“Ustaz, saya ada masalahla, saya nak minta bantuan ustaz ni,” ujar Fasihah kepada aku satu hari. Aku macam biasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja. Setelah aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan mahupun swasta, aku memang bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Namun nyatanya aku belum memutuskan ke mana hala tujuku selepas 16 September yang semakin kencang desas-desusnya.
“Ustaz, boleh ustaz ceritakan berkenaan dengan beberapa tokoh wanita yang boleh dijadikan contoh bagi membangkitkan semangat dalam diri ahli gerakan?” aku tergelak kecil mendengar persoalan tersebut. Fasihah dan sahabatnya Insyirah terkebil-kebil melihat tawa aku yang terpacul tanpa sedar. “Fasihah Fasihah, bukan ke ramai lagi ustazah dan kakak-kakak yang boleh kamu Tanya. Kakak Husna ada, kak Syuhada’ pun ada, kak Wani pun ada, ha, Kak Khadijah yang nak kahwin nanti pun ada. Mungkin dia yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kamu tu,” kata aku sambil menahan tawa.
Biasalah budak-budak ni. Banyak kali aku dihadapkan dengan pelbagai persoalan, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Namun aku tidak kisah. Ada persoalan yang mampu aku jawab, banyak juga yang tidak dapat aku jawab. Aku teringat kata-kata Sya’bi, “Barangsiapa yang mampu menjawab semua persoalan, maka dia adalah orang gila”.
“Ala ustaz, kami bukan apa. Kami nak dengar dari mulut ustaz juga. Ustaz kan banyak cerita dan suka bercerita,” balas Insyirah balik. “Ok la, ok la. Banyak tokoh wanita yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita seperti kesabaran Maryam menghadapi tuduhan zina, keteguhan Fatimah dalam menjalani kesusahan dalam hidup, pengorbanan harta dan jiwa oleh Khadijah, kebergantungan kepada Allah sebagaimana dipamerkan Aisyah semasa menghadapi tuduhan zina yang sangat berat dan banyak lagi”. Ingin sahaja aku berceramah kepada mereka panjang lebar pagi itu. Mereka mendengar sahaja ulah aku seterusnya dengan penuh ketekunan.
Aku tidak dapat membayangkan betapa peritnya hati Aisyah semasa dituduh berzina. Betapa tidak, aku juga pernah dituduh dengan tuduhan yang kecil, itu pun tidak mampu aku tahan, apatah lagi tuduhan zina terhadap Aisyah itu terlalu berat sehingga menyebabkan Aisyah telah jatuh sakit lama sekali. Malah dalam tempoh tersebut, hati Aisyah tambah remuk redam apabila suami tersayang baginda SAW sendiri tidak menegur beliau sebagai mengambil langkah berhati-hati. Namun kesabaran dan kebergatungan yang tinggi kepada Allah telah membebaskan Aisyah daripada tuduhan yang sangat berat ini.
Maryam juga begitu. Turut dituduh berzina sehingga melahirkan Isa. Seorang rakan baikku, Ummu pernah menceritakan kepada ku bahawa beliau menangis apabila membaca surah Maryam. Hatinya seolah-olah berada pada ketika itu, melihat betapa sengsaranya Maryam yang terpaksa menanggung bebanan fitnah yang besar namun imannya tetap teguh dan beliau cukup yakin bahawa ini semua tuntutan Allah.
Isteri Abdullah bin Azzam apabila mendengar bunyi bom yang sangat kuat ketika suaminya baru keluar daripada rumah terus mengungkapkan kata-kata yang boleh meruntunkan jiwa seseorang, “Mudah-mudahan ayah kamu telah mati syahid”. Ternyata beliau mengharapkan agar suaminya yang menjadi mangsa korban kepada bunyi bom yang sangat kuat itu, malah itulah cita-cita isteri pejuang.
“Ana ingin jadi seperti isteri Abdullah bin Azzam ustaz,” ujar Insyirah tiba-tiba. “Ana ingin berdamping dengan seorang mujahid yang meletakkan Allah di depan, dan ana ingin sekali mengorbankan segala-galanya untuk perjuangan suami ana kelak ustaz. Ana bertekad ingin melahirkan anak-anak yang akan ana waqafkan pada jalan Allah sebagaimana Hannah menjadikan Maryam sebagai rahib di rumah ibadat,” tambah Insyirah dengan penuh semangat. Aku berasa sangat kagum dengan semangat beliau.
“Ana pula ustaz, ana ingin jadi seperti Khadijah di samping Rasulullah. Alangkah ana sangat tersentuh apabila Khadijah sanggup mengorbankan semua hartanya demi perjuangan suaminya. Apa guna kalau kita jadi isteri, tetapi kita hanya menuntut kesenangan daripada suami kita kan, Insyirah. Biarlah tulang belulang ini digunakan untuk perjuangan umat Islam, ini kata-kata Khadijah yang amat menyentuh hati ana, ustaz,”. Fasihah berkata sambil mengepam-ngepam tangannya. Ternyata kedua-dua muslimah yang lebih muda daripadaku ini, yang aku anggap sebagai adik kandungku dalam keluarga besar harakah mempunyai satu kesedaran yang sangat jelas tentang nilai dan erti seorang muslimah di sisi Allah.
Pertemuan kami pada hari itu adalah sangat bermakna. Mereka berdua berazam untuk menerbitkan satu risalah ringkas berkenaan dengan nilai kewujudan wanita di muka bumi ini. Apa ang menariknya, seminggu selepas itu risalah itu berjaya diterbitkan dan aku terkesima apabila membaca satu petikan kata-kata dalam risalah itu yang berbunyi, “…jangan bercita-cita untuk mendapat suami yang memberikan anda kesenangan hidup, tetapi bercita-citalah mendapat suami yang ‘menyusahkan’ anda dengan bebanan jihad…”. Lalu, aku teringatkan wajah Fasihah dan Insyirah yang penuh dengan semangat.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
i actually love, love n love reading blogs that conveys me to the histories of pejuang2 agama esp kisah wanita solehah.syukran n keep up educating those who love ur writing.
salam..
memang menarik dan memberi pengajaran, khususnya buat muslimat..
Alhamdulillah buat diri ini, doakan muslimat thabat wlupun xsehebat muslimin..
insyaAllah, cuba apa yg termampu dengan kudrat yang ada..
teringat dulu sebelum memasuki jamaah, alhamdulillah..
Allah Maha Penyayang dan terSangat-Sangat Sayang pada HambaNya..
syukran, buat semangat pada diri..
moga segala amalan kita dipandang oleh Allah..
insyaAllah, amin..
p/s: Doakan khusus buat Nur..
Catat Ulasan