Rabu, 3 September 2008

CERPEN:MENCARI KEBENARAN


“Abang Zul, ceritalah lagi, ana nak dengar,” aku hanya tersenyum melihat olah adik usrahku, Shahril yang masih lagi ingin mendengar cerita tentang cinta antara Ali dengan Fatimah. Senyumku makin lebar apabila teringatkan ceramah ustaz Nasir Zakaria, “Kita mesti ingat apabila berkahwin nanti, kita tidaklah semulia Ali dan isteri kita tidaklah sebaik Fatimah”.

Ali dan Fatimah merupakan dua pasangan yang dijodohkan oleh Nabi SAW. Sudah lama kedua-duanya memendam rasa antara satu sama lain, namun perasaan malu membataskan segala-galanya. Aku tidak dapat membayangkan apakah perasaan Ali apabila terpilih menjadi menantu nabi. Aku juga tidak dapat membayangkan betapa seronoknya Fatimah yang berjaya menjadi isteri seorang pejuang yang meletakkan Allah melebihi segala-galanya.

Ali seorang pejuang yang tidak leka dan lena dengan bujuk rayu seorang wanita. Beliau seorang yang sangat tabah dan banyak kali cuba menggadaikan nyawanya untuk perjuangan Islam. Fatimah pula semestinya. Alangkah, kedua-duanya dijanjikan syurga oleh Allah, bahkan Fatimah adalah salah seorang penghulu syurga di samping Asiah, Maryam dan ibunya Khadijah. Kisah Fatimah yang meminta seorang khadam daripada nabi SAW untuk meringankan beban kerja di rumah juga sangat mencuit hati.

Fatimah nyata sudah kurus kering kerana sering kelaparan. Tangannya kasar kerana mengisar tepung dengan tangan sendiri. Badannya sakit-sakit kerana mengangkat kayu api. Namun apabila beliau memohon seorang khadam daripada ayahanda tercinta, ayahandanya hanya berpesan,

“Ingankahkamu wahai anakku jika aku tunjukkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada khadam? Apabila kamu membaringkan diri di tempat tidur, maka bacalah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali”.

Itu saja pesannya, ringkas namun sangat berbekas dalam hati Fatimah dan Ali. Aku juga teringat apabila Ali meminta izin untuk berkahwin seorang lagi, Fatimah menggenggam jerami padi seraya berkata, “Betapa remuknya hatiku seperti jerami padi ini” menyebabkan Ali membatalkan niatnya. Namun, kasih dan cinta Fatimah kepada Islam melebihi segala-galanya. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau mengizinkan suaminya yang tercinta untuk mendirikan masjid buat kali kedua.

“Abang Zul, kami nak dengar cerita Abang Zul ni,” aku tersentak mendengar petah Shahril. Alamak, aku berkhayal panjang rupanya. Aizul dan Amin tersenyum sahaja melihat aku.

“Oh ye Shahril, Aizul, Amin, satu hari Fatimah mengidam ingan makan buah epal, lalu dimintanya daripada Ali agar mencarikan buah epal di pasar. Ali sebagai suami yang pengasih mula ke pasar untuk memenuhi hajat isterinya. Dalam perjalanan pulang, seorang pengemis merayu agar diberikan buah epal kepadanya gara-gara sudah lama tidak makan. Lalu Ali memberikan separuh buah epal. Namun apabila melihat pengemis itu masih kelaparan, Ali akhirnya memberikan kesemua buah epal kepada pengemis itu dengan setelus hati dan pulang dengan tangan kosong”.

“Habis tu, kasihan la pada Fatimah Bang Zul. Nanti dia nak makan apa,” celah Aizuk di tengah-tengah. “Enta ni Aizul, sabarlah, Abang Zul belum menghabiskan cerita lagi tu,” marah Amin apabila Aizul menyampuk di tengah. Aku pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Kami memang sangat baik antara satu sama lain. Kami berusrah bukan kerana system, tetapi kami berusrah kerana ukhuwah dan kesedaran. Hubungan kami sangat rapat bagaikan adik-beradik stau keluarga.

“Fatimah redha dengan apa yang berlaku. Kesudahan cerita ini, seseorang datang membawa 10 biji epal untuk diberikan kepada pasangan suami isteri ini. Ini semua merupakan balasan daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang bertaqwa dan meletakkan Allah melebihi segala-gala,” aku menutup cerita setelah satu jam kami berusrah. Ketiga-tiga adik usrahku tersenyum panjang dan kelihatan menarik nafas lega.

Benar juga, yang baik adalah untuk yang baik. Kadang-kadang terfikir juga aku, bagaimana aku ingin mendapat yang baik sedangkan akhlak aku sendiri pun tidak seberapa. Aku bukanlah menginginkan orang semacam Fatimah kerana nyatanya Fatimah hanya seorang di bumi ini. Namun bukan itu pokok yang terpenting aku fikirkan. Perkara yang banyak berlegar dalam kepalaku adalah, tingginya tawakal dan keyakinan Ali terhadap janji Allah. Sekiranya kita membantu saudara seagama, maka pasti Allah akan membantu kita.

Aku masih ingat ketika aku membawa Fathi menemaniku menyampaikan kuliah di surau Sri Gombak. Ketika itu aku menyampaikan kuliah bertajuk kelebihan bersedekah. Aku nyatakan setiap pemberian akan medapat balasan 10 daripada Allah, itu sekurang-kurangnya. Pulang sahaja daripada kuliah, malam itu juga aku membelanjakan kawan-kawan aku makan sebanyak RM 30. Zaman itu adalah zaman kegawatan ekonomi, hujung sem katakan. Ramai yang tidak berduit. Fathi menepuk bahuku seraya berkata, “Takpe Zul, satu pemberian akan dibalas 10 juga”.

Ternyata esoknya aku mendapat imbuhan hampir RM 500. Tidak perlulah aku ceritakan dari mana duit itu datang, tapi itulah hakikatnya. Rupanya kebergantungan kepada Allah adalah segala-galanya.

Ah, aku ingin sekali memiliki iman sekental Ali, tapi siapalah aku. Apabila aku membaca surah al-Insa, jiwaku menjadi sayu. Dalamnya terdapat kisah pengorbanan Ali dan Fatimah yang terlalu tinggi. Ops, aku bukanlah Syi’ah yang memuja kedua-dua pasangan ini tetapi aku adalah sunni yang meletakkan mereka di tempat sebetulnya.

Apabila Hassan dan Hussin demam yang agak berat, Ali dan Fatimah bernazar akan berpuasa selama tiga hari berturut-turut sekiranya anak mereka sembuh daripada demam. Mereka menunaikan nazar mereka setelah Hassan dan Hussin sembuh daripada demam. Pada hari pertama mereka ingin berbuka, datanglah orang miskin memohon simpati, lalu mereka dengan senang hati memberikan bahagian roti itu kepada orang miskin tersebut. Lalu mereka berlaparlah pada hari pertama mereka berpuasa.

Masuk hari kedua, datang pula anak yatim memohon ihsan mereka. Sekali lagi mereka tanpa berat hati membantu anak yatim itu. Masuk hari ketiga, peristiwa sama berulang apabila tawanan perang pula yang meminta bantuan makanan daripada mereka. Ali dan Fatimah dengan perasaan redha dan sabar membatu tawan perang tersebut dan mereka tidur dalam kelaparan yang amat.

Aku sangat terkedu apabila mereka menyebut, “Kami memberi makan kepada mereka adalah semata-mata mencari redha Allah, bukannya mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih. Sungguh, kami sangat takutkan Tuhan kami pada hari orang berwajah masam penuh kesulitan”.

Di mana lagi boleh kita cari pasangan suami isteri yang sangat bertaqwa kepada Allah. Apa yang aku lihat sekarang adalah sebaliknya. Sang suami tidak mendidik isterinya untuk menjadi muslimah yang paling dekat dengan Allah dan isteri pula tidak mendorong suaminya untuk berjihad pada jalan-Nya.
(bersambung…)

4 Cadangan/Pandangan:

Unknown on 4 Februari 2009 pada 7:36 PG berkata...

Salam
Orang yang berpendidikan agama tp tidak berfikrah dan berjiwa Islam seperti pokok tnpa buah yang ranum....
Jika ingin yg terbaik , kita harus menjadi yang terbaik kerana jgn idam isteri sekuat fatimah jika dirimu tidak segagah Ali...

p/s;sambungannya.....

Unknown on 5 Februari 2009 pada 8:33 PG berkata...

Salam...
Dimana sambungannya?
Adakah setakat ini sahaja....
"Sabar itu separuh drpd iman"

Tanpa Nama berkata...

ala..mne lagi smbungan die..bgus r blog ni..chaiyok2..

MissGAZA (FasihahAdnan) on 5 April 2009 pada 8:30 PTG berkata...

tersangatlah best!!
jgn lupa smbungannya ya ust..:]

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE