Cis, mengantuk datang lagi. Aku yang nak kerja pun terganggu dengan mengantuk ini. Ada saja dia menyibuk bila aku nak buat kerja-kerja Islam. Asal nak buat kerja baik, mengantuk datang. Asal nak buat kerja amal, mengantuk menyibuk. Asal nak rajin je, mengantuk mencelah di celah-celah ruang yang terwujud.
Syaitan bertanduk ni pun tak ada kerja lain. Orang lain bergayut dengan telefon, beruk bergayut kat pokok, dia pulak sibuk-sibuk nak bergayut kat kelopak mata orang. Apa ingat mata aku ni jenis murah ke dia nak bergayut. Cis syaitan, aku berlindung kepada Allah dari gangguan engkau. Berat juga badan si syaitan ni. Dia bergayut je, letih aku nak angkat kelopak mata ni.
Aku tak sedar bila mengantuk datang. Tapi bila dia datang, sukar nak tepis. Dia datang tanpa diundang. Bila datang ia menyusahkan. Pensyarah yang mengajar kat depan pun tak perasan bila mengantuk datang mengganggu pelajar mereka. Dr Rasyid yang pandai lawan jin pun tak perasan bila mengantuk datang. Tok Mud yang terror Fiqh Malaysia pun tak dapat lawan mengantuk. Dr Fauzi Hamat yang bijak dalam dunia pemikiran pun tidak sedar bila mengantuk datang. Ya, ia datang senyap-senyap. Walaupun Dr Syarifah Hayati sedap bercakap pun, tetapi bila mengantuk datang menyapa, mata terkatup dan pemikiran mula melayang.
Kalau mengantuk itu kayu, boleh la aku karate, patah-patahkan dia datang belas kasihan. Kalau mengantuk itu macam ayam, boleh aku usir, syuh syuh. Aku usir jauh-jauh. Kalau mengantuk tu macam kertas, nak je aku koyak-koyakkan, buang kat mana-mana tong sampah. Tapi masalahnya aku tidak pernah melihat mengantuk dan tidak tahu bagaimana bentuk mengantuk itu.
Aku cuba tanya Hasyrie, macam mana bentuk mengantuk. Hasyrie kata aku mengarut. Hasyrie tidak faham bahawa aku hanya ingin membunuh mengantuk. Kata Us Hisomudin yang garang tu, mengantuk hanya mainan minda. Jika otak kata tidak mengantuk, maka kita tidak akan mengantuk. Tetapi aku juga acap kali melihat Us Hisom mengantuk. Nabi pun mengantuk, takkan Us Hisom tidak mengantuk. Jika Us Hisom tidak mengantuk, maka Us Hisom bukan manusia. Aku tanya Yusri macam mana bentuk mengantuk. Yusri pun tidak tahu.
Habis tu, jika kita tidak tahu bentuk mengantuk, macam mana kita nak lawan mengantuk. Kita tidak kenal musuh kita. Dulu-dulu, bila aku ikut program, orang marah apabila kita mengantuk. “Siapa mengantuk, angkat tangan. Ha, sekarang kamu tampar muka kamu sendiri kuat-kuat”. Aku memanjat kebingungan. Kenapa bila kami mengantuk, kami dikatakan melakukan kesilapan? Apakah urusetia yang menyelia program kami tidak mengantuk. Masakan mereka tidak mengantuk.
“Kakak tidak pernah mengantuk ke?” tanya aku kepada seorang uru setia program tersebut. Dia terpiat-piat lalu terjerumus ke dalam ruang kegelisahan. “Mestilah akak pernah mengantuk. Mengapa kamu tanya begitu?” balas dia balik. “Jika akak pernah mengantuk, mengapa akak dan kawan-kawan marah kami mengantuk. Kami tak sedar bila mengantuk datang. Cuma apa yang kami pasti, ia datang tanpa sedar dan antara simptomnya ialah kami mula menguap berkali-kali dan mata kami melayu. Jadi, apakah kami bersalah kak?” aku cuba berhujjah dengan beliau.
Lalu terlukis garis-garis kerut di dahinya, terpinga-pinga dan termanggu-manggu. Ternyata dia pun melakukan kesilapan apabila memarahi orang yang terjebak dalam dunia mengantuk sedangkan kehadirannya adalah sangat tidak disedari.
‑
Kata orang, baca A’uzubillahi minassyaitanir rajim bagi menghilangkan mengantuk. Aku cuba membacanya berkali-kali. Tetapi mengantuk tetap hinggap dan menyapa aku. Ia menampar-nampar benak aku. Aku terpukul lalu terus terduduk. Aku tidak mampu untuk bangkit melawan mengantuk. Aku berlari-lari, mengantuk tetap ada. Kenapa mengantuk masih mahu menemani aku sedangkan aku tidak sukakan mengantuk.
Bila aku tidur lewat malam, kemudiannya mendengar kuliah Subuh, mengantuk datang lagi. Aku semakin gelisah dan resah. Iyah, dish, dish. Aku cuba mengkarate mengantuk tetapi ia macam kerja yang sia-sia. Bagai aku menampar angin, tangan keletihan sedangkan angin tetap tersenyum. Ah mengantuk, kenapa engkau asyik memburu aku. Aku nak dengar ceramah, engkau datang. Aku nak buat kerja, engkau datang. Kenapa engkau asyik datang dalam hidup aku? Kenapa engkau tidak nyah sahaja dari hidup ini.
Aku tengok mak aku. Mak juga mengantuk. Masuk saja 11 malam, mulalah mak menguap, kemudian sedikit menggeliat sebelum merebahkan badannya ke atas katilnya. Orang yang paling aku sayang pun mengantuk. Abah pun mengantuk. Adik aku yang menjadi doktor pun mengantuk. Dah tak ada ubat ke yang boleh melawan dan menyekat kemaraan mengantuk ni. Aku semakin rimas dan serabut.
Boleh ke menyekat kehadiran mengantuk. Aku pernah mendengar, umat Islam yang hebat bukannya tidak pernah mengantuk. Tetapi apabila ia mengantuk semasa ingin melakukan sebarang kerja Islam atau dalam program, dia akan lawan mengantuk tu habis-habisan. Dia tidak akan mudah menyerah kalah dengan mengantuk sebaliknya akan melawan sampai mengantuk kecundang.
“Us Hisom, Us pernah mengantuk tak?” Us Hisom hanya tersenyum sambil menyebut teori kuasa mindanya.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Dulu-dulu, bila aku ikut program, orang marah apabila kita mengantuk. “Siapa mengantuk, angkat tangan. Ha, sekarang kamu tampar muka kamu sendiri kuat-kuat”
Bukan ke ust pernah bg arahan cenggitu.. Saya diantara org yg pernah angkat tangan.. Hu~ Pusing2 pulak ust nih.
Mungkin ini Makan Utk .. sebabnya?
salam.
mengantuk ni btul mainan minda je..
macam malas lah..tak nak buat tu buat ni
tak payah nak karate mengantuk ni..
tapi kna kuattkan hati, btulkan niat dan motivasikan diri dgn cara yg betul
mesti hilang nye mengantuk tu..;>
Catat Ulasan