Isnin, 18 Ogos 2008

SAMBUNGAN SURAH AL-NASR


Ada surah yang mempunyai lebih daripada dua nama seperti surah al-Ikhlas yang turut dikenali dengan nama al-Tauhid, al-Tafrid, al-Tajrid, al-Wilayah dan al-Najah. Kita tinggalkan dulu persoalan tentang surah al-Ikhlas. Surah al-Nasr ini maksudnya surah kemenangan. Menang ni benda gembira, benda yang kita suka. Bila kita suka sesuatu benda, biasanya kita senyum, atau kita melompat kegembiraan. Manakala kalau kita gembira semasa membaca al-Quran, maka kita akan baca dengan penuh semangat, bukannya baca dengan kesedihan. Membaca surah al-Nasr dengan nada suara orang gembiara, orang yang yakin dengan janji kemenangan dari pemilik kerajaan langit dan bumi. Maka bila kita baca surah yang menggembirakan nabi ni, maka hati kita sudah mula bertakbir memuji Tuhan yang mengurniakan kemenangan walaupun nampak gaya kemenangan itu mustahil dicapai dalam masa yang singkat.

Macam kita baca surah al-Dhuha, kita baca dengan gembira, suka. Gembira kerana surah tersebut adalah surah yang menggembirakan hati nabi. Maka begitu juga apabila kita membaca surah ini. Gambaran dalam kepala kita adalah, gambaran kemenangan umat Islam dalam dakwah, dalam peperangan, dalam politik, dalam ekonomi, dan dalam pembukaan kota Mekah yang penuh dengan sejarah.

Dalam ayat yang pertama, Allah taala menyatakan “Apabila datangnya kemenangan daripada Allah dan pembukaan”. Maka maksudnya yang perlu kita ambil tahu adalah, kemenangan dan pembukaan ni dua benda yang berbeza. Nabi menang dalam perang Badar atau Tabuk, ia tidak dipanggil pembukaan Badar ataupun Tabuk. Ia hanya dipanggil kemenangan. Pembukaan ni maksudnya kita berjaya menguasai sesuatu tempat dalam usaha menyebarkan Islam. Sebagai contoh, Pro-M Universiti Malaya menang PRK di Fakulti Kejuruteraan, tidak semestinya mereka sudah menguasai MPP kerana mereka hanya baru menang, tetapi tidak ‘FATH’ lagi. Tuntasnya, ayat yang pertama ini adalah ayat yang tergantung yang perlukan kepada perkhabaran yang seterusnya. Ini adalah stail al-Quran. Membuat ayat yang tergantung dengan tujuan nak suruh orang baca lagi. Bila orang baca surah ini, mereka tertanya-tanya, apa benda yang Allah taala nak suruh atau apa yang Allah ingin bagitahu dalam ayat yang pertama. Kita sendiri nampak bahawa ayat ini tergantung dan menggamit perasaan kita untuk terus membaca sehingga kita memahami dan rasa puas hati.

“Waraayta”, di sana ada tiga kalimat. Wa maksudnya ‘dan’. Ada juga ‘Wa’ yang maksudnya ‘demi’, ha yang tu kita panggil “Waw al-Qasam”, yakni waw bersumpah seperti “Waddhuha”, Wallayli”, Wallahi” dan lain-lain. Kalimat kedua adalah “Ra’a” yang membawa maksud tengok manakala “Ta” di sana merujuk kepada kamu. “Ta” ni asalnya daripada perkataan “Anta”, iaitu kamu seorang. Kalau kita sebut antujm atau waraaytum, maka ia menunjukkan kamu ramai. Jadi persoalannya ialah siapa kamu yang seorang tu?

Kita nak jelaskan bahawa surah ini turun khusus untuk Nabi Muhammad SAW, namun secara umumnya untuk kita semua, sesuai dengan firman Allah bahawa Islam, al-Quran dan nabi ni rahmat untuk sekalian alam, zaman-berzaman bukan untuk sezaman sahaja. Jadi “Ta” di sana adalah nabi. Ringkasnya Allah nak bagitahu, Hey Muhammad, kelak kamu akan melihat, khusus untuk nabi sahaja. Ha, ini adalah dialog khusus antara Allah dengan kekasih Dia. Sesuai dengan martabat nabi yang sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah, tak sama dengan kita yang banyak takabbur dan sembang ‘deras’.

Apa yang kamu tengok hey Muhammad. Kamu akan tengok “al-Naas” akan masuk ke dalam agama Allah secara ramai-ramai. Allah, kadang-kadang guna perkataan al-Naas, sekejap guna al-Insaan, sekejap guna al-Basyar yang semuanya menunjukkan kepada makna yang satu iaitu manusia. Saya nak sebut satu je, iaitu beza antara al-Naas dengan al-Basyar. Dulu, ada golongan cerdik pandai khilaf tentang satu benda, iaitu sama ada nabi adam ni bapa kepada al-Naas atau bapa kepada al-Basyar. Kenapa wujud persoalan begini? Kerana ia merujuk kepada dialog antara malaikat dengan Allah atas persoalan kenapa Allah buat manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Manusia ni pada pandangan malaikat akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di muka bumi. Ertinya, manusia ini jenis suka berperang dan orang yang suka berperang ni adalah binatang, bukan manusia kecuali kalau ia berperang kerana dakwah. Maka sesetengah orang sebut, sebelum ni sudah ada manusia yang tinggal di muka bumi, nuh, orang-orang yang hidup pada zaman batu, yang pakai cawat sahaja dan makan dengan cara memburu. Ada kalangan mereka yang jenis orang makan orang. Ada kalangan mereka makan binatang secara mentah-mentah. Mereka ni bukan jenis orang cerdik sedangkan nabi Adam ni orang paling cerdik kalangan hamba Allah. Nah, Adam telah diajar dengan nama semua benda, sampai ikut mufassir seperti Ibn Abbas, apa yang keluar dari dubur seseornag pun Adam tahu. Semua benda Adam tahu, tapi panjang lagilah kalau nak bincang benda ni. Ada pandangan ulama yang banyak.

Jadi, bila Adam ni orang alim, maka kenapa muncul pula manusia yang hidup di gua, tiada tamadun, tiada peradaban yang baik? Disebabkan itulah sesetengah orang menyebut, setelah manusia yang tidak bertamadun ini melakukan kerosakan di muka bumi, maka Allah mula menyampah lalu menghantarkan Adam untuk membaikpulihkan semula sistem kehidupan yang sudah mula punah ranah. Datanglah Adam untuk tujuan itu, maka Adam digelar sebagai bapa al-Basyar, iaitu bapa kepada manusia bertamadun.

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE