Ahad, 10 Ogos 2008

KISAH LUTUT UNTA


Saya dah agak, ramai yang tidak faham apabila saya menjelaskan tentang lutut unta dalam daurah nuqaba’ bersama adik-adik PMIUM hari tu. Tapi tak nak mengaku pula yang diorang tak faham hari tu. Tengok-tengok, saya kena terang balik dalam bentuk tulisan, payah woo. Tapi takpelah, demi sebuah perkongsian.

Kita berlandaskan kepada sebuah hadis nabi SAW yang berbunyi: “Jangan kamu bertindak seperti unta, maka letaklah tangan dahulu baru diletakkan lutut”. Hadis nabi SAW tadi merujuk kpeada perlakuan seseorang yang ingin turun kepada posisi sujud daripada qiam.

Kita gambarkan unta terlebih dahulu. Unta mempunyai empat kaki, atau dua pasang kaki. Kita anggaplah kaki depan unta sebagai tangan kita, manakala kaki belakang unta sebagai kaki kita. Ok, saya nak tanya pembaca sekalian, bagaimana unta apabila ingin duduk? Apakah unta akan meletakkan kaki depan terlebih dahulu atau kaki belakang? Ya, jawapannya adalah unta meletakkan kaki depan dahulu barulah meletakkan kaki belakang.

Maka timbullah satu permasalahan. Jika unta meletakkan kaki depan terlebih dahulu, maka bermakna unta meletakkan ‘tangan’ dahulu, baru kaki, bukan begitu? Masalahnya nabi SAW melarang kita daripada berperlakuan seperti unta, maka hendaklah kita meletakkan tangan terlebih dahulu. Masalahnya ialah, unta meletakkan tangan dahulu baru diikuti kaki. Maka hadis ini tampaknya bertentangan dengan fakta. Ibnu Qayyim memang menolak hadis ini namun jumhur ulama hadis mensahihkannya.

Rupa-rupanya, lutut unta berada di hadapan. Jadi ini bermakna unta meletakkan lutut dahulu. Maka benarlah hadis nabi SAW supaya kita meletakkan lutut selepas tangan semasa turun ke posisi sujud bukannya meletakkan lutut dahulu. Eh, faham ke tak faham ni? Kalau tak faham, kita jumpa di ruang yang lain. Moga-moga yang bertanya akan faham. Ha, jangan lupa belanja saya kerana telah memberikan jawapan yang konkrit buat yang terpinga-pinga. Hehe, terima kasih…

1 Cadangan/Pandangan:

SITI FATIMAH AB GHAFFAR on 11 Ogos 2008 pada 3:47 PG berkata...

Assalamualaikum ustaz..alhamdulillah, Allah telah kurniakan sy kefahaman ttg kisah unta ini melalui penerangan ustaz dalam blog..pntg krn brkait dgn cr solat sbnar,mengikut cr nabi...nak belanja ustaz, tapi BSC dah tutup...nanti BSC buka sy belanja ..terima kasih byk ustaz..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE