Rabu, 3 September 2008

PEMIKIRAN "BINATANG"?


BERFIKIR DENGAN MENJADIKAN BINATANG SEBAGAI SAMPEL, pelik, tetapi inilah yang saya praktikkan buat sahabat-sahabat UPM. Shaolin adalah satu seni kungfu yang meniru aksi binatang dalam mempertajamkan lagi bentuk serangan dan memperkukuhkan bentuk pertahanan mereka.

Apa sebagai contoh? Anda ingin mengadakan satu epilog bantahan terhadap konsert yang bakal diadakan di kawasan anda. Maka anda mungkin boleh senaraikan nama beberapa bintang untuk dijadikan sampel. Mungkin sebagai contoh kita ambil harimau, sesumpah dan ayam.

Sekarang kaji sifat dan sikap binatang tersebut.

HARIMAU: Kuat, pandai mengambil peluang di saat kelekaan kijang, mempunyai kuku dan taring yang tajam selain memiliki suara kuat.

SESUMPAH: Bijak menyamar

AYAM: Suka membuang najis di merata-rata tempat dan kalut.

Maka aplikasikan semua kelebihan yang ada. Kekuatan yang ada pada harimau mungkin menjurus kepada aksi bantahan yang keras seperti demonstrasi, memorandum dan referendum. Kita juga mesti cepat dan tangkas mengambil kesempatan di atas kesilapan lawan. Contoh konsert Avril yang diadakan. Kita senaraikan apakah kelemahan lawan, apa sahaja untuk dibincangkan.

1- Dekat dengan bulan Ramadhan
2- Tidak mempamerkan jiwa yang merdeka
3- Kabinet Menteri tidak ada isu yang besar sehingga terpaksa bincang isu kelulusan konsert
4- Muda/I yang berpeleseran pada malam tersebut dan ada yang memakai ‘tanduk lampu’
5- Polis sibuk jaga konsert sedangkan jenayah berterabur dalam negara
6- Ramai berpakaian seksi
7- Tidak bertepatan dengan konsep Islam Hadhari dan Ulul Albab yang dicanangkan
8- Dalam masa yang sama, Sultan sedang mengikut majlis tahlil di Masjid Negara tetapi jumlah terlalu sedikit jika dibuat perbandingan

Lalu dengan kuku dan taring yang tajam, kita mesti pantas menyerang lawan sampai ke pukulan maut. Crush Your Enemy Totally. Tampal gambar Avril yang berkelakuan lucah ke masjid-masjid dan tempat-tempat umum sebagai contoh. Dalam masa yang sama, buat bantahan dengan suara kuat harimau tersebut ke dalam media-media, sama ada surat pembaca dan lain-lain.

Kemudian kita menjadi sesumpah dengan mengikuti konsert tersebut. Dengan mengenakan pakaian yang boleh mengelakkan diri, kita mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan bahan bukti kebobrokan konsert tersebut. Seludup masuk ke dalam stadium untuk memastikan suasana dalam stadium. Mungkin konsert tidak semelampau di Barat, tetapi bagaimana keadaan audiens yang mungkin terkinja-kinja. Apatah lagi ada anak kecil yang baru mencecah empat tahun turut dibawa masuk ke dalam konsert untuk menerima pentarbiahan awal.

Lalu jadilah seperti ayam yang akan… (maaf, aksi ini tidak dapat diceritakan).

Ini adalah sebagai contoh bagaimana melahirkan pemikiran kritis dan kreatif. Sudah lama karipap dibuat dalam bentuk segi tiga, maka sudah tiba masa untuk buat satu revosusi dalam dunia karipap. Mungkin pengusaha bas sudah boleh memikirkan bas yang menyediakan kerusi urut dengan bayaran tertentu. Ya, mungkin, segalanya adalah mungkin…

2 Cadangan/Pandangan:

hamba sufi on 18 Mei 2009 pada 10:26 PTG berkata...

artikel yang menarik utk dibaca.an terhibur...syukrn

hamba sufi on 18 Mei 2009 pada 10:27 PTG berkata...

menarik ulasan ust..bila an baca,mesti geli hati

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE