“Ana nak jadi macam Sa’id Hawwa abang Zul,” Hafez menyatakan minatnya pada Sa’id Hawwa, seorang tokoh ikhwan yang berjiwa sufi. Sangka aku, dia berminat kepada Sa’id Hawwa kerana beliau merupakan tokoh haraki yang berjiwa sufi. Malah Hafez sangat meminati Ustaz Zulkifli Ketua Dewan Ulama Melaka. Jiwanya sendiri ada unsure kesufian yang mengagumkan aku. Kadang-kadang, terasa juga kekerdialn bila aku bersama dengan adik usrahku yang seorang ni.
“Abang Zul pun minat dengan Sa’id Hawwa, malah abang Zul hampir tamat khatam tulisan beliau dalam Fi Manazil al-Siddiqin wa al-Rabbaniyyin yang mensyarahkan Hikam Ibn ‘Athaillah itu. Namun abang Zul lebih meminati Ibn Qayyim, bukan sahaja ulama salafi yang soleh malah alim lagi wara’. Ya, setiap orang ada minatnya. Mungkin Abang Ramadhan yang akan mendirikan rumah tangga dengan kak Khadijah tidak lama lagi menjadi Abul Hassan Ali al-Nadawi dan al-Qaradawi sebagai idola, al-Qaradawi pula mengasihi Ibn Taimiyah, siapa-siapalah, asalkan kekasih mereka adalah ulama.
Kadang-kadang aku sedih mendengar lagu Aku Pencinta Wanita. Rasanya jelek dan mual sekali. Kenapa mesti mencintai wanita sedangkan tiada apa lebihnya selain memenuhi fitrah diri. Cukuplah mencintai sekadarnya Cuma. Aku jika diberi pilihan untuk bersama wanita yang cantik dan rela memberikan apa sahaja untuk aku, dan di satu pihak lagi Ibn Taimiyah, aku lebih rela bersama Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Kathir menerima seksaan sang Raja yang tidak berhati perut.
Kasihnya Imam al-Syafei kepada Imam Abu Hanifah sehingga beliau sanggup meninggalkan bacaan Qunut semasa solat Subuh di masjid Imam Abu Hanifah bagi menghormati Abu Hanifah yang sudah bersemadi dengan tanah. Kasihnya Ibn Kathir kepada gurunya sehingga sanggup bersama gurunya dalam penjara. Kasihnya sahabat kepada baginda SAW sehingga sanggup patah semua gigi demi menyelamatkan jasad nabi yang mulia. Habis tu, kenapa kita tidak malu menyatakan kita pencinta wanita. Alangkah lemahnya pemikiran dan cita-cita mereka.
“Abang Zul, cakaplah. Kami rindu mendengar bait bicara abang yang penuh dengan hikmah,” ujar Hadi bersungguh. Aku menatap wajahnya, terbit rasa bangga dengan adikku yang ini. Beliaulah yang banyak berkorban demi melihat perkembangan tarbiah di UM semakin rancak dan baik. Beberapa kali beliau menyatakan hasrat ingin menemaniku menyampaikan kuliah Ramadhan namun belum berkesempatan.
“Ingatlah pedoman yang disebut oleh Ibn ‘Athaillah. Apakah kamu ingin meneruskan perjalanan menuju cinta Illahi sedangkan kamu menunggang nafsu syahwatmu?” mereka kelihatan tersentak sekali. Hampir-hampir air mataku menangis. Acap kali aku mengejar cinta Illahi tetapi malangnya tungganganku adalah nafsu syahwat yang sentiasa menyala terang. Nafsu sering memburuku sehingga sukar sekali aku melepaskan diri. Oh, luarnya aku baik sekali. Dalam hati, kotor bagaikan lumpur yang jelek mata memandang.
Istighfar yang memerlukan istighfar yang lain. Ya, hati mana yang tidak sedih mengenangkan pedoman dan irsyad yang diberikan oleh Rabi’atul Adawiyah ini. Ada orang yang beristighfar memohon ampunan dari Allah, tetapi ungkapan istighfarnya ternyata untuk makhluk, gunanya untuk menunjuk-nunjuk, bukannya ikhlas. Lalu, istighfar itu memerlukan istighfar yang lain.
“Adik-adik sekalian, abang Zul sangat sedih bila mengenangkan betapa jauhnya diri kita dibandingkan dengan salafussoleh yang mendamkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah. Bila abang mengenangkan kata-kata Rabiah, Tubuh kasarku bersama manusia, sedangkan hati bersama sang kekasih, abang terasa betapa kerdilnya abang di sisi Allah. Neraka confirm di tangan sedangkan syurga belum tentu lagi. Betul tak?” Tanya aku kepada Hadi, Hafez dan juga Danial.
Mereka menundukkan kepala masing-masing. Ya Allah, betapa rendahnya nilaian iman kami di sisi-Mu ya Allah. Aku mendengar khabar, Umar al-Khattab kerap menangis sehingga ternampak garisan putih di bawah matanya. Tangisan macam mana ni? Tangisan sang perindu yang rindu dengan pertemuan terindah.
Solat itu umpama Isra’ nabi dari Masjid Haram ke Masjidil Aqsa. Ruku’ pula umpama Mikraj nabi dari bumi Aqsa ke langit. Manakala sujud umpama pertemuan nabi dengan Allah di Sidratul Muntaha. Semasa sujud itulah tempat Allah ingin mendengar keluhan hamba-Nya. Maka mengeluhlah, jangan bersombong diri. Orang yang selalu mengalirkan air mata bukan perempuan, tetapi adalah lelaki yang asyik dan ralit dengan cintanya. Bukankah golongan ketujuh yang dijamin mendapat lindungan Allah di hari akhirat kelak adalah pemuda yang berzikir keseorangan sehingga mengalir air matanya?
Aku berjalan-jalan di BKS Akademi Islam setelah lama tidak menjejakkan kaki di sini. Masih macam dulu. Beberapa ahli jamaah sedang berbual kosong di situ. Tidak kurang yang sedang melayari internet. Tidak kurang yang gelak ketawa. Malah, ada yang berduaan di atas satu meja antara lelaki dengan perempuan. Eh, inikah akhlak ahli jamaah. Meskipun ramai yang lalu lalang, tetapi alangkah jeleknya perbuatan ini. Mungkin bukan khalwat tetapi berduaan di atas satu meja walau apa alasan sekalipun termasuk menjaga sir adalah tidak patut sama sekali. Bukankah fitnah itu sedang tidur dan celaka bagi sesiapa yang mengejutkannya? Jadi, kenapa mereka begitu berani mengejutkan fitnah?
Kadang-kadang terbit kesedihan yang mendalam dalam hatiku. Hatiku terasa snagat pilu melihat keadaan sahabat-sahabatku sejamaah, yang mengku dan berikrar akan mempertahankan Islam dengan jiwa mereka. Mungkin aku juga banyak terleka, namun kita mesti berusaha mengubah dan merubah diri kita. Kenapa berada di BKS untuk berbual kosong sedangkan di mana al-Quran untuk ditatapi dan di mana buku untuk ditelaah? Mungkin aku juga banyak membuang masa tetapi kita mesti berusaha menyahkan sikap dan sifat ini. Apa yang menyedihkan aku sebenarnya adalah, mereka punya masa yang banyak untuk berbual kosong tetapi suasana usrah sebagaimana yang aku rasakan awal-awal aku menjejakkan kaki ke bumi UM ini sudah tidak terasa serinya.
Sudahlah usrah tidak berjalan, gerak kerla lain pun begitu. Tidakkah mereka kasihan melihat adik-adik baru yang dahagakan pengisian bermakna dari sudut ilmu dan ukhuwah yang terkandung dalam usrah? Apa yang turut mengundang kesedihan diri aku adalah apabila usrah dibuat hanya semata-mata memenuhi tuntutan tanzim dan sistem. Selepas berkahirnya sesi pertama, maka ditinggalkan ahli usrah tersebut terkontang-kanting sendirian. Mengapa begitu nilaian usrahnya? Mengapa sampai begitu rendah martabat usrah.
Aku pula, sangat berbangga dengan adik-adik usrahku. Kami bertemu bukan kerana sistem, tetapi kami bertemu kerana Allah, dari Allah menuju Allah. Amin, yang dulunya asyik melarikan diri daripada jamaah, kini menjadi ketua persatuan anak Kedah dan Setiausaha Suksis. Aku cukup bangga dengannya. Apa sahaja keputusan yang ingin diambil, pasti aku akan dirujuknya terlebih dahulu. Beliau juga senang sekali menolong aku setiap kali aku memerlukannya. Begitu juga dengan Aizul yang baik hati, Shahril yang rajin, Arif yang berjiwa pendakwah, Hafez yang kesufian, Faisal yang efektif, Hakim yang amat aku sayangi, dan lain-lain, semuanya adik-beradik usrah yang amat aku saying.
“Ustaz, berapa orang semua adik-beradik usrah ustaz sesi ini?” tanya seseorang padaku. Aku menjawab telus, 17 orang semuanya. Adik-adik usrahku dari borneo 11 orang semuanya. Semuanya kaki nasyid kecuali Syaifullah. Hasbi amat membanggakan aku dengan daya kreativitinya. Fahmi pula pakar komputer, dan ramai lagi termasuklah ustaz Mohammad yang aku segani dari sudut keilmuannya yang mendalam. “Jadi, bagaimana ustaz menjalankan usrah untuk ahli yang begitu ramai?” tanyanya lagi.
“Ukhti, nabi pun dapat menjaga semua isterinya yang Sembilan orang, jadi takkanlah ana yang nak kahwin tiga ini tidak mampu untuk menjaga adik-beradik usrah ana yang 17 orang itu. Lagipun nabi ada tanggungjawab terhadap bapa mentua dan menantunya lagi,” jawab aku secara berseloroh tetapi penuh dengan makna dan isi.
Pagi tadi, aku mendapat khabar yang sangat menggembirakan aku, dan aku bersujud syukur kepada Allah taal dengan penuh keinsafan. Adikku dari Kias mengkhabarkan kepada aku bahawa murabbi yang amat aku sayang, Ustaz Yahya Othman ingin bertemu dengan aku bagi menceritakan satu rahsia yang belum pernah diceritakan kepada sesiapa pun. Jadinya, aku sangat terharu sekali. Insya Allah aku akan pulang ke Kelantan Jumaat ini untuk bertemu dengan ayahanda murabbi yang amat aku kasih bagi mendengar dengan mata kepalaku sendiri.
Namun kemudiannya, aku tersentak mendengar khabar pemergian kakak kepada juniorku Sarah yang baru sahaj meninggal dunia. Kesedihan dipalu lagi dengan kisah sahabat Uitm yang disihir Kristian sehingga tidak boleh mengucap. InnaliLlahi wa inna ilayhi raji’un…
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan