Selasa, 9 September 2008

MENCARI KEBENARAN (3)


Aku sebenarnya agak seronok apabila membaca rahsia kejayaan umat Islam masa kelam khususnya bagaimana berlakunya pembentuk Solahuddin al-Ayyubi. Mengikut pengarang buku tersebut, pemerintah tertinggi umat Islam ketika itu, Sultan Nuruddin al-Zanki te;ah menyediakan prasarana dan kemudahan serta bentuk latihan yang bermanhaj demi melahirkan golongan mujahidin yang akan menegakkan agama Allah. Malah Sultan sendiri turun untuk bermain kuda dengan tujuan supaya kuda tersebut sentiasa cergas dan cerdas serta boleh dikerahkan bila-bila masa untuk tujuan jihad yang mulia.

“Sultan bukan sahaja membentuk masyarakat Islami yang jauh daripada pengaruh satanisme, malah baginda juga membangunkan management of Islamic government yang berpaksikan keadilan dan menyahkan kezaliman di samping menghapuskan segala bentuk permusuhan yang wujud malah mencorak satu kesatuan yang terpimpin. bukan setakat itu sahaja, Sultan juga turut aktif dalam membangunkan ekonomi dan membina infrstruktur yang penting untuk kemudahan rakyat. Sultan juga tidak lupa untuk membina kekuatan ketenteraan dan pertahanan negara demi menjaga keselamatan negara dan jihad itu sendiri,” terang aku panjang lebar dalam daurah pada malam itu. Peserta yang mendengar terlopong mendengar pembentanganku. Mereka mungkin tidak menyangka betapa strategisnya Sultan dalam mengendalikan satu khilafah yang terhimpun di dalamnya kerajaan Islami yang banyak.

“Ustaz, saya ada satu persoalan. Bagaimana Sultan Nuruddin membina masyarakat Islami ustaz?” Ali Hanafiah bangun bertanyakan soalan. Ya, sesuai dengan peribadi yang memang cintakan ilmu, beliau memang layak bertanyakan soalan sedemikian. Malah aku sangat bangga dengan adikku yang ini, beliau bukan sahaja mempunyai semangat untuk menjadi abna’ harakah yang mempunyai jiwa, malah beliau sangat menjaga potensi akademiknya. Memang, tidak perlu semua orang bijak dalam pergulatan politik dan menjadi pemimpin kerana gerakan Islam juga perlukan golongan alim allamah yang intelektual yang bakal membimbing generasi masa depan dengan kebijakan akal yang dimiliki mereka.

Aku tersenyum panjang sebelum menjawab persoalan tersebut. Rasa bangga menyelinap dalam diriku. Aku memang sangat berharap akan lahir golongan ulama yang ramai dari jamaah kampus ini. Ali, ya, Ali adalah antara harapan ummah masa depan.

‘Ali, perkara terpenting yang dilakukan oleh Sultan dalam melahirkan masyarakat Islami ialah dengan mewujudkan suasana berilmu kerana Sultan berkeyakinan penuh ilmu sebagai benteng daripada kejahilan dan kezaliman. Maka ketika itu telah tumbuh begitu banyak madrasah dalam membentuk generasi berilmu seperti Madrasah Ghazaliyah, Madrasah Qadiriyah, Madrasah ‘Adawiyah, Madrasah Harraniyah dan juga Madrasah Suhrawardiyah. Yang kedua, Sultan banyak mendirikan masjid yang bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk beribadat malah tempat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Kota Damaskus sahaja, sebanyak lebih 100 buah masjid yang dibina bagi mencapai tujuan yang murni ini. Malah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tujuan pembinaan masjid dan madrasah ini bukan sahaja untuk tujuan ilmu dan melahirkan golongan berilmu dan profesional, malah ia juga bertujuan untuk membentuk kekuatan aqidah yang mampu menyelamatkan umat Islam daripada sebarang simpang siur permasalahan yang membebankan,’ aku menerangkan sambil mencoret di white board yang tersedia supaya mereka makin jelas dengan penerangan aku.

Aku menyimpulkan perjumapaan daurah bersama pencinta Islam pada masa itu dengan menegaskan bahawa sudah tiba msanya bagi ahli gerakan kampus untuk mempersiapkan dada-dada mereka dengan ilmu yang sarat dan padat, bukan hanya dengan semangat perjuangan dan jihad. Umar al-Khattab menyeru supaya umat Islam memperkasakan diri dengan ilmu sebelum dibebankan dengan tanggungjawab kepimpinan yang berat. Solahuddin al-Ayyubi yang hidup di bawah pemerintahan al-Zanki sendiri merupakan orang yang faqih. Beliau mempelajari fiqh al-Syafei dan hadis dari Abu Thahir al-Silafi dan lain-lain. Beliau bukan sekadar hafal al-Quran malah menghafal kitab al-Tanbih dalam bidang fiqh dan al-Hamasah dalam bidang puisi. Umar Abdul Aziz sendiri merupakan seorang ulama yang terkemuka dan hafal al-Quran.

Aku kadang-kadang sengaja membawa al-Quran kecilku, dan membacanya ketika berjalan-jalan. Suasana ini tidak wujud di kampus pengajianku sekarang, namun ia merupakan budaya sekolahku dahulu. Malah menurut Naim, orang Syria walaupun pemandu teksi sekalipun sentiasa bersama al-Quran dan mereka membacanya setiap ketika. Ketika aku bertanyakan Dr Hamdi berkenaan dengan Ust Salam di Indonesia, beliau menegaskan Ust Salam sangat menitik beratkan soal tarbiah sehinggakan anak didiknya dilihat sentiasa bersama al-Quran di mana-mana sahaja. Persoalan yang timbul dalam benak aku adalah, jika benar kita ahli gerakan yang benar, kenapa kita malas sekali membaca al-Quran malah kita disibukkan dengan membaca buku-buku politik yang dikarang manusia, sedangkan al-Quran adalah ungkapan kalamullah. Jauh bezanya. Maksud aku, tidak mengapa jika tidak membaca al-Quran setiap masa, tetapi jangan sampai malas membacanya.

Aku teringat pernah satu ketika semasa aku dijemput menyampaikan kuliah di sekitar Pandan Mewah, ada seorang budak sekitar 11 tahun betul-betul duduk di depanku. Beliau dengan tekun mendengar dan menulis isi-isi penting yang aku sebutkan. Aku cukup terpegun dan terteun apabila melihat ulah budak kecil tersebut yang tekun mendengar kuliahku. Jarang sekali ada budak yang ralit mendengarnya, malah di sesetengah tempat, orang yang sudah tua pun asyik tidur semasa mendengar kuliah. Erm, mungkin juga kerana ilmu yang disampaikan itu kurang ataupun penyampainya tidak pandai dalam menarik perhatian dan tidak mencurahkan ilmu yang ingin didengar.

Malah aku pernah melihat dua orang kanak-kanak yang masih kecil bersolat berjamaah. Dua orang sahaja, namun yang menjadi imam, bacaannya baik sekali. Aku sangat senang hati melihat kanak-kanak yang berbakat sebegini. Harapnya, mereka akan menjadi generasi yang terbaik untuk masyarakat Islami kelak.

“Abang Zul nampaknya berminat dengan kanak-kanak ye?” usik Hayazi satu hari. Aku hanya tersenyum. “Nampak gaya, Abang Zul ni dah kena ada anak ni, hehe,” Hafez pula menyampuk. Budak-budak ni, tak habis-habis mengusikku. Banyak kali aku terangkan yang aku sudah kehilangan selera untuk berkahwin. Fikirku, mungkin kerana aku terlalu menumpukan geraka kerja pada Gamis, maka mood aku untuk berkahwin semakin tumpul dan menumpul.

Sambil tersenyum aku membalas, “Nak dapat anak macam mana, mak pada anak pun belum ada, haha,” dan pecahlah tawa kalangan kami. Al-Zanki, aku rindukanmu, wahai Sultan…

1 Cadangan/Pandangan:

Muhamad Alihanafiah b. Norasid on 5 Oktober 2008 pada 9:33 PTG berkata...

“Ustaz, saya ada satu persoalan. Bagaimana Sultan Nuruddin membina masyarakat Islami ustaz?” Ali Hanafiah bangun bertanyakan soalan. Ya, sesuai dengan peribadi yang memang cintakan ilmu, beliau memang layak bertanyakan soalan sedemikian. Malah aku sangat bangga dengan adikku yang ini, beliau bukan sahaja mempunyai semangat untuk menjadi abna’ harakah yang mempunyai jiwa, malah beliau sangat menjaga potensi akademiknya. Memang, tidak perlu semua orang bijak dalam pergulatan politik dan menjadi pemimpin kerana gerakan Islam juga perlukan golongan alim allamah yang intelektual yang bakal membimbing generasi masa depan dengan kebijakan akal yang dimiliki mereka.

Aku tersenyum panjang sebelum menjawab persoalan tersebut. Rasa bangga menyelinap dalam diriku. Aku memang sangat berharap akan lahir golongan ulama yang ramai dari jamaah kampus ini. Ali, ya, Ali adalah antara harapan ummah masa depan.



#Ust. Dzul rajinla buat artikel... Camner nak jadi rajin macam tu ye..? sampai nama saya pun ade dalam artikel ust. Dzul.. Cuma saya terfikir, bila pulak saya tanya soalan tu... Huhu.. Atau saje-saje je untuk memuatkan dalam kisah israiliyyat alam melayu sebagai `ibrah buat kita semua..? walauapa pun, terima kasih sebab tak lupakan saya... Saya rindukan kuliah ust... Selamat berjuang...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE