedap sangat. Lepastu ia keluar daripada saluran kencing. Benda yang malu kita tunjuk, yang mengeluarkan najis, benda tu jugalah yang mengeluarkan mani dan akhirnya terbentuklah kita. Jadi, siapa sangat kita kalau nak takabbur. Mung hey manusia, kena ingat betul-betul, barang takabbur, sombong, angkuh, semua tu pakaian Aku, kalau kamu ambil pakaian Aku, nahas kamu. Seolah-olah macam tu Allah sebut.
Jadi orang Afrika yang kulit gelap, orang putih yang kulit cerah, orang Melayu yang sawo matang, semuanya berasal daripada Adam dan mak kita Hawwa. Maka bila begini, manusia yang kamu lihat tu hey Muhammad, adalah manusia yang macam-macam, ada yang baik, ada yang jahat, dan ada yang berkepentingan. Orang yang kamu lihat berduyun-duyun memeluk Islam lepas kamu buka Kota Mekah, ada kalangan mereka yang masuk Islam kerana takut. Mereka takut kena bunuh kerana sekarang era Islam berkuasa. Ada orang masuk Islam kerana mengikut.
Ada juga masuk Islam kerana ikhlas dan ada yang masuk Islam kerana ada kepentingan. Dulu, orang tak masuk Islam kerana umat Islam miskin, tak ada kuasa, tiada kerajaan. Jadi, bila Islam ada kerajaan, mulalah ramai yang nak masuk Islam, kerananya ada projek. Pakat ramai-ramai hantar borang masuk pakatan yang dipersetujui oleh rakyat, keluar daripada barisan yang sedia ada. Bila Islam ada kerajaan di Madinah dan Mekah, Rom dan Parsi pun kalah dengan Islam, maka golongan yang berkepentingan ni cepat-cepat hantar borang masuk Islam, supaya mereka dapat projek yang memberikan keuntungan yang besar kepada mereka. Orang macam ni, kita mudah cam mereka. Masa senang mereka bersama kita, mengaku jadi sedara kita yang entah dari mana, tapi bila kita susah mereka akan segera tinggalkan kita dengan pelbagai macam alasan.
Jadi maksud ayat yang pertama dan kedua ini ialah, bila pertolongan Allah itu tiba dan kamu mula berjaya masuk ke Mekah, maka kamu akan tengok masa tu ramai orang yang masuk Islam, malah berbondong-bondong ramainya.
(bersambung…)
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan