Sesuatu nama itu pasti ada kaitan dengan seseorang atau sesuatu. Orang-orang zaman dahulu, mereka membubuh gelaran kepada orang-orang tertentu dengan gelaran yang sesuai dengan mereka. Orang kuat bertarung dipanggil harimau berantai. Sudahlah mereka kuat macam harimau, perlu dirantai pula kerana takut mengamuk tak tentu hala. Orang yang gagah dan berjiwa pendekar ada digelar Tok Gajah. Haji Abdul Samad pula digelar Tok Pulai Chondong kerana beliau yang membuka kampong pulai Chondong.
Jadi, sesuatu nama itu ada falsafahnya yang tersendiri. Dengar sahaja nama Melaka, ha, ia ada kaitan sebuah pokok yang nama Melaka. Pasir Mas pula membayangkan kita bahawa orang zaman dahulu mungkin nampak pasir kawasan tu kebetuan terkena cahaya matahari jadinya seperti emas dari kejauhan. Begtu juga tanah yang merah-merah sehingga dipanggil Tanah Merah.
Apabila Abu Talib ingin meletakkan nama anaknya, beliau bubuh nama Haidarah yang membawa maksud singa dengan harapan anaknya yang bakal lahir kelak macam singa dari sudut keberanian. Orang Arab zaman dulu kaitkan singa dengan keberanian. Sebab itulah Hamzah yang berani digelar sebagai Singa Allah kerana keberanannya yang tiada tolok banding. Berbalik kepada kisah Haidarah, nabi SAW kemudiannya menukarkan nama Haidarah kepada nama Ali, yang bermaksud tinggi. Tinggi ni, maksudnya tinggi akhlak, tinggi ilmu, tinggi budi pekerti, tinggi kefahaman, tnggi segala-galanya. Jadi nama Ali ni bawa maksud ketinggian.
Begitu juga dengan nama surah dalam al-Quran. Nama yang diletakkan tu bukan sebarang nama yang ikut sedap mulut nabi. Nabi apabila baginda bercakap, baginda cakap atas dasar wahyu dari Allah sebagaimana disebut dalam surah al-Najm. Tak kira nama surah mana, susunan surah sekalipun, semuanya diajar Allah. Ha, ni lainnya kita dengan nabi. Nabi pun ada hidung, dua lubang, macam kita. Makan minum macam kita. Berjalan di pasar pun macam kita. Bezanya, Alah ajar nabi, bagi wahyu kepada nabi, kita pula, bukan sekadar Allah, orang soleh pun menyampah tengok kita.
Jadi nama surah yang kta nak bincang ni iaitu surah al-Nasr pun Allah yang bagi. Persoalannya, kenapa nama al-Nasr, tidak nama lain. Cuba kta perhati beberapa surah. Kenapa surah yang paling panjang, di dalamnya ada ayat yang paling mulia iaitu ayat Kursi, terkandung di dalamnya ayat yang paling panjang berkaitan dengan hutang, ada cerita macam-macam termasuklah cerita tentang nabi Sulaiman, nabi Adam, dan lain-lan. Persoalannya, kenapa ia dletakkan nama al-Baqarah, lembu betina yang tiada di Tanah Arab pada zaman nabi. Kenapa pula dibubuh nama al-Naml walhal kisah semut tu hanya disebut dalam satu ayat sahaja. Kenapa tidak dibubuh nama Mulki Sulaiman, yang bunyinya lebih gah dan menunjukkan kekuatan.
Ini dia rahsia al-Quran, yang mana akal dan otak kita tak mampu nak fakir jauh melankan sekadarnya cuma. Nak fikir jauh tak boleh, itu barang pasti. Bla al-Quran ni kata-kata Tuhan, maka kita sebagai hamba-nya takkan faham jauh dan tak payah nak khayal bahawa kita mampu menguasai semua benda berkaitan dengan al-Quran. Sebagai contoh, ayat Hijaiyyah yang terpotong-potong seperti Alif Lam Mim pun kita sudah tidak faham.
Ada surah yang ada satu nama dan ada yang ada dua nama. Surah yang ada dua nama seperti surah Muhammad yang juga dipanggil surah al-Qital. Surah al-Isra’ turut dipanggil dengan nama Bani Israil. Nama yang banyak ni ibarat panadol. Nah, kalau kamu makan panadol yang jenis macam ni tapi tiada kesannya, maka kamu makan panadol yang jenis lain pula. Kalau kamu makan ubat cerdik yang sekian sekian bentuknya dengan harapan nak jadi cerdik, tapi tengok-tengok jadi sebaliknya, nah, kamu kena try makan ubat jenis lain pula kerana mungkin ubat itu tidak serasi dengan kamu.
Maka nama-nama al-Quran ni pun bertujuan begini. Kalau kamu dengan perkataan kiamat kamu bleh buat tak tahu, mungkin kamu terasa dengan nama al-Qariah. Kalau dengan nama al-Qariah pun kamu buat dek je, maka ada nama al-Waqiah. Kalau nama ni pun kamu tak terasa, mungkin nama Naba’un ‘Azm boleh buat kamu tidak selera untuk tidur.
(bersambung dalam siri seterusnya…)
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Salam Ustaz. Saya pernah mendengar ustaz berucap di salah satu AGM di selangor. Saya tersentuh hati mendengar semuanya. Air mata seperti nak mengalir. Sungguh ustaz punya kelebihan. Gunakanlah untuk kebaikan Islam. tajuk blog2 ustaz pun menarik2..ustaz bnyk dah berkorban sesuatu perkara yang ustaz suka dalam hidup, kerana ustaz lebih cintakan gerakan Islam.
selamat berjuang ustaz.
harapa dapat bertemu lagi di masa depan.
blog saya yang tak seberapa:
http://zamankini.blogspot.com/
salam..ksmptn buka la blog saya..
Catat Ulasan